30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air – Bernama


30,000 pelajar Kelantan terjejas putus bekalan air

02/10/2011 7:32pm

 

TUMPAT 2 Okt. – Kira–kira 30,000 pelajar di Kelantan dilaporkan terjejas teruk akibat beberapa buah sekolah di negeri ini terputus bekalan air bersih yang disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, berikutan itu ada di antara sekolah berkenaan terpaksa menggunakan pam air sebagai alternatif bagi mengelakkan sesi persekolahan terganggu.

Katanya, antara kawasan terjejas teruk ialah sekolah-sekolah di daerah Kota Baharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok melibatkan lebih 30 buah sekolah.

“Kita percaya banyak lagi sekolah terlibat dengan masalah terputus bekalan air bersih tetapi tidak dilaporkan kepada pihak kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di sini, hari ini.

Hussain berkata, keadaan kritikal masalah ketiadaan air ini juga memaksa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di Kuala Krai menyediakan 18 pam air bagi memastikan bekalan air di sekolah mencukupi untuk keperluan pelajar.

Ekoran masalah itu, ada pelajar yang tinggal di asrama sekolah dilaporkan tidak dapat mandi, sementara proses penyediaan makanan turut terjejas menyebabkan mereka tidak boleh tinggal di asrama.

“Berikutan masalah ini juga pihak sekolah terpaksa menanggung kos bil elektrik yang yang tinggi, jika masalah ini tidak berlaku pihak berkenaan boleh menggunakan sumber kewangan itu untuk tujuan lain,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana masalah itu turut melibatkan murid yang menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru–baru ini. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s