Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat di HKL – Bernama


Kanak-kanak disyaki mangsa dera masih dirawat di HKL

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang disyaki mangsa dera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes kanak-kanak itu, yang diselamatkan dan dimasukkan ke HKL sejak Isnin lepas, mendapat perhatian Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang melawatnya di hospital itu hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Tan berkata kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dera seorang anggota keluarganya itu akan ditempatkan di rumah perlindungan selepas keluar dari hospital.

“Mangsa tidak mahu kembali semula ke rumahnya selepas ini dan dia juga ada menceritakan, akibat terlampau takut, dia pernah berhasrat melarikan diri dari rumah,” kata Tan, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

 
Tan berkata menurut polis, kanak-kanak itu dipercayai telah didera beberapa kali sebelum satu laporan polis dibuat seorang anggota Wanita Gerakan di Balai Polis Jinjang, Isnin lepas. – Bernama

Tidak perlu referendum pengajaran Sains dan Matematik – Bernama


Tidak perlu referendum pengajaran Sains dan Matematik

14/10/2011 6:58pm

 

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Majlis Belia Malaysia (MBM) berpendapat tidak perlu diadakan referendum bagi memberi pilihan kepada guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah.

Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran masih mendapatkan input daripada pelbagai pihak bagi menyelesaikan isu tersebut.

Selain itu referendum juga akan melibatkan sumber kerajaan dan tenaga yang banyak, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kumpulan Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang dilapor mahu mengadakan pungutan suara bagi memberi peluang ibu bapa menentukan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk anak mereka.

Mengulas lanjut, Mohamed Maliki berkata, referendum juga tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini kerana dikhuatiri mampu mengundang konflik dan ketegangan sosial.

MBM katanya, menyokong pelaksanaan Dasar Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris di sekolah mulai tahun ini, kerana dasar itu bertepatan dengan keperluan negara selain menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

Tak sampai 48 jam: Nurul Nursyawaltie ditemui di Pulau Pinang – Utusan


Tak sampai 48 jam: Nurul Nursyawaltie ditemui di Pulau Pinang

14/10/2011 9:05pm

 

 

Oleh MARZITA ABDULLAH

 

KANGAR 14 Okt. – Tidak sampai 48 jam kehilangannya dihebahkan media, seorang pelajar perempuan, Nurul Nursyawaltie Mohd. Sabri, 14, akhirnya ditemui bersama seorang rakan perempuannya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.

Ibu pelajar tersebut, Norhafiza Nordin, 37, berkata, ketika ditemui pukul 9 malam tadi, anak dan rakannya yang dikenali sebagai Amira itu sedang merayau-rayau berhampiran Masjid Sungai Batu di kawasan berkenaan.

Katanya, dia dan suami, Mohd. Sabri Samat, 35, adiknya dan seorang rakan dibantu anggota polis dari Pulau Pinang berusaha mencari anaknya itu setelah mendapat maklumat daripada seorang rakan lelaki Nurul di negeri berkenaan. – Utusan

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TARIKH BAGI KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2012


PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TARIKH BAGI KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN JANUARI 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Paparan Semakan Online Nama Calon Yang Berjaya Menduduki Ujian MTeST bagi calon-calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Januari  2012 ialah pada 18 OKTOBER 2011 (SELASA) dan Ujian MTeST  di seluruh negara akan dijalankan pada 22 OKTOBER 2011 (SABTU).

Murid Tahun Enam mati lemas dalam lombong – Bernama


Murid Tahun Enam mati lemas dalam lombong

2011/10/14

LANGKAWI: Seorang murid lelaki Tahun Enam mati lemas selepas tergelincir ke dalam lombong kuari pasir di Kampung Gelam Kedawang di sini, petang semalam.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Yaakob Hassan hari ini berkata, mayat Mohd Aiman Ali, 12, ditemui oleh orang awam kira-kira sejam selepas dia tergelincir ke dalam lombong itu jam 4 petang semalam.

Katanya, Mohd Aiman tergelincir ke dalam lombong itu semasa hendak membersihkan belakang bajunya yang kotor ketika bermain dengan dua rakannya di kawasan lombong itu.

Rakannya, Mohd Akif Danial Ridzuan, 10, berkata dia dan rakannya cuba menyelamatkan Mohd Aiman tetapi gagal lalu meminta bantuan orang ramai. – BERNAMA

Gadis hilang ikut rakan Facebook – Kosmo


Gadis hilang ikut rakan Facebook

 

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

 

MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.

 

KANGAR – Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

‘Kekasih bukan alasan’ – Metro


‘Kekasih bukan alasan’

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pembantu tukang masak dihukum penjara 24 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol pelajar tingkatan dua, September lalu.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Jul Abdul Jalil, 27, yang beralamat di Taman Mutiara Sri Gading, Batu Pahat, Johor selepas meneliti semua fakta, rayuan dan hujah pendakwaan.
Bagi tuduhan pertama, Jul yang tidak diwakili peguam didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun enam bulan itu pada 20 September lalu, kira-kira jam 4.30 petang di dalam stor kedai di Kilometer 1256, Jalan Besar, Kampung Baru, Alor Gajah.

 

Bagi tuduhan kedua dia didakwa merogol mangsa sama, keesokannya, 21 September lalu, kira-kira jam 2 petang, di tempat sama.
Seterusnya Jul dituduh merogol pelajar terbabit sekali lagi pada 24 September lalu, kira-kira jam 3 petang di tempat sama.
Ketiga-tiga kesalahan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan sehingga 20 tahun serta sebatan.

 

 

Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap.
Ia bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan saja.

 

Katanya, beliau hairan dan kecewa kes ‘rogol suka sama suka’ seperti itu kerap berlaku khususnya di Melaka meskipun sering dilaporkan, sekali gus menunjukkan seolah-olah orang ramai tidak takut.
“Satu perkara saya ingin nyatakan, mangsa pelajar sekolah dan masih di bawah umur, namun kamu yang berusia 27 tahun serta masih bujang mengambil kesempatan terhadapnya.
“Apapun alasan kamu sama ada mangsa teman wanita dan sebagainya, ia bukan alasan untuk melakukan perbuatan itu,” katanya.
Ahmad Sazali menegaskan bahawa sama ada mangsa suka atau tidak suka, mahupun setuju atau tidak dari segi undang-undang negara, melakukan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan.
“Saya bukan bercakap dari sudut agama atau moral yang sememangnya satu kesalahan,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya dilihat daripada fakta memang mangsa rela dan dia sepatutnya dipersalahkan.
“Namun, ini kes serius, tiga perbuatan rogol berlaku dalam masa empat hari,” katanya.
Mengikut fakta kes, mangsa (pengadu) berkenalan dengan tertuduh yang berasal dari Sabah menerusi laman web sosial pada 29 April lalu.
Kedua-dua mereka saling berhubungan sebelum tertuduh datang berjumpa mangsa pada 20 September lalu, kira-kira jam 4 petang.

Beri balasan paling berat – Metro


Beri balasan paling berat

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEPANG: “Kita akan pastikan orang yang bertanggungjawab mendera kanak-kanak ini dikenakan hukuman paling berat kerana perbuatanya tidak boleh dimaafkan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau mengulas kejadian seorang kanak-kanak, Mohd Firdaus Mat Dan, berusia enam tahun yang mati Isnin lalu kerana dipercayai didera bapa tiri sepanjang 10 hari ibunya dirawat di hospital Alor Gajah selepas melahirkan anak.
Katanya, beliau tidak boleh menerima perbuatan yang disifatkan kejam itu, malah meminta semua pihak terutama polis menjalankan siasatan secepat mungkin.

 

“Kita mahu orang yang tidak bertanggungjawab melakukan penderaan ini diheret ke mahkamah dan dikenakan hukuman paling berat,” katanya, semalam.
Mohd Firdaus yang tinggal di Kampung Padang Sebang, Alor Gajah dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah pada hari berkenaan.
Kedua-dua tapak kaki mangsa berlubang, dipercayai akibat terkena besi panas atau seterika, malah terdapat kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh.

 

 

Justeru, Shahrizat berkata, beliau mahu semua masyarakat mengambil tahu mengenai sesuatu perkara yang berlaku di sekitar kawasan mereka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki ada kes penderaan dan keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak.
“Bagi kes ini, saya percaya penderaan mungkin sudah berlaku dari awal lagi, sebab itu kalau kita tahu ada kanak-kanak ada wanita yang berada dalam keadaan berbahaya, maklumkan kepada pihak berkuasa.

 

“Kalau takut nak buat laporan polis atau tak nak bertemu pegawai kebajikan telefon saja talian Nur 15999, tahulah apa nak buat selepas itu.
“Jadi saya minta kepada semua pihak, kalau dengar dari ekor telinga kes seperti ini maklumkan kepada kami dengan segera,” katanya.

Anak hilang tinggal basikal – Metro


Anak hilang tinggal basikal

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Hanya penemuan basikal menjadi petunjuk buat seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya didapati hilang ketika berbasikal ke sekolahnya di Bintong, dekat sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila basikal milik anak sulung daripada lima beradik, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, ditemui di sebuah taman perumahan berhampiran kira-kira jam 3 petang.
Mohd Sabri Samat, 35, dari Taman Bukit Kayangan, dekat sini, berkata sebaik menerima maklumat itu, dia menunggu anaknya di kawasan berkenaan kerana bimbang tetapi gadis berkenaan tetap tidak muncul sehingga lewat petang.

 

Menurutnya, dia kemudian berasa tidak sedap hati dan percaya anak perempuannya mungkin berada di luar Perlis berdasarkan wang tunai RM30 dalam dompetnya juga disedari hilang pada pagi sebelum kehilangan Nurul Nursyawaltie. Katanya, anaknya itu memang gemar melayari laman sosial seperti facebook dan mempunyai ramai kawan.
“Sebelum ini, saya tinggal di Pulau Pinang dan mengesyaki dia pergi ke sana ataupun dijemput salah seorang rakan facebooknya untuk ke sana.
“Tetapi saya berasakan wang RM30 itu memang tidak mencukupi pergi dan tinggal di sana sehingga hari ini (semalam),” katanya.

 

 

Menurutnya, dia juga sudah mengedarkan gambar anaknya di sekitar kawasan sekolah termasuk kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.
Katanya, dia turut membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 1 pagi semalam.

 

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan, berkata siasatan sedang dijalankan.

Pencen dibayar awal sempena Deepavali – Bernama


Pencen dibayar awal sempena Deepavali

2011/10/14

KUALA LUMPUR: Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Oktober.

Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Oktober. – BERNAMA