SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


Sila lihat SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) di ruangan “Soalan Lazim” atau klik pada pautan di sini.

Kebanyakan sekolah guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik – Bernama


Kebanyakan sekolah guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik

23/11/2011 4:48pm

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.

“Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan ”soft landing” melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan bahasa Melayu.

“Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan ”soft landing” di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pihak yang masih ingin mengekalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). – Bernama

Kerajaan Pusat salur RM35.6 juta kepada sekolah agama Kelantan – Bernama


Kerajaan Pusat salur RM35.6 juta kepada sekolah agama Kelantan 

2011/11/23

KOTA BHARU: Kerajaan persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang sudah dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil kesempatan sempena lawatannya ke Kelantan untuk menyerahkan peruntukan RM10.5 juta kepada sekolah-sekolah berkenaan pada majlis perjumpaan bersama 1,000 warga pendidik sekolah agama di sini, hari ini.

Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah.

Sebanyak RM25.1 juta dibelanjakan sebelum ini untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan membina bangunan bagi sekolah SABK. Kesemua projek itu siap tahun lalu.

Ia membabitkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu; SMUA Al-Falah, Pasir Mas; SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu; SMUA Darul Salam, Kuala Krai; dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, kerajaan pusat amat mementingkan pembangunan Islam kerana ia membantu pembangunan modal insan yang seimbang.

“Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya supaya menjadi maju. Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran,” katanya.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata, beliau tidak memandang perbezaan politik dalam soal pendidikan Islam kerana baginya, ilmu agama berfungsi membentuk sahsiah dan moral golongan pelajar yang bakal meneraju negara.

“Saya tak pandang dia Pas ke Umno. Yang saya pandang dia Islam. Saya tak mahu perbezaan politik, lebih-lebih lagi (soal) pendidikan Islam kerana ia wajib dan merupakan fardhu kifayah untuk ditunaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, penekanan aspek agama juga dapat melahirkan insan yang mencintai negara selain menghalang anasir tidak sihat daripada memecah-belahkan perpaduan kaum dan umat Islam di negara ini.

Dalam sesi dialog bersama warga pendidik itu, Muhyiddin meminta pihak berkuasa sekolah agama persendirian di Kelantan yang belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya berbuat demikian bagi memudahkan urusan penyaluran peruntukan.

“Kerajaan pusat tidak mahu ambil alih pengurusan sekolah ini. Kita cuma hendak beri bantuan supaya kualiti ilmu tidak terjejas,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sedia memberikan kursus kepada guru sekolah agama supaya dapat mendidik pelajar dengan lebih baik. – BERNAMA

Sekolah kembali guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik – Bernama


Sekolah kembali guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik 

2011/11/23

KUALA LUMPUR: Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.

“Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan ‘soft landing’ melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan Bahasa Melayu.

“Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan ‘soft landing’ di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menajwab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pihak yang masih ingin mengekalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menjawab soalan Datin Linda Tsen Thau Lin (BN-Batu Sapi) berhubung keputusan kerajaan mengenai penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains, beliau berkata, guru-guru sekolah rendah atau menengah boleh mengajar kedua-dua mata pelajaran itu sama ada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau dwi bahasa.

“Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik boleh diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Inggeris sepenuhnya atau dwi bahasa di semua sekolah rendah dan menengah kecuali Tahun Satu sehingga kohort terakhir.
“Namun ia bergantung kepada kesesuaian murid-murid di sekolah itu sendiri dari segi penguasaan bahasa mereka tetapi kementerian tetap memutuskan secara muktamad untuk kekal dengan pemansuhan PPSMI dan tidak bercadang untuk melaksanakannya semula seperti yang dituntut beberapa pihak sebelum ini,” katanya.

Mengenai Surat Pekeliling baru berhubung pemansuhan PPSMI dan kertas soalan yang hanya akan diberikan dalam bahasa Melayu, Mohd Puad berkata ekeliling baru bertarikh 4 Nov 2011 dikeluarkan.

“Dengan itu surat Pekeliling lama secara sendirinya terbatal dan di dalam surat pekeliling baru termaktub dengan jelas bahawa soalan peperiksaan mestilah dibuat dalam dwi bahasa,” katanya bagi menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik). – BERNAMA

Kerajaan salur RM35.6 juta kepada sekolah agama Kelantan – Bernama


Kerajaan salur RM35.6 juta kepada sekolah agama Kelantan

2011/11/23

KOTA BHARU: Kerajaan persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil kesempatan sempena lawatannya ke Kelantan untuk menyerahkan peruntukan RM10.5 juta kepada sekolah berkenaan pada majlis perjumpaan bersama 1,000 warga pendidik sekolah agama di sini, hari ini.

Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah.

Sebanyak RM25.1 juta dibelanjakan sebelum ini untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan membina bangunan bagi sekolah SABK. Kesemua projek itu siap tahun lalu.

Ia membabitkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu; SMUA Al-Falah, Pasir Mas; SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu; SMUA Darul Salam, Kuala Krai; dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, kerajaan pusat amat mementingkan pembangunan Islam kerana ia membantu pembangunan modal insan yang seimbang.

“Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya supaya menjadi maju. Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran,” katanya.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata, beliau tidak memandang perbezaan politik dalam soal pendidikan Islam kerana baginya, ilmu agama berfungsi membentuk sahsiah dan moral golongan pelajar yang bakal meneraju negara.

“Saya tak pandang dia PAS ke UMNO. Yang saya pandang dia Islam. Saya tak mahu perbezaan politik, lebih-lebih lagi (soal) pendidikan Islam kerana ia wajib dan adalah fardhu kifayah untuk ditunaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, penekanan aspek agama juga dapat melahirkan insan yang mencintai negara selain menghalang anasir tidak sihat daripada memecah-belahkan perpaduan kaum dan umat Islam di negara ini.

Ketika sesi dialog bersama warga pendidik itu, Muhyiddin meminta pihak berkuasa sekolah agama persendirian di Kelantan yang belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya berbuat demikian bagi memudahkan urusan penyaluran peruntukan.

“Kerajaan pusat tidak mahu ambil alih pengurusan sekolah ini. Kita cuma hendak beri bantuan supaya kualiti ilmu tidak terjejas,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sedia memberikan kursus kepada guru sekolah agama supaya dapat mendidik pelajar dengan lebih baik. – BERNAMA

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
  • DARI GRED DG41 KE GRED DG44
  • DARI GRED DG44 KE GRED DG48

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat PPP selaras dengan persediaan bagi pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai 01 Januari 2012.

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menyemak status kenaikan pangkat masing-masing melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat iaitu:

i.              Cukup tempoh perkhidmatan,

ii.            Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan, dan

iii.           Telah mengisytiharkan harta serta bebas daripada hukuman tatatertib

tetapi masih belum dinaikkan pangkat, maka tuan/puan boleh terus berurusan dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk tindakan BPSM selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Disember 2011.

Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej 2013 – Bernama


Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej 2013

2011/11/23

KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaiktaraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

“Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

“Pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua,” katanya.

Mohd Puad berkata, antara 15 sekolah perintis yang terbabit adalah, Sekolah Menegah Kebangsaan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.
Pada 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang membabitkan 9,450 orang pelajar, katanya. – BERNAMA

Bantuan RM100 diperluas kepada pelajar sekolah swasta – Bernama


Bantuan RM100 diperluas kepada pelajar sekolah swasta

23/11/2011 11:18am

 

BATU PAHAT 23 Nov. — Kerajaan bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.

“Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.

“Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit, di sini, malam tadi.

 

Sehubungan itu, Mohd. Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta dapat mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan. — Bernama

Remaja hilang dua hari mengaku dinodai kekasih – Metro


Remaja hilang dua hari mengaku dinodai kekasih

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Kehilangan seorang remaja perempuan selama dua hari terjawab apabila dia bersama teman lelakinya terserempak dengan abang kandungnya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Batu 9, Cheras, di sini, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Lebih mengejutkan, adiknya yang berusia 15 tahun mengaku dia dirogol teman lelakinya itu di rumah sewa lelaki berkenaan di Bukit Belimbing, di sini, sejak melarikan diri Sabtu lalu.
Berang dengan pengakuan itu, abang mangsa kemudian membawa adiknya itu membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras sebelum teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan polis.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ditemui, mangsa dilaporkan melarikan diri dari rumah keluarganya dan usaha mengesannya dilakukan keluarganya.
Mangsa dikatakan terpedaya dengan ayat manis teman lelakinya yang mengajak bermalam di rumahnya dan meminta mangsa agar tidak bimbang.
“Termakan dengan pujuk rayu suspek, mangsa akhirnya bersetuju bermalam di rumah suspek tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

 

 

“Melihat mangsa memasuki ‘jerat’, suspek kemudian mengambil kesempatan merogol mangsa sebanyak dua kali sepanjang mangsa berada di rumah sewanya,” katanya.
Beliau berkata, selepas merogol mangsa, suspek merayu kepada mangsa agar perbuatan terkutuknya itu tidak dimaklumkan kepada sesiapa terutama kepada keluarga mangsa kerana bimbang akan ditahan polis.

 

Bagaimanapun, usaha suspek menyembunyikan perbuatan kejinya itu tidak kesampaian apabila dia ditahan selepas abang mangsa memaksa mangsa untuk menceritakan kejadian sebenar sepanjang dia melarikan diri.
“Mangsa akhirnya akur dan mengaku dirogol suspek sebelum mangsa membuat laporan polis.
“Suspek kini ditahan reman selama empat hari kerana kesalahan merogol gadis bawah umur dan kini di tempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nasib murid balang gas dapat perhatian – Utusan


Nasib murid balang gas dapat perhatian

KULIM 22 Nov. – Nasib ‘murid balang gas’, Mohamad Zulhilmi Marzuki, 12, yang kini menghadapi masalah apabila mesin pembekal oksigen yang digunakannya rosak, mendapat perhatian apabila beberapa pihak tampil menghulurkan bantuan.

Hari ini, Penyelaras Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Kulim/Bandar Baharu, M. Thuraisingam tampil menghulurkan sumbangan berjumlah RM1,000.

Selain itu, pemilik Pasar Mini Weng Seng Kulim, Tan Khim Pheng, 49, turut menyampaikan bantuan RM1,000 untuk membiayai kos rawatan Mohamad Zulhilmi.

Bapa murid itu, Marzuki @ Yahaya Hashim, 51, berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk membantu anak tunggalnya itu.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu. Saya amat menghargai sikap prihatin yang ditunjukkan rakyat negara ini bagi membantu Mohamad Zulhimi,” katanya di sini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kisah Mohamad Zulhilmi yang kini berdepan dengan satu lagi cabaran apabila mesin pembekal oksigen yang digunakannya sejak tujuh tahun lalu rosak.

Ibunya, Norizan Yeop, 44, berkata, mesin Oxy Concentrator itu tidak dapat berfungsi seperti biasa, malah pihak pembekal turut memaklumkan ia tidak boleh diperbaiki.

Suri rumah itu memberitahu, mesin terbabit digunakan untuk membekalkan oksigen semasa anaknya tidur setiap malam sejak 2004.

Marzuki yang bertugas sebagai buruh am Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim/Bandar Baharu memberitahu, dia tidak mampu membeli mesin pembekal oksigen baru memandangkan pendapatannya hanya sekitar RM1,000 sebulan.

“Hampir separuh daripada duit gaji digunakan untuk kos rawatan susulan anak,” jelasnya.

Murid darjah enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Seluang, Lunas yang memperoleh 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini menghidap simptom jangkitan paru-paru kronik Bronchiolitis Obliterans sejak berusia empat tahun.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Hong Leong Bank bernombor 05950086588 (atas nama Norizan Yeop) atau menghubungi Marzuki di talian 012-4857609.