2. SYARAT KHUSUS |
|
|
i) |
Warganegara Malaysia;
|
|
ii) |
Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2012;
|
|
iii) |
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya pada 1 Januari 2008);
|
|
iv) |
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
|
|
v) |
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2008,2009,2010). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan.
(Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar).
|
|
vi) |
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
|
|
vii) |
Memiliki syarat kelayakan akademik berikut:
Peringkat Pengajian |
Kelulusan PNGK atau setaraf |
Tempoh Minimum
Pengalaman Bekerja di
Peringkat P & P
(pada 1 Januari 2011) |
Hadiah Latihan Persekutuan online |
Sarjana |
Sarjana |
2.50-2.99 |
Tidak Berkaitan |
5 Tahun |
3.00 dan ke atas |
3 Tahun |
Ph.D |
2.50-2.99 |
Lulus |
5 Tahun |
3.00 dan ke atas |
3 Tahun |
|
|
viii) |
Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat sarjana;
|
|
ix) |
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
|
|
x) |
Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
|
|
xi) |
Telah mengisytiharkan harta;
|
|
xii) |
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain; dan
|
|
xiii) |
Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu HLP (AM) dan HLP (IPG). Bagi Program HLP (IPG), hanya pegawai yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia sahaja yang layak memohon.
|
3. SYARAT TAMBAHAN |
|
|
|
|
i) |
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
|
|
ii) |
Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN 3. Kertas Cadangan ini perlu dikemukan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;
|
|
iii) |
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
|
|
iv) |
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
|
|
v) |
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
|
|
vi) |
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana;
|
|
vii) |
Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama. Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB (sekiranya perlu);
|
|
viii) |
Pegawai yang telah ditawarkan CBBP TB tahun 2011 tidak layak memohon.
|