Kaji laksana pemulihan kes juvana – Berita Harian


Kaji laksana pemulihan kes juvana
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2011/10/23

SHAHRIZAT memotong riben belon  sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia  di Seri Pentas TV3,  semalam.

SHAHRIZAT memotong riben belon sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Seri Pentas TV3, semalam.

Jawatankuasa bimbing remaja

PETALING JAYA: Satu jawatankuasa kerja akan diwujudkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem keadilan berasaskan pemulihan bagi pesalah muda, termasuk kanak-kanak di negara ini.

Selain memastikan mereka bebas rekod dan stigma jenayah, usaha pemulihan bersifat memberi peluang kedua itu juga selaras ketetapan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Ketika mengumumkannya sempena sambutan hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata jawatankuasa itu akan mengkaji perundangan, bantuan guaman, program dan integrasi pemulihan yang sesuai dilaksanakan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan dianggotai pakar undang-undang, pakar kanak-kanak, ahli akademik, pakar psikologi kanak-kanak, wakil agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia memberi peluang kedua kepada pesalah muda yang melakukan jenayah ringan dengan hukuman setimpal termasuk perkhidmatan komuniti selain memastikan mereka tidak ditempatkan dengan penjenayah dewasa.

“Pendekatan itu menyediakan bantuan dan bimbingan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak melakukan kesalahan pada masa depan dan menjalani kehidupan dalam persekitaran lebih kondusif,” katanya pada majlis sambutan di Seri Pentas TV3, di sini, semalam.
Sambutan hasil usaha sama kementerian dengan TV3, menyaksikan acara perarakan disertai 2,000 kanak-kanak daripada 30 kontinjen. Tema tahun ini adalah Menjana Karisma Kanak-kanak dalam usaha memupuk semangat muhibah kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama seiring semangat 1Malaysia.

Selain itu, Shahrizat turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa perwakilan kanak-kanak di setiap daerah. Ia bagi memantapkan lagi Pasukan Perlindungan Kanak-kanak kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

“Jawatankuasa ini bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kementerian dalam menangani isu berkaitan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di negara ini. Pembabitan wakil kanak-kanak dalam jawatan kuasa itu pula bagi kita mendapatkan maklumat tepat dan mendengar suara rasa hati dan kehendak mereka sebagai kanak-kanak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s