Budak 13 tahun mengaku curi barang kemas – Utusan


Budak 13 tahun mengaku curi barang kemas

MELAKA 27 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh sebuah rumah dan mencuri pelbagai barangan bernilai RM3,500 di Kampung Jambatan Duyong pada bulan puasa lalu.

Tertuduh yang berasal dari Taman Seri Duyung 2 mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dengan memasuki sebuah kediaman di Kampung Jambatan Duyong di sini pada pukul 4.45 petang, 19 Ogos lalu.

Pelajar tingkatan satu itu dituduh mencuri tiga utas rantai leher emas, empat gelang tangan emas, dua bentuk cincin emas, dua gelang kaki emas, tiga buah telefon bimbit, aksesori pengantin dan wang tunai RM250 yang keseluruhannya bernilai RM3,500.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Kes disebut semula pada 4 November ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s