Tindakan dikena jika halang pelajar duduki peperiksaan: Muhyiddin – Bernama


Tindakan dikena jika halang pelajar duduki peperiksaan: Muhyiddin

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang mana-mana pelajarnya daripada menduduki peperiksaan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementerian sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung perkara itu, dan jika ada asas, tindakan akan diambil.

“Tapi kalau pelajar sendiri tidak mahu menduduki peperiksaan kita kaji dengan teliti dan ini bukan salah guru, tidak perlu ambil tindakan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas dekat sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meninjau sendiri 262 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah berkenaan yang sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 1, pada hari kedua peperiksaan itu berlangsung.

 
Muhyiddin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak terlalu ghairah mengejar kecemerlangan sekolah sehingga menafikan hak pelajarnya untuk menduduki peperiksaan penting pendidikan.

“Apa yang penting adalah kesedaran. Jangan dengan sebab nak mengejar kecemerlangan kita ketepikan hak pelajar atau abaikan peluang untuk mereka menduduki peperiksaan. Satu kemestian untuk menduduki peperiksaan awam, tidak boleh disekat atau dihalang,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak sekolah supaya tidak mengulangi perkara terbabit dan perlu memahami bahawa setiap pelajar perlu diberikan peluang mendapat pendidikan sempurna dan mengambil peperiksaan untuk menilai pencapaian mereka.

Muhyiddin berkata satu anugerah akan diperkenalkan pada tahun ini untuk mengiktiraf sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah.

Katanya penilaian akan dilakukan terhadap pimpinan PIBG yang aktif bekerjasama dengan pihak sekolah.

“Kita bagi satu anugerah kepada pimpinan PIBG seluruh negara bagi mana-mana yang mencapai tahap kecemerlangan di sekolah,” katanya. -BERNAMA

Kadar resah, murung, stres pelajar sekolah tinggi – Menteri – Bernama


Kadar resah, murung, stres pelajar sekolah tinggi – Menteri

05/10/2011 5:16pm

 

PUTRAJAYA 5 Okt. – Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjukkan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai “tinggi”.

Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali “Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah” itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.

Daripada jumlah pelajar yang disaring itu, 2,345 pelajar iaitu 36 peratus telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental manakala 279 guru telah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental pelajar, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini hari ini. – Bernama

Pembelajaran sejarah di sekolah adalah tepat: Muhyiddin – Bernama


Pembelajaran sejarah di sekolah adalah tepat: Muhyiddin

2011/10/05

KUALA LUMPUR: Pembelajaran sejarah yang diguna pakai dalam kurikulum sekolah yang sedia ada adalah tepat dan relevan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kementerian mementingkan ketepatan dalam mata pelajaran itu, namun tidak mengetepikan pemahaman dan taksiran dari sudut falsafah.

Menjawab soalan Datuk Mafuz Omar (PAS-Pokok Sena), beliau berkata terdapat banyak pendapat dan tafsiran berbeza mengenai sejarah negara daripada orang yang berbeza, “tambahan pula apabila ianya ditokok tambah dengan elemen politik”.

“Sebab itu kandungan sedia ada tidak perlu dipertikaikan, peristiwa dan taksiran tentang sejarah tadi. Biarlah ketepatan itu kita serahkan kepada tokoh,” katanya.

Mahfuz bertanya mengenai tafsiran sejarah dari ahli falsafah Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang menyatakan terdapat percanggahan mengenai sejarah dan beberapa fakta yang tidak lengkap dalam subjek sejarah.

Terdahulu, ketika menjawab soalan bertulis daripada Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mahu tahu mengenai cadangan kementerian untuk mengkaji semula mengenai fakta sejarah dalam sistem pendidikan, Muhyiddin berkata Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah yang ditubuhkan pada 3 Mei tahun lepas mendapati bahawa kurikulum sedia ada masih relevan tetapi ia perlu diperinci, diperluas dan disusun semula skopnya supaya lebih jelas dan mudah difahami oleh murid.

Katanya satu laporan lengkap dijangka diterimanya dari jawatankuasa itu selewat-lewatnya pada Mei tahun depan.
Beliau berkata bagi memastikan generasi muda dapat dibentuk dan didedahkan dengan pengetahuan sejarah di peringkat awal persekolahan, mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah akan diperkenalkan mulai tahun 2014 secara berperingkat.

“Murid-murid akan dinilai melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepenuhnya,” katanya sambil menjelaskan bahawa ianya adalah asas kepada generasi baru berupaya membuat pertimbangan tepat dan tidak terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak tertentu.

Bagi menggalakkan penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti yang berkaitan sejarah khususya menyentuh patriotisme, Muhyiddin berkata kementerian akan mengkaji jumlah Geran Perkapita bagi mata pelajaran itu bagi setiap murid supaya bersesuaian dengan keperluan aktiviti. – BERNAMA

Tindakan jika halang pelajar duduki peperiksaan – TPM – Bernama


Tindakan jika halang pelajar duduki peperiksaan – TPM

05/10/2011 11:50am

 

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang mana-mana pelajarnya daripada menduduki peperiksaan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung perkara itu, dan jika ada asas, tindakan akan diambil.

“Tapi kalau pelajar sendiri tidak mahu menduduki peperiksaan kita kaji dengan teliti dan ini bukan salah guru, tidak perlu ambil tindakan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas dekat sini hai ini. – Bernama

481,147 calon duduki PMR 2011 – Kosmo


481,147 calon duduki PMR 2011

PELAJAR rabun, Mohd. Ruzaini Mohd. Daud menjawab soalan peperiksaan PMR menggunakan mesin braille di SMK Alma, Bukit Mertajam semalam.

 

KUALA LUMPUR – Seramai 481,147 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 di seluruh negara semalam.

Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 Oktober ini dan melibatkan 3,521 pusat peperiksaan.

Selain pusat peperiksaan, terdapat juga calon yang menduduki PMR di wad hospital kerana masih dalam rawatan.

Di Alor Setar, lima calon PMR menduduki peperiksaan itu di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana masih menjalani rawatan akibat kemalangan jalan raya dan menghidap penyakit.

Mereka ialah Muzammil Azizan, Nor Amira Muhamad Fisol, Mohd. Syamil Abdul Hamid, Noraini Abdul Razak dan Nurul Anis Zakaria.

Ketua Pengawas Peperiksaan, Jauhari Din berkata, Muzammil dan Nor Amira cedera akibat kemalangan manakala tiga lagi mengalami jangkitan pada paru-paru, masalah buah pinggang dan radang paru-paru.

Katanya, semua calon PMR menjawab tiga kertas peperiksaan iaitu Bahasa Melayu 1, Bahasa Melayu 2 dan Pendidikan Islam.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat berkata, seramai 39,143 orang pelajar di negeri itu menduduki PMR di 281 pusat peperiksaan.

Di Kuala Terengganu, pelajar autisme, Mohammad Danial Zainuddin, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek disenaraikan sebagai calon sasaran untuk mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR.

MUZAMMIL AZIZAN (kiri) yang patah kaki akibat kemalangan menjawab soalan peperiksaan PMR di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.

 

Ini kerana anak sulung kepada pasangan Zainuddin Mohammad, 46, dan Rozinah Mohd. Ikram, 46, itu berjaya meraih keputusan 9A pada peperiksaan percubaan PMR.

Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ngah Bidin berkata, Mohammad Danial bakal mencipta sejarah menjadi pelajar pendidikan khas pertama di Malaysia meraih keputusan 9A.

Sindrom autisme merupakan kecacatan perkembangan tegar yang melibatkan fungsi otak dan kanak-kanak yang menghidap sindrom itu akan berada dalam dunianya sendiri dan sukar menyesuaikan diri secara normal.

Ujarnya, Mohammad Danial yang mendapat keputusan 5A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mula dikesan menghidap sindrom autisme pada usia dua tahun dan memasuki sekolah pendidikan khas pada usia sembilan tahun.

Di Besut, seorang pelajar, Mohamad Firdaus Mohamad Rozmi, 15, yang kini bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan akibat penyakit paru-paru dan abdomen kronik menduduki PMR di wad Hospital Besut.

MOHAMAD FIRDAUS tekun menjawab soalan peperiksaan PMR dengan dibantu mesin pernafasan di wad Hospital Besut, Besut semalam.

 

Menurut bapanya, Mohamad Rozmi Ghazali, 49, anak bongsu daripada tiga beradik itu dilihat bersemangat menjawab soalan peperiksaan walaupun dia tidak dapat hadir ke sekolah tahun ini ekoran penyakitnya itu.

Jelasnya, anaknya belajar sendiri di wad biarpun bergantung dengan mesin pernafasan Bilevel Positive Airway Pressure (BIPAP) kerana penyakit yang dihidapinya sejak berusia dua tahun.

Di Bukit Mertajam, meskipun menghadapi masalah rabun sejak dilahirkan, Mohd. Ruzaini Mohd. Daud, 15, bersama lima rakannya tenang menjawab soalan peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Alma.

Katanya, walaupun terpaksa membaca soalan dan menjawab dalam tulisan braille, ia tidak menjadi masalah kepadanya.

Rakannya, A. Mahavithia, 15, yang buta kedua-dua mata yakin akan mendapat keputusan cemerlang pada PMR.

Dia yang bercita-cita menjadi guru mengambil tujuh mata pelajaran dalam PMR.

600 pelajar dapat dana RM32j – Bernama


600 pelajar dapat dana RM32j

2011/10/05

NAZRI bergambar bersama Che Lodin, Abu Bakar, G Palanivel,  Subramaniam serta pelajar yang menerima Geran Akademik 1MDB 2011 di  Bangi, semalam.

NAZRI bergambar bersama Che Lodin, Abu Bakar, G Palanivel, Subramaniam serta pelajar yang menerima Geran Akademik 1MDB 2011 di Bangi, semalam.

Geran Akademik 1MDB disedia bantu keluarga miskin lanjut pelajaran

BANGI: Seramai 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 semalam menerima Geran Akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah kira-kira RM32 juta bagi tempoh empat tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pemberian geran buat kali kedua pada tahun ini adalah bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM tahun lalu untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dalam negara pada peringkat ijazah pertama.

Katanya, mereka adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada 300 pelajar Bumiputera, 150 pelajar Cina dan 150 pelajar India.

“Majlis ini adalah satu daripada beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam usaha untuk mengurangkan bebanan dari segi kos kehidupan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran geran itu kepada pelajar berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G Palanivel dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.

Kadar bantuan tahunan yang diberikan pada tahun ini ialah sebanyak RM8,000 bagi kursus kritikal dan RM7,500 bagi kursus bukan kritikal kepada pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA.
Kadar bantuan tahunan bagi kursus kritikal di IPTS adalah sebanyak RM16,000 dan kursus bukan kritikal sebanyak RM10,000.

Pemberian geran akademik itu adalah idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertujuan mewujudkan peluang kepada generasi muda untuk menerokai dan membangunkan potensi diri mereka.

Mengenai pengambilalihan tanah untuk Projek MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang, Nazri berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Prasarana Sdn Bhd pada Isnin ini. – BERNAMA

Hentak kepala remaja ‘buat bising’ – Metro


Hentak kepala remaja ‘buat bising’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SERDANG: Gara-gara didakwa membuat bising, seorang remaja lelaki retak tempurung kepala manakala sepupunya cedera di tangan, kaki dan badan selepas dibelasah sekumpulan lelaki mabuk ketika mereka minum di sebuah restoran di Apartmen Suria, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun singgah minum bersama sepupunya berusia 16 tahun sebelum dibelasah lima lelaki terbabit.

Akibat kejadian itu, mangsa pengsan dan parah sebelum suspek melarikan wang RM500 dan motosikal milik mangsa.

Mangsa yang parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 
Menceritakan semula kejadian itu, sepupu mangsa, S Arvind, 16, berkata mulanya hanya dua lelaki pergi ke arah mereka dan memarahi sambil mengarahkan diam.

Sekolah tak cuai – Metro


Sekolah tak cuai

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: Lima murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira di Baling yang mendakwa dihalang guru daripada menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan lalu, tidak perlu mengambil peperiksaan itu kerana siasatan Kementerian Pelajaran mendapati ia bukan berpunca daripada kecuaian pihak sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, hasil siasatan mendapati tidak wujud halangan daripada guru atau sekolah seperti didakwa waris dan pelajar.

Katanya, siasatan itu dilakukan sekumpulan pegawai Jabatan Pelajaran Kedah yang dihantar ke sekolah berkenaan untuk menemui murid terbabit, guru besar, guru, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan waris sejurus kes itu terbongkar.

“Laporan siasatan mendapati guru besar dan guru sekolah itu sering mengingatkan murid berkenaan hadir ke sekolah untuk menduduki UPSR pada tarikh peperiksaan. Selain itu, saya difahamkan, guru sekolah itu juga hadir ke rumah murid berkenaan menasihati mereka mengambil peperiksaan berkenaan.

 
“Malah, apabila siasatan dilakukan, murid berkenaan juga mengaku tidak wujud unsur halangan daripada sekolah untuk tidak membenarkan mereka menduduki UPSR pada tarikh peperiksaan berlangsung,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Calon jawab, guru tulis – Metro


Calon jawab, guru tulis

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR), di sini, terpaksa menjawab soalan ‘berwakilkan’ seorang guru atau pengawas peperiksaan selepas dia tidak mampu menjawab soalan kerana patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya.

Pelajar terbabit, Nor Amira Mohd Fisol, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langgar, di sini, antara sembilan pelajar daripada 39,143 calon PMR di negeri ini yang terpaksa menduduki peperiksaan itu yang bermula semalam di hospital.
Berbanding pelajar lain, Nor Amira terpaksa mengambil peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dalam bilik khas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, dengan ditemani seorang guru kerana tidak boleh menulis akibat kecederaan itu.

 

Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Lat berkata, mengikut prosedur bagi kertas objektif, Nor Amira yang patah tangan kanan akibat kemalangan motosikal, pelajar memberitahu pengawas (guru) jawapan mereka sebelum ditanda guru berkenaan. “Bagi kertas penulisan atau subjektif, jawapan mereka dirakam sebelum ditulis semula guru berkenaan dan jawapan mereka akan dihantar dalam bentuk tulisan dan rakaman ke Lembaga Peperiksaan untuk dinilai seperti biasa,” katanya di sini, semalam. Selain Nor Amira, empat lagi calon yang terpaksa mengambil peperiksaan itu di HSB ialah Muzammil Azizan, Noraini Abdul Razak, Nurul Anis Zakaria dan Mohd Syamil Abdul Hamid.
Selain HSB, dua lagi calon menduduki PMR di Hospital Kulim dan Hospital Jitra manakala dua lagi di Hospital Pulau Pinang.
Sementara itu, kakak Noraini, Noriza Abdul Razak, 18, ketika ditemui berkata, dia dan keluarga bergilir-gilir menjaga Noraini lebih sebulan lalu sejak dimasukkan ke HSB akibat sakit buah pinggang. “Dalam sebulan ini, kami membawa buku rujukan dan buku latihan ke hospital untuk membantu adik mengulangkaji sementara menunggu peperiksaan. Dia bersemangat mengambil peperiksaan dan saya harap dia berjaya mencapai apa yang diinginkan,” katanya.

Ibu dipercayai pelajar sekolah – Metro


Ibu dipercayai pelajar sekolah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA BHARU: Ibu kepada bayi perempuan yang mayatnya disumbat di dalam beg sebelum dihumban ke dalam telaga sedalam lima meter di kawasan kebun getah berdekatan Kampung Kubang Kacang dekat Limbat, Kubang Kerian Ahad lalu, dipercayai pelajar sekolah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, walaupun suspek belum dikenal pasti, berdasarkan barangan yang ditemui di dalam beg berkenaan, polis percaya ibu kepada bayi malang itu adalah pelajar sekolah.
“Berdasarkan bedah siasat, kami juga mendapati bayi itu mati bukan akibat dibunuh, tetapi meninggal dunia kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan siasatan ditukar ke Seksyen 318 Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum ini,” katanya.