DUN Sarawak tolak usul DAP berhubung isu PPSMI – Bernama


DUN Sarawak tolak usul DAP berhubung isu PPSMI

15/11/2011 5:59pm

 

KUCHING 15 Nov. – Usul DAP yang mahu kajian semula dilakukan bagi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ditolak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, usul yang dikemukakan oleh Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) telahpun diputuskan di Dewan Rakyat dan ia tidak boleh dibawa ke persidangan DUN negeri.

Keputusan berhubung pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan ia tidak boleh dibincangkan di peringkat negeri, kata Mohd Asfia sebaik persidangan DUN bersambung semula petang ini. – Bernama

Murid tahun lima maut dalam langgar lari – Bernama


Murid tahun lima maut dalam langgar lari 

2011/11/15

KUANTAN: Seorang murid lelaki tahun lima maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dalam satu kejadian langgar lari berhampiran susur ke Kuantan dekat Persimpangan Bunga Cengkih, di sini.

Mangsa, Mohd Amirul Hakim, 11, yang cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan disahkan meninggal dunia jam 2.20 pagi ini.

Pegawai Penguatkuasa Pentadbiran Trafik Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, mangsa yang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dari arah Bukit Istana dilanggar sebuah kenderaan.

Beliau berkata, Mohd Amirul dikatakan menyeberang pembahagi jalan sebagai jalan pintas ke rumahnya sebelum dilanggar.

“Mangsa tercampak ke atas jalan manakala pemandu kenderaan yang tidak dikenal pasti itu bertindak melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zainalabidin berkata, mangsa adalah murid tahun lima Sekolah Rendah Indera Mahkota, di sini.

“Setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kenderaan terbabit dan kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BERNAMA

Tarikh akhir memasukkan markah bagi keseluruhan peperiksaan SAPS


PENGUMUMAN PENTING
1.Mesyuarat Penyelarasan Bersama JPN bagi Pelaksanaan SAPS Bil2/2011 yang dipengerusikan oleh TKPPM (D) telah memutuskan bahawa tarikh akhir memasukkan markah bagi keseluruhan peperiksaan yang diwajibkan bagi tahun 2011 adalah pada 30 November 2011. 
2.Pihak BPSH akan mendapatkan analisis peperiksaan bagi PAT dan percubaan SPM terus dari SAPS. Sehubungan itu, JPN dan PPDdipohon mempastikan semua sekolah membuat pengisian lengkap mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.Bagi Peperiksaan Percubaan SPM, tarikh akhir pengisian yang dipersetujui bersama dengan BPSH adalah pada 10 Oktober 2011.
3. SEMAKAN IBUPAPA. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar (seperti di SMM), pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan. Sebarang pertanyaan dan cadangan bolehlah diajukan ke crew.saps@gmail.com.
4.Sila ambil maklum bahawa perubahan gred bagi Menengah Atas adalah seperti berikut:D(45-49), E(40-44), G(1-39). Maklumat terperinci boleh dimuat turun dari butang Muat Turun.Penyelaras SAPS JPN dan PPD sekarang boleh mewujudkan ID Pengguna bagi pegawai-pegawai di peringkat JPN dan PPD. Kemudahan ini boleh dibuat melalui menu Kemudahan -> Senarai Pengguna -> Tambah Pengguna (level JPN/PPD SAHAJA).

SEMAKAN IBU BAPA: http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Hakim berang peguam kes rogol sering lewat – Berita Harian


Hakim berang peguam kes rogol sering lewat

2011/11/15

ALOR SETAR: Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohd Sabri Ismail berang dengan sikap seorang peguam mewakili tertuduh satu kes rogol gadis bawah umur kerana sering lewat menyebabkan mahkamah terpaksa menunggu lama untuk memulakan prosiding kes berkenaan.
Mohd Sabri menyelar sikap peguam itu, C Sivashanmugam ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas tertuduh kes itu, Wan Amirul Wan Mansor, 23, yang didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun, lebih setahun lalu.
Terdahulu, Mohd Sabri sebelum memulakan penghakimannya meminta Wan Amirul menghubungi peguamnya untuk mengetahui di mana Sivashanmugam berada kerana mahkamah akan memulakan prosiding kes itu.

Namun tertuduh memberitahu mahkamah telefon bimbitnya tidak mempunyai nilai kredit untuk membuat panggilan. Tertuduh, kemudian dapat menghubungi peguam berkenaan menggunakan telefon bimbit yang dipinjam daripada seorang anggota polis bertugas di mahkamah dan Siva akhirnya tiba pada jam 9.20 pagi walaupun prosiding kes berkenaan dijadualkan bermula jam 9.05 pagi. Mohd Sabri berkata, beliau kecewa dengan kelewatan itu berikutan rekod peguam yang sebelum ini menunjukkan beliau sering lewat hadir ke mahkamah untuk mewakili kes berkenaan.

Hakim kemudiannya membacakan beberapa rekod dan tarikh yang menunjukkan peguam itu lewat atau gagal hadir ke mahkamah dalam kes diwakilinya itu.
”Hari ini saya menunggu tanpa berbuat apa-apa selama 15 minit kerana peguam lewat,” katanya.
Mohd Sabri selepas itu meneruskan penghakimannya dan mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munsabah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap tertuduh.
Wan Amirul, seorang pesawah dan pembantu kedai makan dari Kampung Sungai Baru, dekat sini dituduh merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kampung Pokok Asam Mukim Kuah, Langkawi pada jam 3.30 petang 3 Januari 2010.
Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwaraya Mohamad Rizal Fadzil.

PIBGN minta ambil tindakan pelajar terbabit ritual – Metro


PIBGN minta ambil tindakan pelajar terbabit ritual

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mahu tindakan tegas diambil Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pelajar yang terbabit dengan ritual khas pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak, Sabtu lalu.

Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan mahu siasatan terperinci dilakukan semua pihak termasuk polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Katanya, tindakan mereka terbabit dalam kongsi gelap itu akan memburukkan institusi pendidikan.

 

“Diharap tidak ada ibu bapa yang akan membela anak mereka sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

468,808 calon mula duduki peperiksaan – Bernama


468,808 calon mula duduki peperiksaan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seramai 468,808 pelajar sekolah menengah semalam mula mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,533 pusat dan dijadualkan berakhir pada 14 Disember depan.

Di Kelantan, seramai 36,333 calon melaporkan diri di sekolah masing-masing dan angka itu mencatatkan kemorosotan 404 calon berbanding tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata, daripada jumlah itu, 28,087 calon terdiri daripada pelajar sekolah bantuan kerajaan, 4,945 calon dari Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan (Yik), Maktab Rendah Sains Mara (650) dan calon swasta (110).

 

“Semua calon sekolah kerajaan menduduki peperiksaan itu di 282 pusat peperiksaan di seluruh negeri, tidak termasuk 50 pusat bagi calon sekolah di bawah YIK dan empat pusat di MRSM,” katanya.
Sementara itu di Pahang, Pengarah Pelajaran negeri Yahya Zainal Abidin berkata, 22,490 calon menduduki peperiksaan SPM dan ini termasuk 23 calon berkeperluan khas apabila tujuh daripada mereka rabun.
“Seramai 450 calon pula adalah pelajar Orang Asli dari beberapa daerah di sini seperti Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

 

 

Mengenai kemungkinan banjir ketika peperiksaan itu berlangsung, Yahya berkata, pihaknya kini bersiap sepenuhnya menghadapi kemungkinan berkenaan.
“Jika sekolah yang menjadi pusat peperiksaan itu banjir, calon terbabit akan dipindah ke pusat peperiksaan yang ada asrama,” katanya.

 

Yahya berkata, segala urusan penukaran pusat peperiksaan diuruskan dengan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi proses pertukaran pusat peperiksaan.-Bernama

SPM dalam lokap – Metro


SPM dalam lokap

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KLANG: Seorang pelajar terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam lokap manakala tiga lagi dibenarkan ikat jamin oleh polis bagi menduduki peperiksaan itu selepas ditahan dalam Ops Lejang Bersepadu, baru-baru ini.

Dalam tempoh 13 hari operasi yang dijalankan bermula 1 November lalu, seramai 21 orang berusia antara 14 dan 31 tahun ditangkap atas kesalahan mencuri motosikal di sekitar daerah Klang Selatan dan daripada jumlah itu, seramai 12 orang adalah pelajar sekolah, manakala empat daripadanya mengambil peperiksaan SPM yang bermula semalam.
Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, tangkapan yang dibuat itu dapat menyelesaikan 38 kes kecurian motosikal di sekitar daerah berkenaan.

 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 13 motosikal dianggarkan bernilai RM52,000 dijumpai semula.
“Tiga daripada empat pelajar yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan mereka menduduki SPM manakala seorang lagi terpaksa mengambilnya di dalam lokap,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan, semalam.
Sementara itu, pada hari ke-11 operasi itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang menyamar sebagai anggota polis di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang.

 

 

Dalam kejadian jam 11 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver Colt .38 Special tanpa peluru dan masih bersarung dipercayai dibuang suspek ketika dikejar polis.
Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan polis sedang membuat pemerhatian di persimpangan lampu isyarat di tempat kejadian apabila ternampak seorang lelaki menunggang motosikal jenis Modenas Kris dalam keadaan mencurigakan.

 

“Anggota terbabit kemudian menghampiri suspek dan memperkenalkan diri menyebabkan suspek yang berumur 36 tahun dan bekerja sebagai pencuci kapal di Pelabuhan Klang terus melarikan diri.
“Ketika dikejar, suspek dilihat membuang objek dari pinggangnya ke tepi longkang berhampiran sebelum diberkas.
“Hasil siasatan di rumah suspek di kawasan berhampiran, polis menjumpai beg kecil mengandungi lencana polis, sebuah beg bertali mengandungi satu plastik berisi 11 butir peluru hidup jenis GFL .38 Special,” katanya.
Semakan terhadap suspek mendapati beliau mempunyai enam kesalahan lampau, iaitu masih dikehendaki mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana kesalahan bunuh di kawasan Pelabuhan Klang pada 2000.

Diperkosa rakan sekolah di rumah sendiri – Metro


Diperkosa rakan sekolah di rumah sendiri

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri sedang nyenyak tidur, kelmarin.

Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum memperkosa anaknya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air kecil.

 

Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri menceroboh masuk.
“Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.
“Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal,” katanya.

 

 

Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya, terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.
Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Pesara guru mati terikat – Metro


Pesara guru mati terikat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka hari terakhir kerja mengubahsuai rumah teres ini dikejutkan dengan penemuan mayat dengan tangan dan kaki berikat,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Yu, 31, yang menemui mayat pesara guru dipercayai dibunuh di Taman Jalan Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mayat mangsa berusia 70 tahun ditemui di dalam sebuah garaj kereta bersebelahan rumahnya.
“Saya tiba di rumah berkenaan jam 8 pagi dan pelik melihat mangsa tersandar di tiang garaj dengan dahinya berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Yu berkata, dia menghubungi polis memaklumkan kejadian.

 

“Rumah ini dibeli anak lelaki mangsa tahun lalu yang kemudian meminta saya mengubahsuai dan membesarkan kawasan hadapan rumah. Tidak sangka mangsa pergi dulu sebelum melihat rumah anaknya siap,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh, berkata mangsa ditemui terbaring oleh seorang pekerja yang mengubahsuai rumah sebelah dipercayai kediaman anak lelaki mangsa. “Mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan luka di dahi serta kepalanya, malah kedua-dua tangannya juga ditemui terikat,” katanya.

Pujuk anak ambil SPM – Metro


Pujuk anak ambil SPM

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA KANGSAR: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat, Hospital Kuala Kangsar (HKK), semalam apabila seorang anak mangsa kemalangan terpaksa dipujuk untuk menjalani peperiksaan hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada terus berada di sisi jenazah ibunya.

Halimatulrodiah Mohd Mokhtar, 17, dipujuk bapanya kerana mahu anaknya itu mengambil peperiksaan berkenaan demi masa depannya.
“Saya tidak tergamak menegurnya kerana diri sendiri juga masih sebak dengan kejadian itu. Dia dipujuk kembali ke sekolah dan meneruskan peperiksaan SPM.

 

“Saya sedar kejadian ini menjejaskan tumpuannya menghadapi peperiksaan SPM yang kebetulan bermula hari ini (semalam) dan sebagai bapa, saya hanya boleh mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Mohd Mokhtar Mohd Noor, 60, suami kepada Saemah Din, 55, seorang daripada tiga mangsa kemalangan maut di Kilometer 15, Jalan Kuala Kangsar-Manong, dekat sini.