Mapim minta kerajaan tolak cadangan teruskan PPSMI – Bernama


Mapim minta kerajaan tolak cadangan teruskan PPSMI

16/09/2011 5:19pm

 

KUALA LUMPUR 16 Sept – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meminta kerajaan supaya tidak tunduk kepada golongan yang masih mempertikaikan keputusan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, menukar keputusan dan tunduk kepada desakan golongan yang kurang arif tentang soal bahasa dan implikasinya kepada negara akan mengakibatkan kredibiliti kerajaan dipersoalkan oleh rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan hendaklah dengan tegas menolak saranan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya PPSMI diteruskan berikutan dakwaan kajiannya dikatakan menunjukkan lebih 54 peratus responden dari 33 buah sekolah di seluruh negara menyokong PPSMI dikekalkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azmi berkata, Mapim berpendirian bahawa keputusan untuk meneruskan PPSMI tidak boleh bersandar kepada penemuan JMM kerana perbahasan ilmiah daripada golongan ahli ilmuwan dan pakar bahasa berjaya melihat secara mendalam kesan PPSMI ke atas pelajar Melayu terutama di kawasan luar bandar.

Malah katanya, implikasi budaya dan jati diri bangsa sudah dibahas secara mendalam sebagai akibat daripada pelaksanaan PPSMI. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s