30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air – Bernama

30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air

02/10/2011 7:32pm

TUMPAT 2 Okt. – Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.

“Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.

Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.

Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.

“Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. – Bernama

Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat terima tunggakan elaun esok: YIT – Bernama

Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat terima tunggakan elaun esok: YIT

2011/10/02

KUALA TERENGGANU: Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) esok membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta.

Pengarah YIT, Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300, katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT di sini, hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21 buah.

Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman.

Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5 juta dan mampu menempatkan sehingga 700 orang murid pada satu masa, katanya.- BERNAMA

KENYATAAN AKHBAR: PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011

KENYATAAN AKHBAR: PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011

KENYATAAN AKHBAR

PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Peperiksaan bertulis PMR 2011 akan berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan  11 Oktober 2011. Seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PMR  pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 35,190petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Bantuan Penuh (Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)
448,738
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM (cth: MRSM)
5,343
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
10,578
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
14,061
5.
Calon Persendirian
647
6.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
1,780
            Jumlah Besar
481,147
Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lpm. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
27 September 2011

Dua mangsa lemas ditemui berpelukan – Metro

Dua mangsa lemas ditemui berpelukan

Laporan dan foto ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BAHAU: “Sejak beberapa hari lalu, arwah memang kerap pergi mandi sungai berbanding biasa dan kurang berselera makan,” kata Nurul Syahida Baharin, 15, ibu saudara kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang lemas di sungai di Kampung Sri Rompin, dekat sini, kelmarin.

Memilukan apabila mayat pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Rompin, Muhamad Hakimi Khairul Nizam, dikatakan ditemui dalam keadaan berpelukan dengan seorang lagi lelaki, Mohd Isa Mustafa, 40, yang juga anak angkat nenek saudaranya, jam 6.50 petang kelmarin.
Menurut Syahida, kedua-dua mangsa memberitahu mahu mandi di sungai berdekatan, jam 9 pagi.

“Kebiasaannya, mereka berdua pasti pulang semula ke rumah, namun saya pelik apabila masih tidak melihat kelibat mereka walaupun sudah petang.
“Berikutan itu, ibu (Robiah Birum) segera ke sungai dan melihat motosikal dinaiki mereka di atas tebing bersama pakaian masing-masing.
“Panik dengan keadaan itu, kami segera memaklumkannya kepada penduduk kampung untuk mencari mereka sebelum melaporkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, semalam.

Syahida berkata, dia terkejut mengetahui kedua-dua mangsa mati lemas apabila mayat mereka dikatakan ditemui dalam keadaan berpelukan.
Menurutnya, dia sedih kerana anak saudaranya dilihat berkelakuan baik berbanding biasa manakala anak angkat ibunya turut sempat mengemas rumah sebelum kejadian.

“Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan kedua-dua Allahyarham masing-masing selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Besar dan Jelai tadi (semalam),” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian, Robiah yang juga ibu angkat Mohd Isa pergi ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk mengambil ubat, jam 7.30 pagi.
“Sewaktu perjalanan pulang ke rumahnya jam 11.30 pagi, wanita itu yang melalui sungai ternampak motosikal mangsa, namun tidak mengesyaki apa-apa berikutan mereka sering ke situ.
“Namun, selepas menunggu sekian lama, kedua-dua mangsa masih tidak pulang ke rumah, menyebabkannya kembali semula ke sungai itu untuk meninjau.
“Robiah cuba memanggil namun tiada sahutan lalu memberitahu orang kampung dan membuat laporan di Balai Polis Rompin,” katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa ditemui sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bahau 70 meter dari tebing sungai, jam 6.50 petang.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing pagi semalam (kelmarin),” katanya yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Syor subsidi beli alat sekolah bergantung keupayaan kerajaan: TPM – Bernama

Syor subsidi beli alat sekolah bergantung keupayaan kerajaan: TPM

2011/10/02

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menilai keupayaan kewangannya dalam menimbang cadangan pemberian subsidi kepada pelajar miskin untuk membeli peralatan sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Cadangan itu memang baik, tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita harus menilai sama ada kerajaan mempunyai keupayaan atau tidak untuk melaksanakannya,” katanya.

Katanya terpulanglah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan, sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau memperkenalkan untuk pelajar dengan bilangannya kira-kira lima hingga enam juta orang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Bersama Pemimpin Penjawat Awam Malaysia-Singapura 2011, di sini, hari ini.

Muhyiddin bagaimanapun berpendapat bantuan seumpamanya mungkin boleh diberikan sebagai sekali saja, terutama sebelum sesi persekolahan bermula.

Semalam, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mencadangkan supaya kerajaan memberi subsidi RM100 seorang kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana sebagai menampung perbelanjaan pendidikan mereka.

Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-47 berkata bantuan itu wajar disalurkan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah yang layak.
Muhyiddin berkata pada sesi perbincangan Belanjawan baru-baru ini, pelbagai saranan diberikan bagi meringankan beban kehidupan rakyat, namun beliau yakin perdana menteri lebih bijak menilai dan mencari penyelesaian terbaik.

Terdahulu dalam ucapan beliau bertajuk “Malaysia-Singapore: The Way Forward”, beliau berkata kepimpinan yang baik merupakan kunci utama kepada tadbir urus yang baik.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah penting untuk mengenal pasti orang yang terbaik yang akan mempromosikan adaptasi institusi untuk kepentingan umum.

“Orang atau pemimpin ini mestilah mereka yang benar-benar memahami budaya ketelusan, akauntabiliti, etika perkhidmatan awam dan bersemangat,” katanya. – BERNAMA

Pelajar maut nahas diseret lori 20 meter – Metro

Pelajar maut nahas diseret lori 20 meter

Oleh AMIR HAMZAH NORDIN
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JERANTUT: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, maut dalam kemalangan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.53 petang itu, Nur Zulaikha Othman, 17, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng, patah kaki serta cedera di kepala, dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Kakak mangsa, Zawiyahah Othman, 28, berkata dia dimaklumkan oleh rakan adiknya jam 6.30 petang.

“Saya tidak menjangka adik bongsu terbabit dalam kemalangan itu kerana dia seorang yang tidak gopoh atau laju menunggang motosikal, malah tidak menunjukkan apa jua perubahan sepanjang Syawal lalu.
“Dia (arwah) juga tidak ada masalah dan suka berperangai keanak-anakan apabila bergurau dengan anak saudaranya, malah kerap menghubungi semua abang dan kakaknya,” katanya.
Zawiyayah berkata, adiknya keluar dari rumah di Kampung Lata Kasah, di sini, jam 4.30 petang untuk mengambil seorang lagi kakaknya di sebuah taska di kawasan perumahan dekat bandar ini jam 6.30 petang.

Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Muhaimin Jaafar berkata, kejadian berlaku jam 5.53 petang di laluan sempit sehala Sungai Jan, di sini, dan mangsa dipercayai menunggang melawan arus memasuki jalan sehala sebelum bertembung lori yang datang dari arah Kuala Tembeling.
Katanya, mangsa mati di tempat kejadian selepas terseret 20 meter dan tersepit pada tayar belakang lori manakala motosikalnya tersangkut pada bahagian depan.

Nyaris rentung – Metro

Nyaris rentung

Oleh ABD RAHMAN ADAM
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MIRI: Tiga beradik berusia antara tiga hingga 14 tahun yang nyenyak tidur nyaris rentung selepas rumah mereka di Kampung Api-Api di Lutong, dekat sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi, semalam.

Kejadian berlaku jam 4 pagi ketika ibu bapa kepada ketiga-tiga beradik berkenaan tiada di rumah kerana bertugas.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kebakaran itu disedari seorang jiran yang ternampak api dari bumbung sebelum bergegas menyelamatkan tiga beradik terbabit.

Menurut sumber, tiga beradik itu sepatutnya di bawah pengawasan ayah mereka, namun komitmen kerja menyebabkan mereka terpaksa ditinggalkan di rumah berkenaan.
“Jiran kemudian menghubunginya lelaki terbabit sebaik menyelamatkan tiga anaknya. Bagaimanapun, sebaik pulang bapanya tidak sempat menyelamat barang berharga berikutan api marak terlalu cepat,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Lopeng ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.20 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Dua jentera bersama 12 anggota tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bagi mengelak api merebak ke rumah berdekatan. Api berjaya dipadam sepenuhnya 15 minit kemudian.

2 maut lepas bergesel – Metro

2 maut lepas bergesel

Oleh SITI FATIMAH HASSAN
sfhassan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA KRAI: “Tidak sangka kepulangan saya dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kali ini menghadapi dua kehilangan sekali gus,” kata Siti Nurhafizah Ismail, 16, apabila ibu bapanya maut dalam kemalangan di Kampung Che Wal, di sini, semalam.

Ismail Yaccob, 50, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, maut di tempat kejadian selepas motosikal mangsa bergesel dengan sebuah Perodua Kancil jam 7.30 pagi semalam.
Mangsa juga dirempuh oleh sebuah Proton Persona yang datang dari arah belakang.

Siti Nurhafizah yang juga anak sulung mangsa berkata, dia pulang ke rumah mereka di Kampung Pek, Machang untuk bersama keluarga sempena cuti sekolah.
“Kali terakhir saya jumpa mereka semalam (kelmarin) kerana sebelum kejadian kami adik beradik masih tidur sebelum ayah keluar menghantar ibu ke tempat kerja,” katanya yang menuntut di MRSM, Kuala Lipis, Pahang.
Dalam kejadian itu, Ismail dikatakan dalam perjalanan dari arah Machang ke Kuala Krai untuk menghantar isterinya yang bekerja sebagai kerani di kilang papan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar berkata, ketika di tempat kejadian, Ismail yang menunggang motosikal hendak memasuki simpang di tempat isterinya bekerja sebelum bergesel dengan sebuah Perodua Kancil yang datang dari arah sama.
Katanya, mangsa dipercayai gagal memasuki simpang lalu hilang kawalan, menyebabkan motosikal mereka dirempuh.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak cedera,” katanya.
Selain Siti Nurhafizah, mangsa turut meninggalkan dua anak iaitu Siti Khairunnisa, 14, dan Siti Rasya Aleeya, 6.
Jenazah kedua-dua mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Wal selepas bedah siasat selesai.

30 pelajar dapat komputer riba – Metro

30 pelajar dapat komputer riba

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seramai 30 pelajar daripada 11 sekolah di Parlimen Batu menerima sumbangan komputer riba atau Netbook 1Malaysia dalam usaha kerajaan memperluaskan penggunaan jalur lebar di negara ini.

Komputer riba sumbangan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) itu di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) diberikan kepada pelajar yang masih tiada langganan jalur lebar membabitkan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
Kerajaan menerusi Komputer riba 1Malaysia memperuntukkan satu juta komputer diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi berkata, jumlah keseluruhan penerima Netbook 1Malaysia untuk Parlimen Batu adalah 550 unit tetapi agihan semalam kepada 30 pelajar dipilih oleh sekolah masing-masing mengikut kriteria ditetapkan.
“Ia sebagai menepati konsep 1 unit komputer bagi satu isi rumah. Kemudahan teknologi maklumat itu perlu dimanfaatkan pelajar untuk perkara berfaedah,” katanya pada majlis penyampaian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Umno Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani dan pengetua sekolah berkenaan.

Dua mati lemas – Metro

Dua mati lemas

Laporan dan foto ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PILU... ahli keluarga mangsa meratapi mayat mangsa.
PILU… ahli keluarga mangsa meratapi mayat mangsa.

MUHAMAD HAKIMI... mati lemas.
MUHAMAD HAKIMI… mati lemas.