Pemandu lori dipenjara 32 tahun mengaku rogol adik ipar – Utusan


Pemandu lori dipenjara 32 tahun mengaku rogol adik ipar

KUALA TERENGGANU 6 Okt. – Seorang pemandu lori hari ini dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya sehingga mangsa melahirkan anak.

Lelaki berusia 52 tahun itu mengaku melakukan persetubuhan di luar nikah terhadap adik iparnya yang berusia 15 tahun pada Ogos 2009 di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, dekat sini.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa mengulangi perbuatan tersebut sebulan kemudian di tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan secara berturut-turut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s