Murid swasta juga dapat RM100 – Kosmo


Murid swasta juga dapat RM100

PELAJAR sekolah swasta akan turut menikmati wang bantuan RM100 untuk menghadapi sesi persekolahan tahun depan. – Gambar hiasan

 

BATU PAHAT – Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi sesi persekolahan pada tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada di sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.

“Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.

“Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat,” katanya selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit di sini malam kelmarin.

Sehubungan itu, Mohd. Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan.

Pemuda UMNO kesal ada pihak perlekeh bantuan RM100 – Bernama


Pemuda UMNO kesal ada pihak perlekeh bantuan RM100

24/11/2011 6:03pm

 

TAWAU 24 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO kesal dengan sikap pihak tertentu yang dikatakan cuba memperlekeh bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Exco Pendidikan pergerakan itu Gasing Saling berkata, kerajaan memberi bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka dan sepatutnya diterima dengan rasa syukur.

“Kita faham, mungkin bagi sesetengah orang RM100 itu tidaklah begitu besar jumlahnya, tetapi kita juga perlu ingat, bagi sesetengah orang pula ia mungkin amat bermakna dan meringankan bebanan mereka,” katanya.

Gasing yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 444 pelajar di SM Teknik Tawau, di sini hari ini. – Bernama

Sekolah harian juga boleh cemerlang: Muhyiddin – Bernama


Sekolah harian juga boleh cemerlang: Muhyiddin

2011/11/24

BANDAR BAHARU (Kedah): Kerajaan kini lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan sekolah harian berbanding membina lebih banyak sekolah berasrama penuh, kata Tan Sri Muhyddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembinaan sekolah berasrama penuh melibatkan kos yang besar kerana perlu disediakan asrama dan kemudahan lengkap sedangkan sekolah harian, walaupun tanpa kemudahan asrama, masih boleh ditingkatkan pencapaiannya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata banyak sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi adalah dalam kalangan bukan sekolah berasrama penuh.

“Dasar Kementerian Pelajaran nak jadikan semua sekolah harian cemerlang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dataran Serdang di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Pengerusi BN Kedah, dan Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. – BERNAMA

Tiada arahan SJK sedia makanan halal – Metro


Tiada arahan SJK sedia makanan halal

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada pengusaha kantin di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina mahupun Tamil supaya menyediakan makanan halal untuk murid.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata SJK yang mempunyai murid Islam sentiasa mengambil pendekatan sensitif terhadap diet harian pelajar dan berusaha menawarkan pilihan makanan halal untuk memenuhi keperluan mereka. “Amalan ini sudah lama dijalankan atas dasar saling menghormati pegangan agama masing-masing.
“Pengusaha kantin SJK selalunya tahu jika ada orang Islam di sekolah terbabit dan mereka sediakan pilihan makanan halal,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, semalam.

 

Beliau mengulas laporan mengaitkan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang mengarahkan semua pengusaha kantin SJKC dan SJKT menyediakan makanan halal di sekolah masing-masing, baru-baru ini.

3 beradik parah ditetak perompak – Metro


3 beradik parah ditetak perompak

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MARAN: Tiga beradik parah selepas ditetak sekumpulan lima perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Felda Jengka 10, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, tiga beradik berkenaan, Mohd Shahidi Ismail, 23, Mohd Faiz, 20 dan Al-Hafiz,16, cedera di kepala, tangan serta badan selepas bergelut dengan kumpulan perompak terbabit dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Turut cedera dalam pergelutan itu, seorang anggota Rela tanah rancangan berkenaan, Saiful Amri Kamarudin, 29, yang bergegas ke tempat kejadian selepas menyedari berlaku sesuatu yang tidak kena ketika melalui rumah mangsa.

 

Menceritakan semula detik mencemaskan itu, bapa kepada tiga beradik berkenaan, Ismail Mohd Nor, 60, berkata perompak yang dipercayai warga asing dikesan memecah masuk melalui pintu belakang dan menggeledah rumahnya bagi mencari barangan berharga.
“Bagaimanapun, tiga anak saya yang tidur di ruang tamu tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi bising dan ternampak perompak menggeledah rumah.
“Tiga anak menyergah perompak terbabit dan cuba menangkap mereka sebelum berlaku pergelutan. Ini menyebabkan mereka (perompak) bertindak ganas dengan menyerang menggunakan parang dalam usaha melepaskan diri,” katanya.

Sekolah agama di Kedah dapat bantuan RM6 juta – Bernama


Sekolah agama di Kedah dapat bantuan RM6 juta

24/11/2011 1:47pm

 

SUNGAI PETANI 24 Nov. – Sebanyak 55 sekolah agama di Kedah hari ini menerima bantuan RM6.36 juta daripada kerajaan Pusat sebagai pengiktirafan serta tanda bahawa kepentingan sekolah agama terus dibela.

Sebanyak RM3.19 daripada peruntukan berkenaan diagihkan kepada 34 Sekolah Agama Rakyat (SAR), RM2.38 kepada 17 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan RM800,000 kepada empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Bantuan untuk membolehkan sekolah-sekolah berkenaan meningkatkan kemudahan infrastruktur dan alat bantuan pembelajaran itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, pada perjumpaan khas warga pendidik bersama beliau di Universiti Teknologi Mara di Merbok dekat sini hari ini.

Dalam ucapannya beliau berkata, untuk pemberian sumbangan seumpama itu kerajaan Pusat tidak pernah mengambil kira fahaman politik sesuatu pihak kerana dalam membangunkan agama semua adalah sama.

Muhyiddin berkata, dengan bantuan yang diberikan ia akan membolehkan sekolah aliran agama memantapkan serta mengukuhkan usaha mendidik anak bangsa khususnya dalam pendidikan Islam. – Bernama

78 sekolah vokasional dinaik taraf kolej menjelang 2013 – Metro


78 sekolah vokasional dinaik taraf kolej menjelang 2013

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013,” kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.
“Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bila kementerian menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan sistem pendidikan negara.

 

Dr Mohd Puad berkata, semua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional berkenaan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.
“Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).
“Pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi Sijil Tahap Dua,” katanya.

 

 

Sementara itu, beliau berkata, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah menengah dan rendah semakin menurun selepas kerajaan memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dr Mohd Puad berkata, ketika ini hanya lima peratus daripada 7,495 bilik darjah di sekolah rendah dan sembilan peratus kelas di 2,192 sekolah menengah masih menggunakan PPSMI.

 

“Sejak pemansuhan PPSMI, semakin banyak sekolah menengah dan rendah menggunakan bahasa Malaysia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
“Walaupun ada yang mempersoalkan tempoh ‘soft landing’ yang diumumkan Menteri Pelajaran, hakikatnya banyak sekolah sudah menggunakan bahasa Malaysia,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berhubung pihak yang masih ingin mengekalkan PPSMI di sekolah.

Tiada arahan SJK sedia makanan halal – Metro


Tiada arahan SJK sedia makanan halal

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada pengusaha kantin di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina mahupun Tamil supaya menyediakan makanan halal untuk murid.

Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Datuk Wee Ka Siong, berkata SJK yang mempunyai murid Islam sentiasa mengambil pendekatan sensitif terhadap diet harian pelajar dan berusaha menawarkan pilihan makanan halal untuk memenuhi keperluan mereka. “Amalan ini sudah lama dijalankan atas dasar saling menghormati pegangan agama masing-masing.
“Pengusaha kantin SJK selalunya tahu jika ada orang Islam di sekolah terbabit dan mereka sediakan pilihan makanan halal,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, semalam.

 

Beliau mengulas laporan mengaitkan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang mengarahkan semua pengusaha kantin SJKC dan SJKT menyediakan makanan halal di sekolah masing-masing, baru-baru ini.

Dua beradik lemas – Metro


Dua beradik lemas

Oleh Siti Fatimah Hassan dan Jauhariatul Akmal Joha
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYU...Roslan  (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.
SAYU…Roslan (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.

BACHOK: Banjir di negeri ini meragut nyawa dua beradik berusia 10 dan 14 tahun semalam, manakala seorang pelajar tingkatan tiga dikhuatiri menjadi korban ketiga dalam dua kejadian lemas berasingan.

Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.
Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.

 

Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas,” katanya sebak.

 

 

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.

 

“Hasil usaha mencari, kami menemui mayat mangsa pertama, Ahmad Fathi pada jam 4.32 petang diikuti mayat adiknya, lima minit kemudian. “Mereka ditemui pada kedalaman dua meter dari permukaan air,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.
Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.
“Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap.

Remaja dicekup dalam almari – Utusan


Remaja dicekup dalam almari

MIRI 23 Nov. – Usianya baharu 14 tahun namun sudah berani mencuri peluang membawa teman lelaki ke rumah sewaktu ahli keluarga yang lain keluar bekerja.

Namun perbuatan remaja itu terbongkar apabila teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun ditangkap oleh kakak dan ibunya sewaktu bersembunyi di dalam almari pakaian, semalam.

Sumber polis memberitahu, dalam kejadian di Taman Tunku, di sini, remaja lelaki berkenaan terkejut apabila ahli keluarga kekasihnya tiba-tiba pulang awal lalu bertindak bersembunyi di dalam almari.

Katanya, sebelum itu remaja perempuan berkenaan enggan membuka pintu sehingga memaksa ahli keluarganya masuk menggunakan pintu belakang.

“Sewaktu kakak remaja perempuan itu membuka almari pakaian untuk menukar baju, dia terkejut melihat seorang remaja lelaki bersembunyi di dalamnya.

“Apabila disoal, dia mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya,” katanya.

Kata sumber itu, ibu remaja perempuan tersebut kemudian menghubungi polis untuk tindakan susulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ismail Idris ketika dihubungi hari ini memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.