Guru agama holistik – Metro


Guru agama holistik

Oleh AMIR ABD HAMID
amir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BANTING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, mengajak warga pendidik khususnya dalam bidang agama membuka minda dengan menerapkan teknologi dalam pengajaran berbanding hanya menyampaikan ilmu berdasarkan buku teks saja.

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak terbatas dalam lingkungan domestik dan kini menjadi negara pedagang antara 20 terbesar di dunia, memerlukan modal insan termaju dalam bidang duniawi dan ukhrawi untuk bersaing di peringkat global.
Justeru, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebagai negara dengan majoriti umat Islam, kerajaan mahu memastikan tidak berlaku peminggiran golongan itu, bukan saja persaingan dalam negara, malah luar negara.

 

“Hari ini, tumpuan kita supaya proses pembangunan rakyat dapat ditingkatkan ke satu tahap lebih tinggi selaras menjadikan Malaysia negara maju. Islam agama Persekutuan dan persiapan untuk maju dengan acuan sendiri sudah kita mulakan sejak beberapa dekad lepas.
“Umat Islam tidak akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara. Guru agama kita latih dan hantar ke sekolah melalui institusi pendidikan guru sebab mahu jadikan guru agama lebih holistik mencakupi bukan saja bidang soal agama tetapi masalah lain. “Warga agama kena buka minda. Kita tak sesuai lagi guna cara lama, kalau tak ambil kira tentang teknologi kita akan hadapi masalah,” katanya berucap dalam Majlis Pertemuan dengan Pelajar dan Guru Sekolah-sekolah Agama, di dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini, semalam.
Beliau berkata, ketika ini negara tidak boleh hanya berpaksikan struktur ekonomi lama, tetapi perlu berubah ke arah strategi model baru berasaskan inovasi, kreativiti dan produktiviti dengan acuan seimbang antara ukhrawi dan duniawi.

 

 

Merujuk kepada perkembangan di Somalia yang rakyatnya beragama Islam berhadapan masalah membangunkan negara itu akibat perang saudara selama 21 tahun, katanya, negara ini walaupun pelbagai agama namun hidup aman damai.
“Banyak negara mohon bantuan kita. Dalam persidangan pendidikan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), umum bajet USD 5 juta (RM15.7 juta) diluluskan kepada Unesco untuk membantu negara-negara Selatan yang masih mundur.

 

“Yang penting dalam situasi sistem negara kita yang sudah tersusun, tafsiran pembangunan dalam Islam selari antara ukhrawi dan duniawi. Jangan ada sesetengah pihak mendakwa kita hanya melakukan pembangunan duniawi saja,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s