Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat – Bernama


Pesara guru ditemui mati dengan tangan terikat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PORT DICKSON: Seorang pesara guru wanita berusia 70 tahun ditemui mati dengan tangan diikat di sebuah rumah di Jalan Taman Lama, di sini pada jam 8.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, mayat mangsa ditemui terbaring oleh seorang pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah bersebelahan, dipercayai milik anak lelaki mangsa.

“Pekerja berusia 31 tahun itu datang ke rumah terbabit untuk menyiapkan kerja pengubahsuaian namun terkejut apabila menemui mangsa di garaj rumah itu.

“Mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan luka di dahi serta kepalanya, malah kedua-dua tangan juga ditemui terikat namun pihak polis sedang mencari senjata pembunuhan yang digunakan di tempat kejadian,” kata Baljeet.

 
Baljeet berkata, hasil siasatan awal, tiada tanda pecah masuk pada rumah berkenaan dan pihaknya masih lagi menyiasat motif pembunuhan itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. – Bernama

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2011: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2011: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Sila muat turun surat siaran dan garis panduan di ruangan “Muat turun” di bawah.

Untuk muat turun SPI Bil.12/2011: Pelaksanaan Dasar MBMMBI, sila lihat di ruangan Pekeliling > Pekeliling Ikhtisas > Kurikulum > 2011, atau muat turun fail-fail di bawah.

(Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 2011: Pelaksanaan Dasar MBMMBI)
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1321253257.pdf

(Lampiran 1 (Warna))
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1321253631.pdf

(Lampiran 1 (Hitam Putih)
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1321253718.pdf

Pengemaskinian Maklumat dalam Borang Permohonan Murid Berkeperluan Khas dan Tawaran Penempatan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri


Pengemaskinian Maklumat Murid Berkeperluan Khas ke Tingkatan 1 dan 4 oleh JPNNew

Pengemaskinian Maklumat dalam Borang Permohonan Murid Berkeperluan Khas dan Tawaran Penempatan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengemaskinian Maklumat dalam Borang Permohonan Murid Berkeperluan Khas dan Tawaran Penempatan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri akan dibuka mulai 14 November 2011 hingga 9 Disember 2011. 

Sekian, terima kasih.

Pelajar maut nahas motosikal – Bernama


Pelajar maut nahas motosikal

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta berhampiran simpang Air Terjun Pandan, dekat sini, ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Faeznur Farhan, 13, pelajar Sekolah Menengah Sri Pancing Selatan itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Pentadbiran Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa dari arah Sungai Pancing Utara menuju ke sekolahnya.

“Sampai tempat kejadian, mangsa dipercayai telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu seorang peneroka, Basri Amat, 57 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

 
Zainalabidin berkata pemandu kereta Proton Iswara tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa juga tidak memiliki lesen memandu yang sah dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Bernama

Bidang robotik akan diperluaskan ke 300 sekolah 2012 – Bernama


Bidang robotik akan diperluaskan ke 300 sekolah 2012

14/11/2011 4:33pm

 

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kementerian Pelajaran akan memperluaskan lagi kokurikulum dalam bidang robotik ke 300 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya, pelajar di Malaysia mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi dalam bidang ini dan mampu berdaya saing dengan negara luar.

“Malaysia sudah dua kali menjadi juara secara berterusan dalam Kejohanan Robotik peringkat Dunia (WRO) pada tahun 2009 dan 2010 – menunjukkan satu petanda baik bahawa kesedaran dan minat dalam bidang robotik di kalangan para pelajar kita telah bercambah,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pasukan Malaysia ke WRO 2011 yang akan berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 18 November hingga 20 November ini.

Sejumlah 16 pasukan bersama guru atau mentor masing-masing dengan 64 orang anggota akan bertanding dengan 35 buah negara dalam dua Kategori ”Regular” dan Kategori Terbuka yang bertemakan ”Robots for Life Improvement”. – Bernama

Bagi insentif, bukan tambah beban guru – Harakah


Bagi insentif, bukan tambah beban guru
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah projek rintis bekerja sembilan jam yang mahu dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran kerana ia tidak wajar serta tidak munasabah untuk dilaksanakan terhadap para guru.

“Dalam hal ini, DPPM bersetuju dengan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan membatalkan projek perintis guru kerana kajian itu adalah satu tindakan membazir,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor(gambar).

Katanya, DPPM menegaskan, para guru bukanlah tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji terhadap keberkesanan sesuatu teori sebaliknya melihat para guru adalah mereka yang sentiasa bereksperimen dengan kehidupan realiti dan bergelumang dengan dunia pendidikan.

Bahkan, ujarnya banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti itu.

Sehubungan, tambah beliau DPPM mengajak kerajaan memerhati suasana pengajaran dan pembelajaran para guru terutamanya di sekolah luar bandar.

Beliau berkata, banyak perkara yang memerlukan inisiatif sendiri para guru, termasuk mengeluarkan duit kocek mereka bagi memastikan sistem pengajaran mereka di sekolah berkesan serta bagi memastikan para pelajar mendapat pengajaran yang terbaik.

Selain itu, ujarnya para guru juga terpaksa mengikut jadual waktu para murid seperti hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, pelbagai aktiviti riadah dan diluar darjah, lawatan sambil belajar disamping kursus-kursus wajib yang mereka sendiri terpaksa hadiri.

“Dalam keadaan para guru sudah sedia terbeban dengan pelbagai tugasan yang diluar tanggungjawab utama mereka, apakah kerajaan mahu menambah lagi beban untuk mereka pikul?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Soalnya lagi, bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain.

“Tindakan Kementerian Pelajaran ini menunjukkan kerajaan sememangnya tidak peka terhadap permasalahan yang dihadapai oleh para pendidik,” ujarnya.

Bagi DPPM, katanya guru adalah ibarat doktor yang merawat para pesakit.

Katanya, kejahilan murid adalah penyakit yang perlu diubati, dan gurulah penawarnya.

Menurutnya, karier perguruan juga amat penting dan mulia kerana gurulah yang mencorakkan muridnya dengan pelbagai kejayaan daripada tokoh korporat, profesional, tokoh akademik sehinggalah pemimpin hebat negara.

Justeru, ujarnya jasa dan pengorbanan mereka perlu dikenang dengan memudahkan segala urusan mereka, bukan menambah bebanan mereka.

DPPM, katanya mengesyorkan agar kerajaan menilai kembali keputusan kajian itu dengan mengusahakan insentif kepada para guru sepertimana janji Pakatan Rakyat untuk memberi elaun tambahan sebanyak RM500 sebulan.

“Tindakan ini lebih realistik bagi memastikan guru mampu mengajar dengan penuh cemerlang serta mampu melahirkan generasi pelajar yang terus cemerlang dalam akademik,” katanya lagi.

Penjawat awam terlalu ramai? – Harakah


Penjawat awam terlalu ramai?
http://gm-ukm.blogspot.com

Kecoh seketika apabila isu jumlah kakitangan kerajaan sama ada di persekutuan dan pentadbiran negeri dikatakan terlalu ramai sehinggakan terdapat usul untuk mengurangkannya oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.

Permis pertama, bilangan penduduk negara kini mencecah hampir 28 juta orang dan daripada maklumat sumber JPA, kakitangan awam kini mencecah 1.4 juta orang; Itu adalah fakta. Bukan menjadi pertikaian lagi.

Premis kedua. Saban tahun kakitangan awam ditambah, dan saban tahun akan berlaku kenaikan gaji dan imbuhan bonus kepada mereka; kos yang amat tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Terbaru dalam Bajet 2012, pihak kerajaan mengumumkan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Malah usia wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kewajipan pihak kerajaan

Tapi itu bukan isunya. Memang menjadi kewajipan sesebuah kerajaan perlu malah wajib menjaga dan membela kebajikan kakitangan mereka.

Isunya di sini nisbah antara jumlah kakitangan awam dan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia membawa kepada 1:20, satu angka yang agak besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Isunya juga di sini, bagaimana pihak kerajaan mahu memastikan rakyat Malaysia yang di luar penjawat awam turut terbela ?

Guru 400 ribu, polis-tentera 200 ribu

Di negara kita, bilangan guru-guru sahaja sudah menjangkau 400 ribu orang, ditambah pula dengan bilangan polis seramai 100 ribu orang, ditambah lagi dengan pasukan tentera seramai 100 ribu orang, bilangan ini telah menduduki separuh daripada bilangan kakitangan awam yang lain.

Harus difahami isu di sini, 1.4 juta orang kakitangan awam adalah meliputi kakitangan awam yang berada di peringkat kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. Faktanya adalah memang benar kakitangan awam kita ramai, sebuah organisasi yang menggelembung besar (big fat in small bottle).

Antara salah satu faktor berlaku limpahan ‘gelembung besar’ itu kerana banyak jawatan dan fungsi yang bertindan berlaku antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan. Berlaku masalah bertindan dari segi struktur dan fungsinya ataupun tugas yang berulang.

Contohnya jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani, banyak bertindan dengan fungsi jabatan-jabatan pertanian di bawah pentadbiran negeri yang menjadikan asas tani sebagai komoditi seperti negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. (MADA, KEDA, KESEDAR)

Apa yang dikemukakan Ahli Parlimen tersebut yang mahu kurangkan jumlah kakitangan awam itu, mungkin dialu-alukan oleh rakyat marhaen, sebaliknya kakitangan awam pula yang merasa tidak senang dengan cadangan tersebut. Justeru atas sebab itu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan mudah membidas kembali cadangan tersebut sehari selepas cadangan tersebut dikemukakan.

Harapan mahasiswa

Di peringkat mahasiswa, yang mungkin sebilangan bercita-cita ingin bekerja di sektor awam, amat mengharapkan isu ini, sama ada mahu menambah dan mengurangkan kakitangan awam tidak sepatutnya dijadikan bahan politik antara ahli parlimen, dengan memanipulasi permainan angka dan bilangan tersebut dijadikan isu.

Sebaliknya yang lebih penting adalah menyelesaikan organisasi dan struktur serta fungsi kakitangan awam yang bertindan itu atau tugas yang berulang itu sama ada mahu dibaiki atau tidak, perlu dilakukan dalam perhatian serius dalam kadar segera.

Atau sekurang-kurangnya bagi kami mahasiswa yang mungkin ‘tidak berkesempatan’ memasuki sektor awam, pihak kerajaan wajar menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan komposisi dan kapasiti seorang graduan Universiti.

Guru kerja 9 jam, kajian mengarut dan membazir – Harakah


Guru kerja 9 jam, kajian mengarut dan membazir
Bekas pendidik, asrirahman@gmail.com
Saya mungkin tertinggal atau tidak mendapat dari mana sumber  kajian yang dikatakan dibuat di Melaka Tengah berhubung dengan masa kerja guru dijadikan sembilan jam sehari. Walaupun saya tidak pasti pihak mana yang membuat kajian ini tetapi bagi saya ianya adalah satu kajian yang terpesong, membazir masa, penuh dengan kedengkian dan dilakukan oleh orang yang mengalami masalah kecelaruan minda.

Saya sendiri adalah bekas seorang pendidik. Saya tidak pasti kajian ini berasaskan kepada elemen pembolehubah yang mana di dalam kerjaya seorang guru.

Kalau dari posisi masa seorang guru di sekolah, seorang guru akan berada di sekolah dari pukul 7 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari. Ianya adalah selama 6 jam waktu bekerja. Kalau dibandingkan dengan seorang yang bekerja di pejabat yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang adalah 8 jam (ditolak rehat 1 jam waktu rehat tengahari). Memang nampak kurang 2 jam. Tetapi sedarkah yang membuat kajian itu bahawa cara kerja guru dan pekerja pejabat adalah berbeza. Kerja seorang penjawat di pejabat tidak sefokus kerja seorang guru di dalam kelas. Walaupun seorang guru mungkin akan mengajar 4 jam dari masa kerja rasmi mereka tetapi perlu diingat bahawa setiap jam mereka mengajar, persedian yang perlu dibuat tidak kurang dari setengah jam waktu mengajar.

Maka sebenarnya kerja rasmi mereka sudah pun bertambah menjadi 6 jam yang sangat berkualiti. Kerja-kerja mereka pula tidak boleh ditangguh walaupun 10 minit dari jadual yang desediakan. Sewaktu di dalam kelas, fokus mereka tidak boleh tersasar walaupun sedikit dan tidak ada agenda campur tolak dengan kerja-kerja lain. Manakala kita semua tahu bahawa kerja-kerja di pejabat boleh sahaja dilakukan dengan mempunyai elemen campur tolak dengan kerja-kerja lain dan boleh sahaja dianjak-anjak mengikut keperluan.

Hanya satu elemen di atas sahaja menjadikan kajian penambahan masa berkerja guru kepada sembilan jam adalah kajian yang bersifat bodoh, bebal dan penuh dengan prasangka jahat. Sekiranya ianya pula melibatkan wang maka sudah pasti ianya suatu pembaziran yang nyata.

Elemen lain yang tak perlu diulas yang dilakukan oleh guru yang menjadikan kerja mereka sebenarnya lebih panjang dari sepatut adalah terlalu panjang. Namun saya rasa elok saya gariskan di sini kalau kalau pengkaji tersebut ingin masukkan dalam kajiannya.

Seorang guru sebenarnya dinilai oleh bukan seorang penyelia tetapi oleh 40 orang (80 kalau termasuk pasangan) ibubapa terhadap prestasi anak-anak mereka. Seorang guru pada setiap masa adalah doctor ‘on call’ selagi anak murid beliau di sekolah. Seorang guru adalah seorang pegawai polis bagi disiplin murid-muridnya. Seorang guru adalah seorang motivator kepada kelasnya. Seorang guru adalah sekian dan sekian sehingga selesai hari pengajaran disekolah.

Saya sebenar amat bersetuju sekiranya satu kajian dilakukan agar seorang guru mempunyai staf sokongan dalam menjalankan tugas beliau di sekolah.

Polis bantu agih wang bantuan pelajar – Kosmo


Polis bantu agih wang bantuan pelajar

SERDANG – Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pengeluaran dan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar untuk menjamin keselamatan guru besar dan pengetua sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, guru besar dan pengetua yang diiringi guru-guru penolong kanan berkemungkinan menjadi sasaran penjenayah dan atas faktor keselamatan adalah lebih elok jika mereka diiringi polis untuk mengeluarkan wang dari bank sehingga mengagihkan wang bantuan persekolahan di sekolah.

“Kita tidak mahu apa-apa (kejadian tidak diingini) berlaku dan sebab itu kita melakukan langkah-langkah pencegahan,” katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Warga KPM 2011 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di MAEPS di sini.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata, wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Bayaran kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari depan.

Wang bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa, penjaga atau pelajar mula diagihkan pada minggu lepas.

Ibu tersentak anak diterkam – Metro


Ibu tersentak anak diterkam

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SYUKUR...Saifuddin dan Rohani memeluk Farihah.
SYUKUR…Saifuddin dan Rohani memeluk Farihah.

KUALA LUMPUR: “Saya kenal ayah Nurin (Jazlin Jazimin, 8), malah turut membantu mencari kanak-kanak itu selepas diculik empat tahun lalu.

“Jadi, saya tak mahu kejadian menimpa Nurin berlaku pula pada anak saya,” kata Saifuddin Abu Samah, 37, yang membantu polis menahan seorang lelaki warga Kemboja yang dipercaya mahu menculik anaknya, Nur Farihah, enam tahun, malam kelmarin.

Saifuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam selepas dia bersama isteri, Rohani Abdul Rauf,37 dan empat anak selesai makan di sebuah restoran di Taman Melati Utama, Wangsa Maju, di sini.

Menurutnya, ketika berjalan kaki menuju ke kereta dia berjalan di depan bersama tiga anak sementara Nur Farihah yang juga anak ketiganya berjalan di antara dia dan isteri.

 
“Isteri saya berada kira-kira satu meter di belakang Farihah dan tiba-tiba muncul seorang lelaki berjalan di tepinya sebelum cuba menerkam Farihah.