Bantuan persekolahan RM100 dibayar serta merta: Muhyiddin – Bernama


Bantuan persekolahan RM100 dibayar serta merta: Muhyiddin

2011/11/10

KUALA LANGAT: Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.

Bagaimanapun, bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran.

“Bila (pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu) sudah masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah,” katanya selepas menghadiri majlis “Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor” di kolej itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju untuk buka akaun sementara.
Beliau berkata sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar.
Katanya, lebih lima juta pelajar akan menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menerima bantuan itu.

Muhyiddin berkata, semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.

Menyentuh mengenai elaun bulanan pelajar matrikulasi yang kini hanya RM250 sebulan, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaikkan elaun tersebut.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan, dan pada dasarnya sudah dipersetujui selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

“Kalau kita hendak ikut bayaran yang dibayar di sesetengah pra-sekolah lain iaitu kira-kira RM400 (dan) kita perlukan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Ini kita akan teliti kalaupun tidak naikan ke kadar yang sama tetapi kita akan tingkatkan (elaun) dan jumlahnya kita akan tetapkan tidak berapa lama lagi,” katanya.

Mengulas jaminan pelajar lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti berikutan universiti juga mempunyai program pra-universitinya sendiri, Muhyiddin mengakui wujudnya persaingan kerana kewujudan program pra-universiti tidak dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.

Beliau memberi jaminan untuk membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan perancangan lebih teliti dibuat dalam usaha memastikan lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti dan mendapat kursus yang diingini.

Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang maut
akibat ditetak di luar rumah sewanya di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta wakil Malaysia di Indonesia supaya mendesak pihak berkuasa Indonesia melakukan siasatan menyeluruh sehingga tertangkapnya penjenayah yang bertanggungjawab atas kematian pelajar itu.

Adrian, 23, mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur mati disebabkan luka parah pada leher sebelah kanan akibat ditetak dengan objek tajam oleh orang yang tidak dikenali. – BERNAMA

1,200 pelajar dikesan ponteng sekolah di Pahang – Bernama


1,200 pelajar dikesan ponteng sekolah di Pahang

2011/11/10

KUANTAN: Sikap keluarga yang kurang mengambil berat perihal anak-anak dilihat antara punca utama hampir 1,200 pelajar di Pahang dikesan ponteng sekolah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin, berkata jumlah itu adalah 0.46 peratus daripada 250,000 pelajar di negeri itu.

Beliau berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi menarik minat pelajar ke sekolah, selain memberi kaunseling dan motivasi kepada pelajar terbabit.

“Setiap daerah di Pahang juga mempunyai Skuad Anti Ponteng bagi memantau masalah ponteng di kalangan pelajar,” katanya kepada pemberita pada majlis Inovasi Jabatan Pelajaran Pahang, di sini, hari ini.

Yahya berkata, skuad itu dianggotai guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

“Mereka akan bertindak mengesan, menghubungi dan berjumpa dengan keluarga pelajar yang didapati ponteng ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan itu diharap dapat menyelesaikan permasalah itu selain mencapai sasaran sifar pelajar ponteng di Pahang. – BERNAMA

Temu Duga Pelantikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Dari Kalangan Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Yang Tamat Pengajian Pada November 2011.


Temu Duga Pelantikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Dari Kalangan Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Yang Tamat Pengajian Pada November 2011.
Temu duga akan dilaksanakan mulai 15 November 2011 hingga 23 Disember 2011 dan calon-calon diwajibkan membawa dokumen seperti di Senarai SemakSenarai calon layak ditemu duga adalah seperti berikut:

 15 – 18 November 2011
– IPG Kampus B. Antarabangsa – IPG Kampus Bahasa Melayu – IPG Kampus Batu Lintang
– IPG Kampus Gaya – IPG Kampus Ilmu Khas – IPG Kampus Keningau
– IPG Kampus Kent – IPG Kampus Pendidikan Islam – IPG Kampus Rajang
– IPG Kampus Sarawak – IPG Kampus Tawau – IPG Kampus Teknik
– IPG Kampus Tun Abd Razak
28 November – 2 Disember 2011
– IPG Kampus Bahasa Melayu – IPG Kampus Bahasa Antarabangsa – IPG Kampus Pendidikan Islam
– IPG Kampus Perempuan Melayu – IPG Kampus Raja Melewar – IPG Kampus Tun Hussein Onn
– IPG Kampus Teknik
5 – 9 Disember 2011
– IPG Kampus Ampuan Afzan – IPG Kampus Kent – IPG Kampus Tawau
– IPG Kampus Batu Lintang – IPG Kampus Kota Bahru – IPG Kampus Temenggong Ibrahim
– IPG Kampus Dato Razali Ismail – IPG Kampus Perempuan Melayu – IPG Kampus Tun Abd Razak
– IPG Kampus Gaya – IPG Kampus Rajang – IPG Kampus Tun Hussien Onn
– IPG Kampus Keningau – IPG Kampus Sarawak
   
 12 – 16 Disember 2011  
 – IPG Kampus Darul Aman  – IPG Kampus Perlis – IPG Kampus Pulau Pinang
 – IPG Kampus Sultan Abd Halim  
   
 19 – 23 Disember 2011  
 – IPG Kampus Ilmu Khas  – IPG Kampus Ipoh – IPG Kampus Raja Melewar
 – IPG Kampus Sultan Mizan  – IPG Kampus Tuanku Bainun
 Muat naik pada 1 November 2011

PERPINDAHAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN URUS SETIA CAWANGAN SARAWAK


PERPINDAHAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN URUS SETIA CAWANGAN SARAWAK

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Urus Setia Cawangan Sarawak di Tingkat Bawah, Wisma Hong, No. 202, Jalan Rock, Batu 2 3/4, Kuching akan berpindah ke Tingkat 4, Wisma Satria BDC, Lorong B, Jalan Stutong,Kuching.

Proses perpindahan ini dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 November 2011 dan akan mula beroperasi di pejabat baru pada 15 November 2011. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas berkaitan urusan perkhidmatan dan pelantikan, sila emelkan ke sarawak@spp.gov.my

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan


Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Kategori Pekeliling Ikhtisas
Subjek Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Bil. 11
Tahun 2011
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail Download
Tarikh 03/11/2011

Surat Siaran KPM Bil 3.2011 – Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan


Surat Siaran KPM Bil 3.2011 – Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

As-Salam & Selamat Sejahtera,

Berikut disertakan Surat Siaran berkenaan. Sila rujuk lampiran di bawah :-

KEPUTUSAN UPSR 2011


KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2011

Dimaklumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011 akan diumumkan pada 17 November, 2011 (Khamis).

Murid-murid boleh mengambil keputusan UPSR mereka selepas jam 10.00 pagi di sekolah pada tarikh yang sama diumumkan.

Sumber : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

CCTV di bilik tidur aib anak – Metro


CCTV di bilik tidur aib anak

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumah terutama di bilik tidur anak perempuan boleh mendatangkan aib kepada si anak yang membesar menjadi remaja.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, meskipun ibu bapa mempunyai niat baik mahu menjamin keselamatan anak, namun tidak elok dibabitkan bilik tidur.
“Perkara ini (pasang CCTV hingga bilik tidur anak) tidak seharusnya berlaku dalam rumah tangga (keluarga) yang tinggi nilai ketimurannya…ia langsung tidak sesuai, lebih-lebih lagi kalau bapa yang menjadi pengawal gerak geri,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang bapa yang memasang CCTV di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya akhirnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu teman lelaki anaknya yang menyelinap masuk.

 

Berikutan itu, Dr Mariani berkata, ibu bapa yang mahu memasang CCTV sebagai alternatif mengawal pergerakan anak harus berfikir secara menyeluruh khususnya risiko pemasangan alat berteknologi itu.
“Apapun, mengintai apa yang anak buat terutama anak perempuan bukanlah satu tindakan wajar kerana banyak lagi pendekatan yang lebih elok untuk mendidik mereka.
“Anak ini kadangkala dia tahu dia bersalah, tentu dia malu (apabila ditangkap bersalah), tapi bila dia dapat tahu bapanya menyaksikan semua pergerakannya itu lebih memalukan,” katanya.

Boleh cari sekolah – Metro


Boleh cari sekolah

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bermula bulan depan, ibu bapa kepada murid tahun enam yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya boleh membuat semakan di mana-mana sekolah menengah berdekatan bagi mengenalpasti tempat belajar yang masih menyediakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran itu.

Pendekatan ‘soft-landing’ atau peralihan secara lembut itu dilaksanakan bagi memastikan sesi pembelajaran anak yang memasuki tingkatan satu tahun depan berjalan lancar serta tidak berlaku kejanggalan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ibu bapa digalakkan membuat semakan itu terutama di minggu pertama atau kedua Disember ini di sekolah menengah berhampiran kediaman mereka.

 

“Kebiasaannya terdapat beberapa sekolah menengah di daerah tempat tinggal, jadi ibu bapa yang anak mereka mengikuti PPSMI sepenuhnya boleh membuat semakan sama ada sekolah itu masih meneruskan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
“Jika sekolah itu memulakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Melayu, sekolah memaklumkan tempat belajar yang mengajar mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris,” katanya pada program Soal Jawab bersama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib di TV3 malam tadi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pegawai pelajaran daerah dan pihak pengurusan sekolah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu serta membantu ibu bapa mencari sekolah sesuai untuk anak mereka yang memasuki sesi persekolahan tingkatan satu.

 

 

“Pendekatan ini hanya dilaksanakan untuk murid yang mengikuti PPSMI sepenuhnya semasa di darjah enam manakala bagi mereka yang mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Melayu, tidak ada sebarang masalah,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri yang ditanya mengenai keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai pengganti PPSMI berkata, terdapat beberapa pendekatan diambil kerajaan selain penelitian terhadap kandungan kurikulum bagi memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid sekolah.

 

“Bagi saya, kita tidak berdepan masalah untuk memartabatkan bahasa Melayu, apa yang penting sekarang ialah kita mahu murid sekolah mahir berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris bukan sekadar tahu menjawab soalan matematik serta sains dalam bahasa asing tetapi tidak lancar bertutur.
“Kita tidak ada masalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kerana mempunyai 47,887 guru bahasa Inggeris, satu jumlah yang mencukupi selain itu kita juga menawarkan peluang mengajar kepada guru yang sudah bersara, setakat ini 200 orang mengambil bahagian,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, kerajaan akan mengambil 360 penutur jati dari negara seperti United Kingdom (UK), Australia dan New Zealand yang bertindak selaku pemerhati kepada kaedah pengajar Inggeris di sekolah terpilih.
“Mereka hanya bertindak sebagai pemerhati, memberi pandangan dan nasihat berhubung cara pengajaran, tetapi bermula tahun depan, kita akan menempatkan 50 tenaga pengajar dari Fulbright English Teaching Assistantship di Amerika Syarikat (AS) sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah terpilih sebelum disusuli 200 lagi,” katanya.
Muhyiddin berkata, dalam tempoh setahun atau dua tahun mendatang, penguasaan bahasa Inggeris murid sudah boleh dinilai menerusi pendekatan itu dan berdasarkan kajian itu, kerajaan mungkin menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan.
“Saya yakin kita mampu mencapai hasrat memastikan pelajar menguasai bahasa Inggeris, yang penting adalah komitmen serta sokongan guru, ibu bapa dan murid terhadap usaha yang dilaksanakan kerajaan,” katanya. Ditanya mengenai kajian terhadap Penyata Razak 1956, Muhyiddin berkata, laporan peringkat awal sudah diperolehi dan ada di antaranya dasar pendidikan itu memuaskan dan wujud juga kelemahan jika dibandingkan dengan negara maju.
“Kita mahu dasar pendidikan negara mampu mencapai matlamat melahirkan modal insan berkualiti, berakhlak mulia dan berilmu tinggi, keputusan kajian itu yang membabitkan pakar antarabangsa dan tempatan itu dijangka selesai dalam tempoh dua atau tiga tahun. Ia penting bagi memastikan kedudukan Malaysia setanding dengan negara maju,” katanya.

Amuk nenek tutup suis komputer – Metro


Amuk nenek tutup suis komputer

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.

Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.

“Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.

 
Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.