Mayat pelajar lemas ditemui terapung – Bernama


Mayat pelajar lemas ditemui terapung

2011/11/29

MACHANG: Mayat seorang pelajar yang dilaporkan lemas ketika mandi di Sungai Sat, dekat sin, Sabtu lalu dijumpai terapung sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian petang ini.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot, berkata mayat Mohd Alif Razman Azman, 15, ditemui dalam longgokan buluh dan sampah sarap di Kampung Tandak oleh penduduk Kampung pada 1.05 petang.

“Mangsa bersama tujuh rakannya sebelum itu mandi di Sungai Sat, Kemuning pada jam 4.30 petang dan dihanyutkan arus deras setengah jam kemudian,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi dijalankan oleh 91 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan termasuk Polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA) dan Unit Res Q Jabatan Pelajaran Negeri.

“Mayat murid tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai itu dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s