PENGISIAN SKOR SKPM TAWARAN BARU/NEW DEALS


PENGISIAN SKOR SKPM TAWARAN BARU/NEW DEALS

PERINGATAN!!!

SEMUA SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI SKOR PKS-SKPM SEKOLAH BAGI TAHUN 2011.

 

SEKOLAH RENDAH

MULAI 01 OKTOBER 2011HINGGA 25 DISEMBER 2011.


SEKOLAH MENENGAH

MULAI 01 OKTOBER 2011HINGGA 30 APRIL 2012.  

Alamat Portal e-Penarafan untuk Pengisian PKS-SKPM versi 2010 adalah seperti berikut :

http://www.moe.gov.my/enazir 

 

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada Murid


Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Kepada Murid

Berikut merupakan Garis panduan bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012. Surat siaran dan garis panduan tersebut boleh dimuat turun seperti di bawah.

KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KALI KE-11 TAHUN 2011


KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KALI KE-11 TAHUN 2011

Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM), Kementerian Pelajaran Malaysia ke-11 akan diadakan pada 11 – 16 November 2011 bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor. Perasmian KAKOM akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato Dr. Rosli bin Mohamed. Seramai 3000 orang pelajar dari 14 kontigen Kolej-Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej MARA akan mengambil bahagian dalam 41 acara yang dipertandingkan dalam temasya KAKOM kali ini. Tahun ini adalah merupakan tahun ke sebelas penganjuran KAKOM yang melibatkan permainan, kebudayaan dan pertandingan kawad kaki.

Anak mengadu sakit perut rupanya hendak bersalin – Metro


Anak mengadu sakit perut rupanya hendak bersalin

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.

Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.
Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.

 

Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.
Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.
“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.

 

 

Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.
“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

 

“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya.
Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.
Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.
Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.
Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bongkar misteri ‘lembaga hitam’ – Metro


Bongkar misteri ‘lembaga hitam’

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

 
Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya.

Boleh pilih bahasa pengantar – Berita Harian


Boleh pilih bahasa pengantar
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/11/09

MUHYIDDIN    merasmikan buku 30 Years  of IFNGO  pada majlis   perasmian persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO) ke-24 di  Kuala Lumpur, semalam.

MUHYIDDIN merasmikan buku 30 Years of IFNGO pada majlis perasmian persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO) ke-24 di Kuala Lumpur, semalam.

Kementerian pantau pembelajaran Sains, Matematik elak timbul masalah

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada sekolah, ibu bapa atau pelajar memilih sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu (BM) atau bahasa Inggeris (BI) bagi Sains dan Matematik bertujuan mengelak timbul sebarang masalah pada sesi persekolahan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran menerusi pejabat pendidikan negeri dan daerah sedang memantau pelaksanaannya bagi menentukan bilangan sekolah yang memilih untuk menggunakan bahasa pengantar untuk kedua-dua subjek berkenaan.

Sekolah boleh memilih bahasa pengantar kedua-dua subjek itu berdasarkan keperluan murid dan jika sekolah terbabit tidak menawarkan pilihan murid, sekolah boleh cadangkan murid terbabit pindah ke sekolah lain. – Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

“Ini bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan pelajar dapat meneruskan pembelajaran dengan lancar, sebab itu jugalah kelonggaran pilihan diberi kepada semua pihak terbabit.

“Kementerian akan memantau bilangan sekolah yang perlu mewujudkan kelas berasingan kerana ada pelajar memilih menggunakan bahasa selain bahasa pilihan sekolah itu serta pelajar yang mahu berpindah ke sekolah lain yang menggunakan bahasa pilihan mereka,” katanya selepas sesi dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Fellow Teach For Malaysia 2012 di Menara UEM di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud dan Penasihat Teach For Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Ahad lalu, Abd Ghafar dilaporkan berkata, Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa untuk memilih BM atau BI atau kedua-duanya untuk mengajar subjek Matematik dan Sains mulai tahun depan sehingga Program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya pada 2020.
Katanya, sekolah boleh memilih bahasa pengantar kedua-dua subjek itu berdasarkan keperluan murid dan jika sekolah terbabit tidak menawarkan pilihan murid, sekolah boleh mencadangkan murid terbabit dipindahkan ke sekolah lain yang menawarkan pilihan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri juga memaklumkan sebahagian daripada RM500 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2012 untuk menambah baik sekolah kebangsaan tahun depan akan digunakan untuk memperbaiki infrastruktur di 600 sekolah kebangsaan di seluruh negara yang dalam keadaan daif dan tidak selamat.

Peruntukan segera itu disediakan kerajaan untuk keperluan 10,000 sekolah di seluruh negara.

Sementara itu, Muhyiddin semalam mengingatkan semua pihak supaya tidak membangkitkan sebarang isu yang boleh menimbulkan masalah dalam masyarakat majmuk Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri berharap Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa kerajaan tidak meneruskan amalan menyembelih lembu di pekarangan sekolah dan tempat awam sempena sambutan Aidiladha, tidak menjadikannya isu.

“Mungkin ada salah faham dalam hal ini jika ia dikatakan menyentuh sensitiviti penganut sesuatu agama, tetapi perlu diingat bahawa amalan korban sudah menjadi tuntutan agama Islam yang difahami masyarakat berbilang kaum negara ini, termasuk penganut agama Hindu,” katanya di sini, semalam.

Menyentuh mengenai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk guru, Muhyiddin berkata, penilaian bukan hanya berdasarkan pencapaian sekolah dalam keputusan peperiksaan, sebaliknya turut mengambil kira inisiatif dan kreativiti guru dalam proses pelajaran dan pembelajaran.

“Guru tidak seharusnya bertumpu kepada tugasan dalam bidang kerja mereka atau hanya menumpukan kepada buku teks, sebaliknya tugas guru juga membentuk karektor pelajarnya,” katanya.

Dalam sesi dialog bersama 50 graduan yang akan memikul tanggungjawab sebagai guru kontrak selama dua tahun menerusi program Teach For Malaysia itu, Muhyiddin berkata, kumpulan yang ditugaskan di 17 sekolah menengah di Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan itu boleh membawa perubahan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

RM500 juta baiki 600 sekolah – Utusan


RM500 juta baiki 600 sekolah

 

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

 

MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan sebahagian daripada graduan cemerlang yang menyertai program Teach For Malaysia selepas sesi dialog di Mercu UEM, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

 

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Kementerian Pelajaran akan membelanjakan sebahagian daripada peruntukan RM500 juta bagi membaiki segera 600 sekolah kebangsaan yang berada dalam keadaan usang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses baik pulih semua sekolah terbabit akan dilaksanakan mulai tahun hadapan bagi memastikan ia selamat diduduki dan mengelak mutu pembelajaran merosot akibat keadaan bangunan yang uzur.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, struktur fizikal setiap sekolah tersebut dikenal pasti selepas kementerian melakukan audit fizikal secara komprehensif buat pertama kali, ke atas semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah.

“Saya telah putuskan bahawa daripada RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri untuk penambahbaikan sekolah kebangsaan dalam Bajet 2012, sebahagian besar akan digunakan untuk membaiki sekolah yang begitu daif ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri mengadakan sesi dialog terbuka bersama 50 graduan universiti yang terpilih untuk menyertai Kohort Pertama Yayasan ‘Teach For Malaysia’ (Teach), di Mercu UEM, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin memberitahu, penjelasan berterusan mengenai keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dibuat tanpa henti bagi memastikan semua pihak tidak keliru.

Mengenai kekeliruan orang ramai terhadap kelonggaran yang diberi kepada kohort PPSMI untuk menggunakan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, beliau berkata, ia bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran tidak terganggu.

“Ibu bapa mempunyai pilihan sama ada untuk memilih sekolah lain atau kekal di sekolah sama. Kalau sekolah tersebut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, kita akan menyediakan bilik darjah khas untuk sesi pembelajaran dalam bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, ketika sesi dialog tersebut Muhyiddin berkata, tanggungjawab seorang guru bukan sekadar mengajar mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan, sebaliknya perlu membentuk keperibadian dan pemikiran pelajarnya menjadi modal insan yang unggul.

Jelasnya, bagi mencapai matlamat tersebut, seseorang guru mesti sanggup bekerja melangkaui jadual dan berusaha mengilhamkan pendekatan inovatif dan fleksibel semasa mendampingi dan mendidik pelajar mereka.

Pelajar maut nahas motosikal, kereta – Bernama


Pelajar maut nahas motosikal, kereta 

2011/11/09

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km141 Jalan Kuantan-Bahau, dekat Muadzam, semalam.

Norfisa Omar, 15, yang menunggang motosikal berasal dari Bukit Serok, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara rakannya, Mohd Hairul Hisham Mustafa, cedera parah dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata kejadian berlaku jam 1.55 petang ketika kereta Proton Wira terbabit dipandu dari arah Bahau menuju ke Kuantan merempuh motosikal berkenaan di satu persimpangan.

“Ketika kejadian motosikal mangsa dikatakan tiba-tiba melintas dan terus dirempuh kenderaan tersebut,” katanya di sini, hari ini. – BERNAMA