Kejahilan dorong sesetengah bantah pemansuhan PPSMI – Bernama


Kejahilan dorong sesetengah bantah pemansuhan PPSMI

02/11/2011 8:30pm

 

MELAKA 2 Nov. – Tindakan sesetengah golongan Melayu yang masih membantah pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seolah-olah tidak menggambarkan semangat jati diri sebagai bangsa Melayu.

Tokoh bahasa Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata, tindakan golongan itu didorong sifat kejahilan kerana tidak mengetahui sejarah kegemilangan bahasa Melayu sehingga mengagungkan bahasa lain.

“Saya selalu merungut dan sedih apabila orang Melayu sendiri menolak bahasa kebangsaan dan memilih untuk memuja bahasa Inggeris seperti yang berlaku sekarang iaitu berkenaan dasar PPSMI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. – Bernama

24 murid keracunan selepas minum susu kotak – Bernama


24 murid keracunan selepas minum susu kotak

2011/11/02

KUALA NERANG: Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap di sini yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, hari ini.

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata, sehingga 1.30 tengah hari tadi, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

“Keadaan lapan murid terbabit adalah stabil,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, mereka mula mengalamai keadaan itu kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah meminum susu kotak berkenaan.

“Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput,” katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian.
“Kita tidak menolak keracunan dialami pelajar terbabit berpunca dari susu kotak yang mereka minum. Kebanyakan pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah,” katanya. – BERNAMA

Tiada cadangan wajib lulus Pendidikan Islam bagi UPSR – Bernama


Tiada cadangan wajib lulus Pendidikan Islam bagi UPSR

02/11/2011 4:04pm

 

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, kementerian tidak pernah menetapkan kelulusan mana-mana mata pelajaran UPSR sebagai syarat kelayakan untuk ke sekolah menengah, kerana ujian itu hanyalah untuk menilai dan mengukur tiga kemahiran pelajar iaitu membaca, menulis dan mengira.

“Namun demikian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam melalui kokurikulum sekolah,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

5,000 mahasiswa ISMP UPSI tuntut jaminan penempatan – Utusan


5,000 mahasiswa ISMP UPSI tuntut jaminan penempatan

02/11/2011 4:11pm

 

 

Oleh NOOR DIANA AZIS

 

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

“Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

“Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengisian Skor PKS-SKPM


Pengisian Skor PKS-SKPM

PERINGATAN!!!

SEMUA SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI SKOR PKS-SKPM SEKOLAH BAGI TAHUN 2011. 


SEKOLAH RENDAH

MULAI 01 OKTOBER 2011 HINGGA 20 FEBRUARI 2012.


SEKOLAH MENENGAH

MULAI 01 OKTOBER 2011 HINGGA 30 JUN 2012.

Alamat Portal NKRA untuk Pengisian SKPM 2003 adalah seperti berikut :

http://nkra.moe.gov.my

Surat Siaran Pematuhan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1998 dan Bil.3/2001 Berkaitan Kohort Umur Belajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kerajaan/Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta Bagi Murid Yang Lahir Pada 1 Januari


Surat Siaran Pematuhan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1998 dan Bil.3/2001 Berkaitan Kohort Umur Belajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kerajaan/Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta Bagi Murid Yang Lahir Pada 1 Januari

Sila rujuk lampiran di bawah :-
Muat turun
Kohort Umur Belajar

Surat Siaran Pemansuhan Penggunaan Borang SR/KSLPTSK (PIN08) Bagi Kemasukan Persekolahan Kanak-Kanak Warganegara Tanpa Dokumen Ke Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan


Surat Siaran Pemansuhan Penggunaan Borang SR/KSLPTSK (PIN08) Bagi Kemasukan Persekolahan Kanak-Kanak Warganegara Tanpa Dokumen Ke Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan

Sila rujuk lampiran di bawah :-

Murid 9 tahun nyaris dinodai – Metro


Murid 9 tahun nyaris dinodai

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR MAS: Seorang murid perempuan tahun tiga cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu dan batu oleh remaja berusia 17 tahun yang cuba merogolnya dalam sebuah rumah kosong dekat Kampung Pak Roma, Machang, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa berusia sembilan tahun menunggu keluarga menjemputnya di luar kawasan sebuah sekolah rendah di Machang, kira-kira jam 4.30 petang apabila dia dihampiri lelaki tidak dikenali dan mempelawa menghantarnya pulang.
Mangsa membonceng motosikal lelaki terbabit yang kemudian membawanya ke sebuah rumah kosong lima kilometer dari sekolah itu.

 

Setiba di rumah berkenaan, lelaki itu cuba merogolnya menyebabkan mangsa melawan dan dicederakan suspek menggunakan kayu dan batu.

Mati berpelukan di dasar sawah – Metro


Mati berpelukan di dasar sawah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TUMPAT: “Kirim salam pada mak dan ayah, minta mereka halalkan makan dan minum adik. Adik minta maaf kalau ada buat salah pada mereka,” kata Siti Syahida Abdu Bakar, 9, kepada kakaknya, Siti Aisyah, 13, sebelum dia ditemui lemas bersama rakan karibnya di Kampung Kubur Pauh Ganji, Pasir Pekan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, keseronokan lima sahabat turun ke kawasan bendang terbiar di kampung itu untuk menangkap ikan berakhir tragedi pilu selepas Siti Syahida dan rakan karibnya, Norlalila Ghazali, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong lemas akibat tergelincir ke dalam air.
Mayat mereka ditemui berpelukan di dasar sawah padi sedalam 1.8 meter.

 

Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua sahabat itu bersama tiga lagi rakan ke kawan sawah yang dalam dipercayai ada banyak ikan apabila mereka tergelincir ke dalam sawah.
Panik dengan keadaan menimpa adiknya, Siti Dayini Abu Bakar, 10, segera menggapai tangan, namun terlepas menyebabkan dia yang hampir lemas, berjaya berpaut pada tapis ikan dipegang dua rakannya untuk naik ke atas.
Dayini berkata, ketika itu dia lihat Norlaila sudah terapung dalam air manakala adiknya terkapai-kapai meminta pertolongan.

 

 

“Melihat adik terkapai-kapai, saya segera ke kampung dan menahan sebuah motosikal dinaiki seorang remaja. Bagaimanapun, saya kecewa kerana dia menyangka saya menipunya sebelum memarahi saya.
“Saya kemudian mendapatkan bantuan seorang lelaki dan pulang ke rumah memberitahu ibu dan ibu lela (Norlaila),” katanya ketika di temui di lokasi kejadian semalam.

 

Menurutnya, ketika itu bapa Norlaila, Ghazali Nawi, 42, bergegas ke lokasi kejadian dan turun ke dasar bendang terbiar berkenaan sebelum menemui mayat dua sahabat berkenaan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
Ghazali yang kehilangan anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, sebaik dimaklumkan seorang anaknya mengenai kejadian menimpa Norlaila, dia bergegas ke sawah terbiar itu.
“Perkara pertama saya tanya kepada rakan mereka ialah lokasi kejadian sebelum turun ke dalam sawah yang dalamnya hingga paras dada. Ketika itu kaki saya terpijak objek lembut di dasarnya.
“Sayu hati bila mendapati anak saya dan rakannya dalam keadaan bertindih, berpelukan antara satu sama lain,” katanya.
Katanya, dia berusaha memberi rawatan kecemasan, namun tiada reaksi sebelum dibawa ke Klinik Wakaf Bharu dan disahkan sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

CUEPACS bimbang DAP persoalkan kelebihan – Berita Harian


CUEPACS bimbang DAP persoalkan kelebihan
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/11/02

pix_gal0

Jumlah penjawat awam terjejas jika pakatan menang

KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka.

Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.

“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan.

“Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.
Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.

“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.