Sekolah agama di Kedah dapat bantuan RM6 juta – Bernama


Sekolah agama di Kedah dapat bantuan RM6 juta

24/11/2011 1:47pm

 

SUNGAI PETANI 24 Nov. – Sebanyak 55 sekolah agama di Kedah hari ini menerima bantuan RM6.36 juta daripada kerajaan Pusat sebagai pengiktirafan serta tanda bahawa kepentingan sekolah agama terus dibela.

Sebanyak RM3.19 daripada peruntukan berkenaan diagihkan kepada 34 Sekolah Agama Rakyat (SAR), RM2.38 kepada 17 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan RM800,000 kepada empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Bantuan untuk membolehkan sekolah-sekolah berkenaan meningkatkan kemudahan infrastruktur dan alat bantuan pembelajaran itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, pada perjumpaan khas warga pendidik bersama beliau di Universiti Teknologi Mara di Merbok dekat sini hari ini.

Dalam ucapannya beliau berkata, untuk pemberian sumbangan seumpama itu kerajaan Pusat tidak pernah mengambil kira fahaman politik sesuatu pihak kerana dalam membangunkan agama semua adalah sama.

Muhyiddin berkata, dengan bantuan yang diberikan ia akan membolehkan sekolah aliran agama memantapkan serta mengukuhkan usaha mendidik anak bangsa khususnya dalam pendidikan Islam. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s