UPSR tetap diteruskan – Metro


UPSR tetap diteruskan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Walaupun sebahagian besar sekolah di beberapa kawasan sekitar Arau dan Padang Besar dekat sini, dinaiki air, namun peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan tetap diteruskan, hari ini.

Bagaimanapun, peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sedang berlangsung di negeri ini, ditangguhkan.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Dun Kasa berkata, penangguhan peperiksaan percubaan berkenaan dibuat selepas mengambil kira keadaan banjir yang melanda seluruh negeri.

 

“Kita memberi keutamaan kepada peperiksaan UPSR dan pusat pemindahan banjir yang dibuka di negeri ini hanya membabitkan sekolah menengah sahaja tanpa menjejaskan sekolah rendah yang menjadi pusat peperiksaan penting itu.
“Walaupun ada beberapa sekolah rendah terpaksa ditutup, namun UPSR akan tetap diteruskan melainkan ada laporan atau arahan tertentu daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk membatalkannya,” katanya, di sini, semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s