Budak patriotik – Metro


Budak patriotik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Mereka baru berusia lapan tahun dan sembilan tahun, namun sudah dididik ibu bapa masing-masing untuk menyelami semangat pejuang kemerdekaan negara dan penyatuan negeri di bawah 1Malaysia.

Yusuff Rahmat, 9 dan adiknya Ashraff, 8, dari Pelabuhan Klang serta Intan Nur Afreena Afandi, 8, dari Lembah Pantai, di sini, dibawa ibu bapa mereka untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 di Dataran Merdeka, di sini.
Lebih mencuri tumpuan ketiga-tiganya tidak berpakaian kanak-kanak biasa, sebaliknya Yusuff dan Ashraff memakai serama tentera lengkap dengan senapang mainan, manakala Intan Nur Afreena berbaju kurung diperbuat daripada Jalur Gemilang. Menurut bapa Yusuff dan Ashraff, Rahmat Hussin, 50, dia menempah khas pakaian anaknya yang menelan perbelanjaan sehingga RM400 sejak lebih dua bulan lalu.

 

“Tujuannya untuk mendidik mereka menyelami erti perjuangan orang lama dalam mencapai kemerdekaan negara serta penyatuan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“Sejarah perjuangan ini perlu sentiasa diingat supaya generasi muda macam anak saya ini tahu, tidaklah nanti mereka buta sejarah. “Saya nak mereka cinta tanah air, agama dan bangsa. Jangan jadi pengkhianat bangsa,” katanya.
Sementara itu, Intan Nur Afreena ditemani ibunya, Intan Rohani Mohamed Ali, 39, memberitahu dia berasa lebih bersemangat apabila mengenakan baju kurung yang juga baju kebangsaan bercorakkan bendera Malaysia.

 

 

“Saya seronok, bersemangat lebih-lebih lagi hari ini menyambut penubuhan Malaysia dan Hari Merdeka. Walaupun usia masih kecil, ibu dan kakak selalu memberitahu pentingnya mengetahui latar belakang negara,” katanya.
Intan Rohani berkata, empat bendera digunakan untuk membuat baju kurung anak bongsunya itu, namun ia bukan suatu yang sukar kerana semua material diperoleh menerusi kaum keluarga terdekat.

 

Katanya, hampir setiap tahun dia akan membawa anaknya menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan tahun ini lebih istimewa apabila disatukan bersama sambutan Hari Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s