Jaja kuih sara 4 anak – Metro


Jaja kuih sara 4 anak

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KEPALA BATAS: Seorang ibu tunggal terpaksa mengerah keringat dengan membuat kuih bagi menyara empat anaknya yang masih bersekolah selepas berpisah dengan suami sejak lima tahun lalu.

Kehidupan Rosma Abdullah, 40-an, dari Kuala Bekah, Teluk Air Tawar, di sini, bertambah perit kerana ada kalanya dia terpaksa menumpang motosikal rakan menghantar kuih berikutan motosikalnya rosak sejak tiga bulan lalu. Walaupun mendapat bantuan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM250 sebulan dari Pusat Urus Zakat (PUZ), tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menyara mereka lima beranak.
Menurut Rosma, dia perlu menggunakan wang bantuan dengan cermat kerana selain untuk kegunaan persekolahan empat anaknya itu, wang sama juga digunakan sebagai modal membuat kuih.

 

“Saya hanya memperoleh antara RM30 hingga RM40 sehari dengan menjual kuih, tetapi digunakan semula sebagai modal pusingan selain membeli barangan dapur.
“Bagaimanapun, pergerakan saya terbatas sejak tiga bulan lalu berikutan motosikal yang digunakan untuk menghantar kuih ke kedai rosak menyebabkan saya terpaksa menumpang motosikal rakan,” katanya.
Empat anaknya, Mohd Rahmat Mohd Radza, 17, sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Air Tawar; Nur Farihah, 13, belajar di SMK Sri Gemilang, manakala Siti Nordiana, 9, dan Mohd Naim, 8, di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gemilang. Menurut Rosma, sejak berpisah dengan suami, Mohd Radza Hassan, dia mencari rezeki menyara empat anaknya itu. Katanya, walaupun perit, tetapi dia perlu berusaha mencari rezeki kerana tiada lagi tempat bergantung.

 

 

“Rumah yang kami duduki sekarang agak kurang selesa terutama di bahagian dapur, tetapi ada individu prihatin membaikinya baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s