CCTV di bilik tidur aib anak – Metro


CCTV di bilik tidur aib anak

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumah terutama di bilik tidur anak perempuan boleh mendatangkan aib kepada si anak yang membesar menjadi remaja.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, meskipun ibu bapa mempunyai niat baik mahu menjamin keselamatan anak, namun tidak elok dibabitkan bilik tidur.
“Perkara ini (pasang CCTV hingga bilik tidur anak) tidak seharusnya berlaku dalam rumah tangga (keluarga) yang tinggi nilai ketimurannya…ia langsung tidak sesuai, lebih-lebih lagi kalau bapa yang menjadi pengawal gerak geri,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang bapa yang memasang CCTV di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya akhirnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu teman lelaki anaknya yang menyelinap masuk.

 

Berikutan itu, Dr Mariani berkata, ibu bapa yang mahu memasang CCTV sebagai alternatif mengawal pergerakan anak harus berfikir secara menyeluruh khususnya risiko pemasangan alat berteknologi itu.
“Apapun, mengintai apa yang anak buat terutama anak perempuan bukanlah satu tindakan wajar kerana banyak lagi pendekatan yang lebih elok untuk mendidik mereka.
“Anak ini kadangkala dia tahu dia bersalah, tentu dia malu (apabila ditangkap bersalah), tapi bila dia dapat tahu bapanya menyaksikan semua pergerakannya itu lebih memalukan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s