Bapa rayu bantuan – Utusan


Bapa rayu bantuan

MUHD. Khairun Aseh (kiri) melihat lebih dekat badan Mohamad Taufik di Pejabat Aduan Pemuda UMNO, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

 

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang bapa merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempertimbangkan permohonannya mendapat bantuan bagi menampung kos rawatan anaknya, Mohamad Taufik Asifaq, 15, yang menderita penyakit kulit bersisik atau psoriasis.

Ibrahim Hasan, 45, berkata, dengan gaji RM320 sebulan, beliau bukan sahaja tidak mampu menampung kos rawatan anak sulungnya itu tetapi perbelanjaan harian keluarga.

“Sudah banyak kali saya turun naik pejabat JKM tetapi sehingga kini masih gagal mendapatkan bantuan merawat Taufiq.

“Saya tidak tahu kenapa permohonan saya tidak dilayan walaupun surat pengesahan hospital telah dilampirkan,” katanya.

Beliau yang berasal dari Jerantut, Pahang berkata demikian pada sidang akhbar yang dianjurkan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Biro berkenaan, Datuk Muhd. Khairun Aseh.

Ibrahim berkata, penyakit itu menyebab kulit anaknya sering mengelupas, kemerahan dan gatal sehingga mengakibatkan kesihatan dan persekolahannya terjejas.

“Saya berharap ada pihak dapat menghulurkan bantuan bagi membolehkan Taufiq kembali sihat seperti sebelum ini,” katanya.

Katanya, pelbagai ikhtiar termasuk menjalani rawatan tradisional sudah dilakukan bagi memulihkan Taufiq tetapi gagal.

Menurutnya, barang kemas isterinya, Norkiah Arzali, 38, juga sudah digadai bagi menampung perbelanjaan mengubati penyakit anaknya itu.

Sementara itu, Muhd. Khairun berkata, kes Taufik akan menjadi keutamaan biro tersebut.

“Kita akan cuba kumpulkan dana dengan kadar segera untuk merujuk beliau di klinik atau hospital pakar.

“Biro amat mengalu-alukan pihak-pihak lain membantu lebih-lebih lagi dalam kes seperti ini yang gagal mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s