SJKC, SJKT tak pernah dipinggir – Utusan


SJKC, SJKT tak pernah dipinggir

 

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

 

MUHYIDDIN Yassin melakukan upacara pecah tanah pembinaan pusat aktiviti serbaguna di SJKC Chung Hwa, Jalan Junid, Muar, Johor, semalam.

 

MUAR 15 Sept. – Kerajaan tidak pernah meminggirkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) dalam memberi peruntukan, sebaliknya bantuan sentiasa disalurkan supaya peluang mendapatkan pendidikan dinikmati segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha berterusan kerajaan itu membolehkan 1,200 SJKC dan 600 SJKT dibina dan memberi manfaat kepada penduduk sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

“Ada orang kata kerajaan tidak bantu, itu pandangan tidak betul. Kita ada sistem untuk sekolah jenis kebangsaan yang Kementerian Pelajaran terlibat secara langsung untuk membangun dan mentadbirnya.

“Kita sudah bangunkan di banyak tempat, kita sediakan guru dan semua ditanggung kerajaan. Apa sahaja sekolah yang hendak dibina, kita akan terima asalkan tujuannya baik,” katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah pembinaan pusat aktiviti serbaguna di Sekolah Tinggi Chung Hwa di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Muar, Amran A. Rahman dan Pengetua sekolah itu, Dr. Tan Wei Wu.

Dalam majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM1 juta bagi membantu membina pusat aktiviti tersebut yang dijangka siap pada tahun depan.

Menurutnya, kerajaan sentiasa menyokong usaha membina lebih banyak sekolah di negara ini bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdaya maju.

“Secara dasarnya, keutamaan kita beri adalah kepada pembinaan sekolah kebangsaan kerana ia lebih diperlukan, namun kita tidak menyekat pembangunan SJKC dan SJKT,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi tumpuan utama kepada bidang pelajaran bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja profesional dapat dilahirkan untuk memacu kemajuan negara.

Kementerian Pelajaran juga katanya, telah melaksanakan pelbagai pembaharuan menerusi Program Transformasi Kerajaan termasuk meningkatkan prasarana prasekolah, meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira), program galakan kepada guru berkualiti serta melahirkan lebih banyak sekolah berprestasi tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s