Pelajar ponteng setahun masih mahu ambil PMR hari ini – Utusan


Pelajar ponteng setahun masih mahu ambil PMR hari ini

BALING 3 Okt. – Beberapa pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini yang telah lama ponteng didapati datang semula ke sekolah hari ini semata-mata memastikan nama mereka tidak tercicir dan layak menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) esok.

Sumber sekolah itu memberitahu, kira-kira empat pelajar didapati telah ponteng dari sekolah selama setahun dan datang hanya untuk memastikan nama mereka tertera pada meja dan layak untuk menduduki peperiksaan itu.

“Meskipun layak kerana mematuhi prosedur peperiksaan, namun sikap sebegini tidak sepatutnya berlaku di kalangan pelajar,” ujar sumber berkenaan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, inilah yang selalu dilakukan oleh segelintir pelajar tetapi pihak sekolah tidak boleh menghalang mereka daripada mengambil peperiksaan.

Katanya, ibu bapa mesti bertanggungjawab memastikan anak mereka ke sekolah dan jangan pula menyalahkan pihak sekolah sekiranya anak mereka dihalang daripada menduduki peperiksaan.

“Walaupun beberapa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada waris tetapi tidak ada perhatian dan kerjasama yang diberikan dan akhirnya guru dipersalahkan.

“Justeru itu, kerjasama daripada ibu bapa perlu demi masa depan anak mereka kerana pelbagai usaha dilakukan oleh guru dan sekolah untuk meningkatkan pelajar, malah sekolah tidak pernah menyisihkan mana-mana pelajar demi masa depan,” tambahnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s