Tindakan pentadbiran sekolah tidak profesional, PIBGN amat dukacita – Utusan


Tindakan pentadbiran sekolah tidak profesional, PIBGN amat dukacita

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) duka cita dengan insiden lima lagi murid dihalang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak profesional pentadbiran sekolah.

Presidennya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, tindakan itu tidak profesional kerana semua murid yang berdaftar adalah layak untuk menduduki peperiksaan.

“Ini adalah hak murid. Hak mutlak untuk menilai perkembangan pendidikan dan ia sebahagian daripada masa depan murid terlibat.

“Tindakan menghalang mereka menduduki UPSR bukan sahaja menafikan hak murid terlibat tetapi juga menafikan hak ibu bapa untuk mengetahui pencapaian pelajaran anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berhubung lima murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Sira di Baling, Kedah yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s