24 murid keracunan selepas minum susu kotak – Bernama


24 murid keracunan selepas minum susu kotak

2011/11/02

KUALA NERANG: Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap di sini yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, hari ini.

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata, sehingga 1.30 tengah hari tadi, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

“Keadaan lapan murid terbabit adalah stabil,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, mereka mula mengalamai keadaan itu kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah meminum susu kotak berkenaan.

“Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput,” katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian.
“Kita tidak menolak keracunan dialami pelajar terbabit berpunca dari susu kotak yang mereka minum. Kebanyakan pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s