Jawatankuasa lindung kanak-kanak – Utusan


Jawatankuasa lindung kanak-kanak

 

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang menubuhkan jawatankuasa perwakilan yang diwakili dua kanak-kanak dari setiap negeri atau daerah bagi meningkatkan kecekapan kerajaan menangani isu-isu berkaitan kumpulan itu.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jawatankuasa perwakilan itu juga akan saling melengkapi peranan jawatankuasa pelindungan kanak-kanak yang kini beroperasi di setiap daerah.

Katanya, jawatankuasa perwakilan itu dijangka diwakili oleh kanak-kanak berusia antara 14 hingga 16 tahun yang dicadangkan oleh agensi-agensi kerajaan terlibat.

“Kita akan pastikan mereka diberi latihan supaya boleh menjadi mata dan telinga kepada kementerian dalam menangani pelbagai isu terutamanya berkaitan keselamatan kanak-kanak,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Kebangsaan 2011 di Sri Pentas, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hadzir Md. Zain.

Sementara itu mengulas mengenai cadangan mewujudkan sistem keadilan berasaskan pemulihan, Shahrizat berkata, kementerian akan melantik pakar dalam bidang kanak-kanak, perundangan dan kehakiman bagi merangka butiran sistem berkenaan.

“Harap Januari tahun depan perbincangan lanjut boleh diadakan untuk memastikan tindakan selanjutnya boleh diambil bagi menjayakan sistem tersebut,” katanya.

Beliau menambah, selain memperjuangkan keadilan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah, sistem itu juga membolehkan golongan tersebut hidup tanpa dibebani stigma negatif dan imej penjenayah.

“Apa yang kita tekankan di sini ialah kes jenayah ringan melibatkan kanak-kanak. Kita tidak mahu melihat kanak-kanak dipenjara dan masuk di kalangan penjenayah tegar.

“Mereka masih kanak-kanak dan kami di kementerian percaya bahawa kanak-kanak mesti diberi peluang kedua, perlu dibimbing dan diberi didikan mungkin antaranya menerusi kaunseling atau program-program tertentu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s