Murid tahun lima maut dalam langgar lari – Bernama


Murid tahun lima maut dalam langgar lari 

2011/11/15

KUANTAN: Seorang murid lelaki tahun lima maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dalam satu kejadian langgar lari berhampiran susur ke Kuantan dekat Persimpangan Bunga Cengkih, di sini.

Mangsa, Mohd Amirul Hakim, 11, yang cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan disahkan meninggal dunia jam 2.20 pagi ini.

Pegawai Penguatkuasa Pentadbiran Trafik Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian jam 4.15 petang semalam, mangsa yang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di Kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dari arah Bukit Istana dilanggar sebuah kenderaan.

Beliau berkata, Mohd Amirul dikatakan menyeberang pembahagi jalan sebagai jalan pintas ke rumahnya sebelum dilanggar.

“Mangsa tercampak ke atas jalan manakala pemandu kenderaan yang tidak dikenal pasti itu bertindak melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zainalabidin berkata, mangsa adalah murid tahun lima Sekolah Rendah Indera Mahkota, di sini.

“Setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kenderaan terbabit dan kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s