Kanak-kanak derita empat penyakit – Kosmo


Kanak-kanak derita empat penyakit

 

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

 

NURUL Najwa Mohd. Saad (kanan) tekun belajar sambil ditemani ibunya, Rabayah Awang Kechik di Kampung Keda Bukit, Alor Setar, Kedah.

 

PADANG TERAP – Usianya baru 12 tahun namun pelbagai penyakit terpaksa ditanggung sehingga menggagalkannya untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Itulah nasib Nurul Najwa Mohd. Said kerana dia bukan sahaja disahkan menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) malah bengkak hati, menghidap darah tinggi serta mengalami masalah buah pinggang.

Meskipun menderita, anak bongsu itu sentiasa berharap dia akan dapat dibenarkan menduduki UPSR tahun depan jika kesihatannya mengizinkan.

“Saya mahu ambil UPSR kerana saya bercita-cita mahu menjadi doktor. Saya selalu ulang kaji pelajaran walaupun sakit,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Keda, Bukit Ular di sini semalam.

Bagi ibu Najwa, Rabayah Awang Kechik, 43, dia amat sedih dengan pelbagai penyakit yang terpaksa ditanggung oleh anak bongsunya itu apatah lagi dia kerap pengsan.

Menurutnya, penyakit tersebut mula menyerang anaknya pada pertengahan tahun lalu dan menjadi semakin teruk baru-baru ini sehingga menyebabkan dia gagal menduduki UPSR.

“Akibat daripada penyakitnya itu, Wawa (Nurul Najwa) kerap pengsan dan perlu mendapatkan rawatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dua minggu sekali,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s