40 pelajar di Besut “dipulihkan” – Bernama


40 pelajar di Besut “dipulihkan”

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BESUT: Seramai 40 pelajar tahun dua di sini yang menghadapi masalah membaca, mengira dan menulis berjaya “dipulihkan” setelah mengikuti program literasi dan numerasi (LINUS) yang berlangsung selama dua hari, berakhir hari ini.

Ia adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim berkata, program yang dikendalikan pegawai LINUS dan guru-guru di Pusat Kokurikulum Besut di Alor Lintang di sini, memberi kesan positif kerana 95 peratus pelajar telah berjaya dipulihkan.

“Kami berharap baki 32 pelajar tahun dua yang bakal menjalani saringan Program LINUS pada Oktober ini akan lulus, sekaligus menepati sasaran PPD Besut mencapai 100 peratus celik numerasi dan literasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah,” katanya. – Bernama

Ibu tunggal tertekan anak sakit jantung, rumah bakal dilelong – Bernama


Ibu tunggal tertekan anak sakit jantung, rumah bakal dilelong

27/09/2011 5:04pm

 

PADANG SERAI 27 Sept. – Dua daripada lima anaknya menghidapi sakit jantung sementara rumahnya di Taman Sejahtera di Lunas dekat sini bakal dilelong oleh pihak bank.

Inilah nasib malang yang menimpa ibu tunggal Faezah Mohd. Kassim, 39.

Dia sendiri kurang sihat ekoran kemalangan jalan raya yang dialami tahun lalu.

“Akibat keadaan tersebut saya sering tidak dapat ke tempat kerja yang menyebabkan gaji selalu berkurangan kerana banyak cuti sakit.

“Permohonan saya untuk mendapat pampasan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) telah ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Faezah berkata, anak sulungnya, Nursyazwani, 17, akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini tetapi kerap pengsan yang dipercayai akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak berumur sembilan tahun.

Nursyazwani mendapat rawatan di Hospital Kulim sebanyak dua hingga tiga kali sebulan.

Anak ketiganya Nuradila, 14, juga mengalami sakit jantung berlubang dan sakit akibat tulang belakang tidak seimbang dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.

Tiga lagi anaknya juga masih bersekolah.

“Saya pernah menganggur selama lebih enam bulan dan oleh itu saya tidak membayar pinjaman rumah sejak dua tahun lalu. Rumah saya akan dilelong pada bila-bila masa,” kata Faezah.

Orang ramai atau badan-badan amal yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi Faezah di talian 017-5825890. – Bernama

Bajet 2012: Cuepacs yakin 80% tuntutan dipertimbangkan – Bernama


Bajet 2012: Cuepacs yakin 80% tuntutan dipertimbangkan

27/09/2011 5:05pm

 

GEORGETOWN 27 Sept. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 80 peratus daripada empat tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan mendapat pertimbangan dalam pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas dan mengharapkan berita baik bakal diumumkan bagi menjaga kepentingan penjawat awam di negara ini.

“Ini adalah keputusan kongres berdasarkan kepada permintaan dari penjawat awam, saya harap ia dapat dipertimbangkan malah Skim Saraan Malaysia (SSM), dapat digubal semula untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi,” katanya. – Bernama

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah [KPLI-SR] j-QAF Ambilan Januari 2012


::: KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012 :::

A Iklan Permohonan
B Kesesuaian Ijazah Dengan Bidang Pengajian
C Struktur Program
D Kalendar Aktiviti KPLI-SR j-QAF
E e-Panduan Permohonan
F Contoh Borang Permohonan
G Mengisi Permohonan KPLI-SR j-QAF
   
Makluman : Anda dinasihatkan agar membaca iklan dan memahami syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF. Untuk membuat permohonan, sila klik pada Permohonan KPLI SR j-QAF’

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) TAHUN 2012


 

PERMOHONAN ONLINE
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
TAHUN 2012
Selasa, 27 September 2011

PERMOHONAN ONLINE 
Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan
dan Syarat-syarat Permohonan Program sebelum mengisi Borang Permohonan Online.

PENGENALAN PROGRAM
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
PANDUAN MENULIS KERTAS CADANGAN
SENARAI BIDANG YANG DITAWARKAN
BORANG PERMOHONAN ONLINE

PERMOHONAN ONLINE
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
TAHUN 2012
Selasa, 27 September 2011
SYARAT PERMOHONAN

TAWARAN PROGRAM HADIAH PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT
KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pelajaran Malaysia(KPPM).
1.      SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
2.      SYARAT KHUSUS
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012;
iii)
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008);
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.
(Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar).
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Memiliki syarat kelayakan akademik berikut:
Peringkat Pengajian Kelulusan PNGK atau setaraf Tempoh Minimum
Pengalaman Bekerja di
Peringkat P & P
(pada 1 Januari 2011)
Hadiah Latihan Persekutuan online Sarjana
Sarjana 2.50-2.99 Tidak Berkaitan 5 Tahun
3.00 dan ke atas 3 Tahun
Ph.D 2.50-2.99 Lulus 5 Tahun
3.00 dan ke atas 3 Tahun
viii)
Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat sarjana;
ix)
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
x)
Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
xi)
Telah mengisytiharkan harta;
xii)
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain; dan
xiii)
Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu HLP (AM) dan HLP (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.
3.      SYARAT TAMBAHAN
i)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
ii)
Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;
iii)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
iv)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
v)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
vi)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana;
vii)
Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama. Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB (sekiranya perlu);
viii)
Pegawai yang telah ditawarkan CBBP TB tahun 2011 tidak layak memohon.
SYARAT PERMOHONAN

TAWARAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI
PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2012

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pelajaran Malaysia(KPPM).
1.      SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
2.      SYARAT KHUSUS
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Berumur tidak melebihi 46 tahun bagi permohonan peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun bagi permohonan peringkat Kedoktoran pada 1 Januari 2012;
iii)
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008);
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.
(Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar).
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu CBBP TB (AM) dan CBBP TB (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.
3.      SYARAT TAMBAHAN
i)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
ii)
Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;
iii)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
iv)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
v)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
vi)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana; dan
vii)
Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada CBBP TBatau HLP dalam tahun yang sama.
Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.   
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
Tel: 03-83217100/7144/7145/7140/7138/7137/7136
Faks: 03-83217103

Mayat budak hilang di ladang sawit – Metro


Mayat budak hilang di ladang sawit

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA KANGSAR: Kanak-kanak berusia 11 tahun, Nur Shafiqa Ismail, yang dilaporkan hilang pada 16 September lalu, dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, Kuala Kangsar, di sini, pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit itu yang kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.

 

“Ibu mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Pemilik ladang kelapa sawit berkenaan yang enggan identitinya disiarkan berkata, mayat itu ditemui seorang pekerjanya ketika mahu membersihkan ladang.

 

 

Ketika ditemui, katanya, mayat berkenaan berada di bawah tebing tanah berbukit di ladang itu dengan ditimbus daun kelapa sawit kering.
“Pekerja itu memberitahu perkara terbabit kepada saya sebelum kami melaporkan kepada polis,” katanya.

 

Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lalu selepas ibu bapanya berpisah.

Remaja 16 tahun diperkosa 8 lelaki – Metro


Remaja 16 tahun diperkosa 8 lelaki

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

 

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.
Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.
Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Merintih minta air – Metro


Merintih minta air

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.
Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.

 

“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.
“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama arwah dan anak bongsu, Tengku Hanizan Irfan, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal selepas mengambil arwah yang bersekolah di Tadika Tanjung Demong kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

 

 

“Ketika itu arwah duduk di belakang manakala adiknya di bakul hadapan. Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, satu sarang tebuan yang melekat di dahan sebatang pokok gelam di tepi jalan, tiba-tiba jatuh menyebabkan tebuan berterbangan dari sarang dan menyerang kami.
“Sebaik disengat, saya memberhentikan motosikal sebelum kami lari menyelamatkan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya.

 

Rakiah dan Tengku Hanizan turut disengat beberapa tebuan ketika melarikan diri.
Dia bagaimanapun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius di kepala kerana memakai topi keledar selain sempat melilit kepala anak bongsunya dengan kain ketika kejadian.
“Arwah Tengku Hafizul kanak-kanak aktif dan periang. Bagaimanapun, guru tadikanya ada memaklumkan dia menjadi pendiam selain enggan makan nasi pada hari kejadian dan tidak sangka perubahan sikapnya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.
“Walaupun sedih, saya reda dan menganggap kejadian sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.
Menurutnya, sarang tebuan itu sudah beberapa minggu berada di pokok berkenaan dan dipercayai terkoyak akibat dihuni terlalu banyak tebuan.
Ketika kejadian, bapa mangsa, Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut.
Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Nyireh jam 10 pagi semalam.

Budak balik tadika maut disengat tebuan – Berita Harian


Budak balik tadika maut disengat tebuan
Oleh Mohammad Ishak dan Zatul Iffah Zulkifly

2011/09/27

JERTIH: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal ibunya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pengkalan Nyireh di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, membonceng motosikal ibunya, Rakiah Ismail, 31, dan seorang adiknya, Tengku Hanizan Irfan, 2, selepas dijemput dari Tadika Tanjung Demong, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Rakiah berkata, ketika menghampiri rumahnya di Kampung Pengkalan Nyireh, tiba-tiba sarang tebuan terjatuh dari dahan pokok.

Dalam keadaan tidak dapat menahan sebak kehilangan anak kesayangan sekelip mata, Rakiah berkata, sebaik disengat tebuan, dia segera memberhentikan motosikal dan menyuruh mangsa berlari menyelamatkan diri.

Kami melarikan diri ke rumah jiran kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. Selepas disengat, arwah masih sedarkan diri, tetapi kelihatan lemah. Arwah mengadu panas dan minta air, lalu kami kejarkan dia ke Hospital Besut dengan bantuan jiran.

Saya tidak sangka arwah akan meninggal dunia kerana dia masih sedar selepas kejadian.

Kami sering menggunakan jalan itu, tetapi tidak sangka akan disengat tebuan, katanya dalam nada sedih.
Tengku Hafizul Hafiq disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang di Hospital Besut dengan 50 kesan sengatan tebuan di seluruh badan dan kepala.
Rakiah berkata, dia hanya disengat tiga tebuan, manakala adik mangsa disengat kira-kira 10 tebuan di kepala.

Katanya, dia terselamat kerana ketika itu bertudung dan memakai topi keledar, manakala Tengku Hanizan Irfan berada di depannya dengan kepalanya dililit kain.

Rakiah berkata, dia dimaklumkan guru tadika anaknya itu, arwah yang kebiasaannya periang bersikap pelik sebelum kejadian apabila enggan makan dan menjadi pendiam.

Bapa mangsa Tengku Anuar Tengku Hussin, 34, yang bekerja sebagai nelayan berada di laut ketika kejadian. Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar jam 10 pagi semalam.

Dana bantu sekolah vernakular – Berita Harian


Dana bantu sekolah vernakular
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2011/09/27

KUALA LUMPUR: Institusi pembelajaran terutama sekolah vernakular dan mubaligh, kini berpeluang mendapatkan bantuan kewangan daripada satu lagi sumber tanpa bergantung kepada peruntukan kerajaan untuk membiayai inisiatif pembangunan serta peningkatan mutu pendidikan melalui pelancaran Dana Kebajikan Pendidikan The Community Chest.

Dana itu dibiayai oleh keuntungan daripada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP), pulangan daripada hasil pelaburannya dan sumbangan orang ramai di mana ia disasar akan menyalurkan bantuan sekurang-kurang RM100 juta setahun mulai tahun depan kepada sektor pendidikan negara.

Bantuan dana yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam terbuka kepada institusi pembelajaran untuk memohon pembiayaan projek khas, selain menawarkan pemberian biasiswa kepada pelajar berprestasi tinggi dan amat memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti utama seluruh dunia.

Jana Pendidikan Malaysia Sdn Bhd (JPM) yang membeli PMP daripada Tanjong Public Limited Company pada 9 Ogos lalu, berikrar mendermakan semua dividen diperoleh daripada PMP kepada dana berkenaan selepas melangsaikan segala obligasi hutang dan perbelanjaannya.

Ini sekali gus menjadikan dana berkenaan sebuah organisasi kebajikan bebas bukan kerajaan tanpa matlamat keuntungan yang ditubuhkan sektor swasta dan diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada sekumpulan lapan hartawan serta peneraju korporat.

Lembaga Pemegang Amanah itu dipengerusikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, dengan ahlinya meliputi Tun Mohammed Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan, Tan Sri William Cheng, Tan Sri Chua Ma Yu, Tan Sri G Gnanalingam, Tan Sri Lee Lam Thye dan Tan Sri Leonard Linggi Jugah.

Najib ketika berucap pada majlis pelancaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Confucian di sini, berkata inisiatif itu mencerminkan satu bentuk pendekatan amat kreatif daripada sektor korporat untuk membantu memacu kemajuan bidang pendidikan negara.
Walaupun kerajaan meletakkan keutamaan tinggi dengan memperuntukkan satu pertiga daripada bajet tahunan kepada pendidikan, Perdana Menteri berkata, perbelanjaan itu masih belum mencukupi berikutan keperluan bidang itu amat besar selaras peningkatan bilangan sekolah dan penduduk.

Justeru, sekiranya kita bergantung kepada sumber kerajaan semata-mata, kita tidak mungkin dapat memenuhi keperluan dan tuntutan masyarakat dalam bidang pendidikan. Kita perlu mencari jalan memperkenalkan model lain yang boleh melengkapi usaha kerajaan selama ini.

Pendidikan amat penting untuk masa depan Malaysia dan kita mesti terus melabur dalam bidang ini. Namun, pendidikan yang bergantung sepenuhnya pembiayaan kerajaan tidak boleh berjaya di mana-mana negara sekali pun.
Sebaliknya, ia perlu disokong komuniti, ibu bapa, individu dan sektor korporat yang sanggup menyumbangkan sebahagian keuntungan mereka untuk kemajuan bidang pendidikan negara, katanya.

Sementara itu, Kok Thay dalam ucapannya berkata, sebagai permulaan, sebanyak 61 sekolah terpilih menjadi kumpulan pertama menerima dana terbabit berjumlah RM26.1 juta.