SEMAKAN PENEMPATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN SEPTEMBER 2011
Lawat http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg_khas/ppgtawar/ untuk keterangan lanjut.
SEMAKAN PENEMPATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN SEPTEMBER 2011
Lawat http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg_khas/ppgtawar/ untuk keterangan lanjut.
Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh
Lawat http://apps.moe.gov.my/sbpt4/2011/index.cfm untuk maklumat lanjut.
Tarikh Tutup Permohonan
15 Oktober 2011
Sukacita dilampirkan maklumat berkaitan Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 seperti berikut :-
Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012
Harap maklum.
PUTRAJAYA: Kajian Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental mendapati ramai pelajar sekolah menengah di negara ini mengalami masalah tekanan, keresahan dan kemurungan yang tinggi, disebabkan pelbagai faktor termasuk peperiksaan dan masalah keluarga.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian di enam sekolah seluruh negara itu dilakukan dari April hingga September lalu membabitkan 6,540 pelajar dengan 4.8 peratus daripadanya didapati mengalami tekanan teruk, 17.1 peratus keresahan teruk dan 5.2 peratus kemurungan teruk. Namun katanya, kajian Projek Rintis Program Minda Sihat Menangani Stress Di kalangan Murid Sekolah itu tidak pula mengkaji faktor penyumbang kepada keadaan berkenaan, cuma mungkin disebabkan masalah keluarga, peperiksaan dan persekitaran sekolah. “Pada dasarnya, kami akui peratusan pelajar yang menghadapi masalah ini agak tinggi, tetapi kita gembira kerana dapat mengesan masalah ini lebih awal, sekali gus membolehkan kita mengambil pencegahan awal sebelum keadaan semakin teruk. “Seramai 2,345 atau 36 peratus pelajar sudah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental manakala 279 guru dilatih mengenal pasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan masalah mental pelajar,” katanya.
AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila gambar separuh bogel miliknya dikatakan sengaja disebarkan teman lelaki melalui sebuah laman sosial.
Difahamkan, gambar itu mulanya dimuat naik dalam laman sosial milik teman lelakinya berusia 20 tahun sebelum dilihat kenalannya yang kemudian bertindak menyebarkan kepada kenalan lain.
Berikutan penyebaran gambar itu, ia sampai kepada pengetahuan guru pelajar tingkatan empat terbabit yang terkejut sebaik melihat gambar separuh bogel itu lalu bertindak memanggil remaja berkenaan, semalam.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengetahui penyebaran gambar itu turut terkejut sebaik dimaklumkan guru berkenaan.
“Guru berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Keluarga mangsa diminta hadir ke sekolah bagi mengadakan perbincangan.
“Hasil perbincangan, keluarga mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa mendakwa dipaksa teman lelakinya yang sudah bekerja membuka pakaian hingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
BENTONG: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Repas, di sini, yang sepatutnya mengambil kertas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) subjek Pendidikan Islam maut selepas tersepit pada tayar kanan treler selepas motosikal ditungganginya merempuh kenderaan berat itu, di Kilometer 7.5, Jalan Bentong-Raub, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa, Muhamad Muhaimin Nordin, 15, dari Felda Lurah Bilut, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, sebelum itu, mangsa sempat mengambil kertas peperiksaan PMR subjek Bahasa Melayu 1 dan 2 sebelum pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama keluarga.
Bagaimanapun, sebaik selesai makan, mangsa menunggang motosikal seorang diri ke SMK Kuala Repas.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata siasatan mendapati mangsa dipercayai melanggar belakang tayar kanan treler itu ketika cuba memotong kenderaan berat berkenaan.
SHAH ALAM: Kegagalan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Pulau Lumut, Seksyen U10, Alam Budiman di sini, mematuhi arahan mendaftarkan operasi mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tiga kali diberi peringatan mengundang padah apabila premis itu diarah tutup semalam.
Taska dua tingkat yang beroperasi sejak 2009 itu sudah menerima tiga surat peringatan selepas JKM menerima aduan orang ramai, namun masih gagal mematuhinya menyebabkan tindakan penutupan diambil.
Ketika operasi berlaku sedikit kekecohan apabila seorang bapa yang menempatkan anaknya di situ mempersoalkan tindakan JKM yang dianggapnya menyusahkan ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Bagaimanapun, keadaan ditenangkan apabila pegawai JKM menjelaskan pengusaha taska terbabit boleh meneruskan operasi selepas mematuhi peraturan.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Zamani Mokhtar, berkata JKM menerima tiga aduan mengenai taska itu termasuk dakwaan berlaku penderaan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke sana.
Projek printis latih 279 guru kendali masalah emosi
PUTRAJAYA: Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah di seluruh negara yang terbabit dalam projek perintis kelolaan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk.
Sebanyak 4.8 peratus atau 313 pelajar didapati mengalami masalah tekanan yang teruk, tanda keresahan yang teruk (17.1 peratus atau 1,118 pelajar) dan tanda kemurungan yang teruk (5.2 peratus atau 340 pelajar).
Sehubungan itu, semua pelajar terbabit sudah diarah untuk menjalani program intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental, manakala 279 lagi guru sudah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
Latihan kemahiran daya tindak itu membabitkan antara lain kemahiran untuk menangani stres atau tekanan.
Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah itu dijalankan selama enam bulan mulai Mac hingga September lalu bertujuan memperkasakan pelajar bagi menangani tekanan akibat cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya tindak.
Ia juga bertujuan memberi kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku.
Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata program itu akan diperluaskan di semua sekolah menengah di seluruh negara bagi meningkatkan kesejahteraan mental di kalangan murid dan warga sekolah.
“Projek perintis ini bukan saja bertujuan mengenalpasti masalah tekanan, keresahan dan kemurungan di kalangan pelajar, ia juga diharap mampu mengesan keupayaan daya tindak yang dimiliki oleh pelajar, bagi menangani masalah terbabit.
“Dengan adanya data ini, usaha dapat dilaksanakan bagi memperkukuhkan keupayaan daya tindak berkenaan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang berlangsung kira-kira tiga jam di sini, semalam.
Berdasarkan kajian itu, keupayaan daya tindak pelajar mencatatkan kadar 13.1 peratus (baik), 48.3 peratus (sederhana), 37.7 peratus (ringan) dan 0.9 peratus (teruk).
Justeru, Liow berkata, data itu akan digunakan untuk melaksanakan program bagi meningkatkan daya tindak di kalangan pelajar bagi mengurangkan dan menghapuskan statistik bagi kategori ringan serta teruk.
Mengulas punca masalah kesihatan mental di kalangan pelajar, katanya, ia hanya dikenal pasti selepas pelajar terbabit dirujuk kepada kaunselor kerana projek itu mengesan daya tindak pelajar berdasarkan 21 soalan yang dikemukakan.
Pertikaian, perdebatan akibat tafsiran tak betul kelirukan masyarakat: TPM
KUALA LUMPUR: Kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah masih relevan dan ketepatan fakta dalam kandungannya tidak perlu dipertikai atau diperdebatkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri juga menjelaskan pendiriannya serta kerajaan bahawa negara memang pernah dijajah, sekali gus menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan selama ini adalah signifikan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pertikaian dan perdebatan berterusan akibat tafsiran tidak betul oleh pihak tertentu terhadap sejarah, menimbulkan pelbagai masalah terutama salah faham dan mengelirukan masyarakat khususnya pelajar.
Sebagai contoh, beliau berkata, polemik dicetuskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang membuat tafsiran sejarah berhubung isu Mat Indera daripada perspektif pandangan sendiri tetapi tidak tepat.
Sehubungan itu, katanya, tafsiran sejarah mesti dilakukan tokoh dan pakar dalam bidang itu.
“Dalam kandungan pembelajaran sejarah, yang hendak diisi ialah ketepatan fakta dan tafsiran, tetapi ia mungkin dibuat pelbagai pihak.
“Seperti kes baru-baru ini (polemik dicetuskan Mat Sabu), berlaku debat berpanjangan kerana dilihat dalam konteks berbeza dan jika ditokok elemen politik sehingga mempertahankannya bukan kerana kandungan sejarah, itu bukan asas yang betul.
“Bagi saya, bimbingan kepada anak kita (pelajar) dalam sistem pembelajaran sejarah di sekolah adalah tepat,” katanya menjawab soalan tambahan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), semalam.
Mengenai pendirian negara pernah dijajah, Muhyiddin berkata, perkara itu tidak perlu didebat dan dibahaskan kerana ia sudah diterima rakyat selama 54 tahun kemerdekaan tanah air.
Isu itu berbangkit ekoran kenyataan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling, sebelum ini bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British susulan polemik sejarah dicetuskan Mat Sabu.
Muhyiddin berkata, walaupun Tanah Melayu ketika itu mempunyai Sultan dan Raja, mereka tidak bebas kerana terpaksa mengikut nasihat diberikan Residen British.
“Sebab itu, kita berjuang memerdekakan negara dan sumbangan seperti Tunku Abdul Rahman serta pemimpin lain, tidak harus diketepikan sebab ia adalah fakta sejarah,” katanya.
Terdahulu, menjawab soalan Datuk Shamsul Anwar Nasarah (BN-Lenggong), Muhyiddin berkata, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah mendapati, kurikulum sedia ada masih relevan tetapi skopnya perlu diperinci, diperluas dan disusun semula supaya lebih jelas serta mudah difahami pelajar.
Sambil menjelaskan jawatankuasa itu dijangka mengemukakan laporan lengkap kepadanya selewat-lewat Mei tahun depan, beliau berkata, kementerian juga akan menggubal Buku Panduan Mengajar Mata Pelajaran Sejarah bagi membantu dan memastikan guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
KUALA LUMPUR 5 Okt. _ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kejadian beberapa murid dihalang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berpunca daripada pihak sekolah terlalu mengejar insentif sekolah berprestasi tinggi.
Menurut beliau, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kejadian yang berlaku kepada beberapa murid di sebuah sekolah di Sarawak dan Baling, Kedah itu merupakan kes terpencil.
Bagaimanapun, Muhyiddin mahu kejadian tersebut dijadikan iktibar dan berharap ia tidak lagi berulang pada masa hadapan.
“Yang penting adalah kesedaran. Jangan sebab hendak mengejar kecemerlangan, kita ketepikan hak pelajar atau abaikan peluang untuk mereka menduduki peperiksaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas dekat sini, hari ini.
Pada lawatan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sempat meninjau 262 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah tersebut menjawab soalan ujian Bahasa Inggeris Kertas 1.
Muhyiddin berkata, kejadian yang berlaku itu juga bukanlah gambaran bahawa sistem pendidikan negara tidak betul.
Bagaimanapun beliau menegaskan Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan penting.
“Kita kini sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung kes berkenaan tetapi kalau disebabkan oleh para pelajar sendiri yang tidak mahu mengambil peperiksaan, kita akan kaji.
‘‘Mungkin bukan salah guru, jadi tak perlu ambil tindakan,” katanya.