Mansuh yuran sekolah keputusan berani – Utusan


Mansuh yuran sekolah keputusan berani

JOHOR BAHRU 7 Okt. – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah sebagai keputusan berani oleh kerajaan untuk menanggung sepenuhnya kos pendidikan negara.

Timbalan Presiden GPMS, Rosdi Amir berkata, keputusan tersebut merupakan langkah ke depan seperti yang dilakukan di negara maju.

“Ini adalah langkah ke arah persediaan sebagai negara maju seperti yang disasarkan menerusi gagasan 1Malaysia: Rakyat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan dan keputusan itu membuktikan komitmen kerajaan.

“Pemansuhan ini membuktikan bidang pendidikan adalah sektor terpenting negara dalam melahirkan modal insan yang memiliki sifat warga glokal kelas pertama,” katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi GPMS Johor mengulas langkah kerajaan dalam memansuhkan yuran tersebut yang dibentangkan pada Bajet 2011 petang ini.

Rosdi berkata, langkah itu adalah cerminan kerajaan dalam melaksanakan proses transformasi yang dirangka sebelum ini semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan yuran atau bayaran persatuan itu.

Katanya, langkah tersebut hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan dilihat seolah-olah mahu mengambil kesempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s