PROGRAM 1MALAYSIA ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SESI 2012


PROGRAM 1MALAYSIA ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SESI 2012

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TELAH MENAWARKAN PROGRAM I MALAYSIA BERBENTUK KURSUS JANGKA MASA PENDEK KEPADA LEPASAN PELAJAR SPM, STPM, STAM DAN KOLEJ MATRIKULASI BAGI MENGISI MASA SENGGANG SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ATAU TAWARAN KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI.

PROGRAM 1MALAYSIA INI AKAN DIADAKAN DI KOLEJ KOMUNITI SELURUH NEGARA. SEKIRANYA PARA PELAJAR BERMINAT UNTUK MENYERTAI, SILA LAYARI LAMAN WEB JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI DI SINI.

Penganggur tak mengaku perkosa kekasih – Metro


Penganggur tak mengaku perkosa kekasih

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol kekasihnya yang berumur 15 tahun, dua minggu lalu.

Mohd Saiful Ridzuan, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Mengikut pertuduhan, Saiful didakwa merogol pelajar tingkatan tiga itu di stor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Awam dan Lalu Lintas, Sentul di sini pada jam 10 malam, 15 Oktober lalu.

 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh.

 

 

Gantung diri putus cinta – Metro


Gantung diri putus cinta

Oleh Ahmad Othman
metrojb@yahoo.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.
Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

 

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.
“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

 

 

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.
Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

 

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.

Mi segera terakhir – Metro


Mi segera terakhir

Oleh Ahmad Othman
metrojb@yahoo.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA TINGGI: Mangsa pembunuhan kejam, Nurul Atikah Samsiah, 15, yang ditemui mati di sebuah rumah di Ladang Kambau di sini, kelmarin, sempat menjamah mi segera sebagai makan tengah hari sebelum keluar bertemu rakan karib.

Ibu Atikah, Rahimah Muhammad, 32, berkata, anaknya bekerja menabur baja di ladang kelapa sawit dan pulang pada tengah hari sebelum dilaporkan hilang.

Menurut Rahimah, anaknya menjamah mi segera sebelum keluar pada jam 2 petang untuk ke rumah rakan karib Istikamah Sarwah, 16.

“Kediaman Istikamah kira-kira 60 meter dari sini, bagaimanapun, kami mula bimbang apabila remaja berkenaan datang ke rumah dan bertanyakan Atikah.

 
“Kami mencari Atikah di sekitar kawasan ini, tetapi hampa dan telefon bimbitnya juga tertinggal di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Murid pengsan ditimpa tiang bendera – Utusan


Murid pengsan ditimpa tiang bendera

HULU LANGAT 27 Okt. – Seorang murid perempuan Tahun Satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera yang tiba-tiba tumbang ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah rendah di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika kedua-dua mangsa sedang bermain berhampiran tiang bendera tersebut yang terletak di hadapan kawasan perhimpunan sekolah.

Seorang saksi kejadian memberitahu, salah seorang daripada murid itu dikatakan bermain pada skru tiang bendera sebelum skru tersebut tercabut dan mencederakan tangannya.

“Seorang lagi rakan mangsa yang berdiri tiba-tiba terkejut apabila tiang terbabit jatuh dan menghempap kepalanya lalu tidak sedarkan diri di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketika kejadian, saksi itu berkata, kebanyakan murid berada di padang sekolah kerana terlibat dalam aktiviti sukan sekolah.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa segera dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan oleh guru sekolahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, seorang murid hanya mengalami cedera ringan di tangan, manakala rakannya yang dihempap tiang kini boleh bercakap dan dilaporkan stabil.

Jelasnya, guru sekolah tersebut telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa murid berkenaan dan membuat laporan polis petang ini.

Kanak-kanak mati lemas ketika berkelah di Pantai Puteri – Utusan


Kanak-kanak mati lemas ketika berkelah di Pantai Puteri

MELAKA 27 Okt. – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui mati lemas ketika berkelah di Pantai Puteri bersama ahli keluarganya sempena cuti umum perayaan Deepavali di sini, semalam.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika mangsa, Ajmal Afzan Mohd. Farid, 6, pergi ke pantai itu bersama ibunya, Zuhana Ayub, 32, dan enam ahli keluarga rakan sekerja ibunya.

Difahamkan, sebaik sahaja sampai di pantai, kanak-kanak malang itu terus berlari ke laut untuk mandi bersama abangnya yang berusia tujuh tahun.

Pada masa yang sama, ibu mangsa tiada di tempat kejadian kerana singgah di rumah rakannya di Tangga Batu untuk mengambil makanan.

Sejurus ibunya tiba di pantai itu, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh abang mangsa, adiknya tiba-tiba hilang ketika mereka sedang mandi.

Usaha mencari mangsa kemudian dijalankan dengan bantuan penduduk setempat, namun gagal sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Farid Usop, 32, dia hanya mengetahui tentang insiden itu selepas dimaklumkan oleh isterinya dan melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya, setibanya di tempat kejadian pukul 12 tengah hari, mayat anaknya masih belum ditemui.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Rashid Bechek berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pukul 12.40 tengah hari, kira-kira sejam selepas pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Sebuah jentera dan sembilan anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Disebabkan mangsa dipercayai lemas dalam laut, kita menggunakan teknik pukat untuk mencari sehingga menemui mayat kanak-kanak itu kira-kira sejam kemudian,” katanya.

Perkukuh bahasa Inggeris melalui mata pelajarannya – Utusan


Perkukuh bahasa Inggeris melalui mata pelajarannya

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Bagi memastikan rakyat dapat menguasai bahasa Inggeris, kualiti tenaga pengajar, sukatan pelajaran serta bahan rujukan untuk mata pelajaran bahasa itu perlu diperkukuhkan, bukannya menerusi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Berdasarkan pengamatan tokoh bahasa dan sejarah, Dr. Awang Sarian (gambar), meskipun negara seperti Jerman, China, Belanda dan Jepun tidak melaksanakan PPSMI, mereka mampu berada sebaris dengan negara-negara maju lain menggunakan bahasa ibunda masing- masing.

“Saya pernah berkhidmat di China, jelas dasar kerajaannya tidak berubah. Meskipun mereka maju dan ekonomi stabil, mereka tetap tegas dengan penggunaan bahasa ibunda secara menyeluruh. Ertinya, penguasaan bahasa asing tidak menjamin sesebuah negara itu untuk maju.

“Kita mesti sampai ke tahap itu. Saya juga pernah membuat kajian ringkas semasa menjadi Profesor Tamu di Universiti Frankfurt, Jerman. Di sana penuntut asing perlu belajar bahasa Jerman selama enam bulan sebelum memasuki universiti tersebut untuk mengikuti kursus kejuruteraan dan sebagainya.

“Memartabatkan bahasa Melayu merupakan dasar negara ini. Ia telah dirumus sejak sebelum merdeka lagi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dengan ketetapan bahawa bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama dalam Penyata Razak. Itu menjadi asas semua akta berkaitan pendidikan sehingga sekarang,” katanya di sini, hari ini.

Beliau seterusnya meminta supaya kerajaan mengabaikan gesaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) supaya PPSMI dipertahankan.

Menurut Awang, kajiannya pada 2003 menunjukkan hanya tiga peratus pelajar yang dapat memanfaatkan PPSMI dalam pelajaran mereka.

“Adakah kita hendak abaikan 97 peratus lagi pelajar? Justeru, kita perlu melaksanakan pendidikan yang demokrasi iaitu pendidikan yang dimanfaatkan sebahagian besar rakyat negara ini. Kita tidak boleh menyisihkan 97 peratus pelajar tersebut hanya untuk kepentingan tiga peratus sahaja.

“Mereka hanya golongan elit. Golongan itu gemar memartabatkan bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri walhal sebenarnya menyedari bahawa mereka ialah orang Melayu atau Malaysia yang membesar dan memahami norma masyarakat negara ini,” ujarnya.

Jangan khianati martabat bahasa Melayu – Utusan


Jangan khianati martabat bahasa Melayu

 

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Semua pihak diseru supaya tidak mengkhianati martabat bahasa Melayu dengan mempersoalkan tindakan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Seruan itu dikemukakan oleh 49 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berikutan wujud usaha segelintir pihak untuk mempertahankan PPSMI termasuk beberapa NGO dan akhbar berbahasa Inggeris yang dilihat cuba melaga-lagakan serta memecah-belahkan rakyat berhubung isu itu.

Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Syukri Abdullah Sani yang mewakili NGO-NGO berkenaan berkata, demi kepentingan nasional, penggunaan bahasa Melayu perlu diutamakan berbanding bahasa lain termasuk bahasa Inggeris kerana ia menguntungkan segelintir kumpulan elit semata-mata.

“Meneruskan PPSMI sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya adalah seperti mengkhianati keupayaan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi di rantau ini.

“Bahasa Melayu bukan sekadar wahana ilmu, malah mengandungi nilai, budaya dan teras jati diri sebagai warganegara Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan; Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI, Hasni Abas dan Ketua Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Abu Qassim Nor Azmi.

Turut hadir, Presiden Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (KPIM), Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin dan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad.

Baru-baru ini, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta kerajaan menimbang semula keputusan memansuhkan PPSMI berikutan soal selidik yang dijalankan mereka selama empat bulan terhadap 15,000 responden daripada kalangan ibu bapa mendapati hampir 55 peratus tidak bersetuju dua subjek itu diajar dalam bahasa Melayu.

Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) pula mahu sekolah aliran kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan dasar PPSMI.

Kamal Syukri memberitahu, satu memorandum menyokong pemansuhan PPSMI akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan, Sabtu ini.

Sambil menyifatkan soal selidik JMM itu sebagai satu kajian tidak menyeluruh serta meragukan dan kenyataan PAGE tidak berasas, Abu Qassim pula menyifatkan tindakan kedua-dua pertubuhan itu seolah-olah mencabar keputusan Kabinet.

“Mereka seperti membelakangkan segala kajian berhubung dasar tersebut oleh Kementerian Pelajaran dan memperlekeh kedaulatan bahasa kebangsaan di negara ini,” ujarnya.

Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov. – Bernama


Malaysia sambut Aidiladha 6 Nov.

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya. – BERNAMA