Hakim berang peguam kes rogol sering lewat – Berita Harian


Hakim berang peguam kes rogol sering lewat

2011/11/15

ALOR SETAR: Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohd Sabri Ismail berang dengan sikap seorang peguam mewakili tertuduh satu kes rogol gadis bawah umur kerana sering lewat menyebabkan mahkamah terpaksa menunggu lama untuk memulakan prosiding kes berkenaan.
Mohd Sabri menyelar sikap peguam itu, C Sivashanmugam ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas tertuduh kes itu, Wan Amirul Wan Mansor, 23, yang didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun, lebih setahun lalu.
Terdahulu, Mohd Sabri sebelum memulakan penghakimannya meminta Wan Amirul menghubungi peguamnya untuk mengetahui di mana Sivashanmugam berada kerana mahkamah akan memulakan prosiding kes itu.

Namun tertuduh memberitahu mahkamah telefon bimbitnya tidak mempunyai nilai kredit untuk membuat panggilan. Tertuduh, kemudian dapat menghubungi peguam berkenaan menggunakan telefon bimbit yang dipinjam daripada seorang anggota polis bertugas di mahkamah dan Siva akhirnya tiba pada jam 9.20 pagi walaupun prosiding kes berkenaan dijadualkan bermula jam 9.05 pagi. Mohd Sabri berkata, beliau kecewa dengan kelewatan itu berikutan rekod peguam yang sebelum ini menunjukkan beliau sering lewat hadir ke mahkamah untuk mewakili kes berkenaan.

Hakim kemudiannya membacakan beberapa rekod dan tarikh yang menunjukkan peguam itu lewat atau gagal hadir ke mahkamah dalam kes diwakilinya itu.
”Hari ini saya menunggu tanpa berbuat apa-apa selama 15 minit kerana peguam lewat,” katanya.
Mohd Sabri selepas itu meneruskan penghakimannya dan mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munsabah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap tertuduh.
Wan Amirul, seorang pesawah dan pembantu kedai makan dari Kampung Sungai Baru, dekat sini dituduh merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kampung Pokok Asam Mukim Kuah, Langkawi pada jam 3.30 petang 3 Januari 2010.
Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwaraya Mohamad Rizal Fadzil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s