Mati berpelukan di dasar sawah – Metro


Mati berpelukan di dasar sawah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TUMPAT: “Kirim salam pada mak dan ayah, minta mereka halalkan makan dan minum adik. Adik minta maaf kalau ada buat salah pada mereka,” kata Siti Syahida Abdu Bakar, 9, kepada kakaknya, Siti Aisyah, 13, sebelum dia ditemui lemas bersama rakan karibnya di Kampung Kubur Pauh Ganji, Pasir Pekan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, keseronokan lima sahabat turun ke kawasan bendang terbiar di kampung itu untuk menangkap ikan berakhir tragedi pilu selepas Siti Syahida dan rakan karibnya, Norlalila Ghazali, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong lemas akibat tergelincir ke dalam air.
Mayat mereka ditemui berpelukan di dasar sawah padi sedalam 1.8 meter.

 

Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua sahabat itu bersama tiga lagi rakan ke kawan sawah yang dalam dipercayai ada banyak ikan apabila mereka tergelincir ke dalam sawah.
Panik dengan keadaan menimpa adiknya, Siti Dayini Abu Bakar, 10, segera menggapai tangan, namun terlepas menyebabkan dia yang hampir lemas, berjaya berpaut pada tapis ikan dipegang dua rakannya untuk naik ke atas.
Dayini berkata, ketika itu dia lihat Norlaila sudah terapung dalam air manakala adiknya terkapai-kapai meminta pertolongan.

 

 

“Melihat adik terkapai-kapai, saya segera ke kampung dan menahan sebuah motosikal dinaiki seorang remaja. Bagaimanapun, saya kecewa kerana dia menyangka saya menipunya sebelum memarahi saya.
“Saya kemudian mendapatkan bantuan seorang lelaki dan pulang ke rumah memberitahu ibu dan ibu lela (Norlaila),” katanya ketika di temui di lokasi kejadian semalam.

 

Menurutnya, ketika itu bapa Norlaila, Ghazali Nawi, 42, bergegas ke lokasi kejadian dan turun ke dasar bendang terbiar berkenaan sebelum menemui mayat dua sahabat berkenaan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
Ghazali yang kehilangan anak kelima daripada lapan beradik itu berkata, sebaik dimaklumkan seorang anaknya mengenai kejadian menimpa Norlaila, dia bergegas ke sawah terbiar itu.
“Perkara pertama saya tanya kepada rakan mereka ialah lokasi kejadian sebelum turun ke dalam sawah yang dalamnya hingga paras dada. Ketika itu kaki saya terpijak objek lembut di dasarnya.
“Sayu hati bila mendapati anak saya dan rakannya dalam keadaan bertindih, berpelukan antara satu sama lain,” katanya.
Katanya, dia berusaha memberi rawatan kecemasan, namun tiada reaksi sebelum dibawa ke Klinik Wakaf Bharu dan disahkan sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s