Dua dicekup ketika duduki SPM – Kosmo


Dua dicekup ketika duduki SPM

 

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan
MALEK ASLIE
syakir.sazili@kosmo.com.my

 

MAT FAUZI (dua dari kiri) menunjukkan rangka motosikal yang ditemui semula selepas sidang akbar di ibu pejabat Polis Bagan Serai semalam.

bergelar Geng Walad Kechik yang diberkas di sini baru-baru ini kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, ekoran penahanan 12 remaja pada 10 November lalu, polis kemudian menemui sebuah motosikal curi dan 12 buah rangka motosikal yang dileraikan oleh kumpulan remaja itu pada keesokan harinya.

Menurut beliau, kesemua rangka motosikal tersebut ditemui di beberapa lokasi iaitu di beberapa buah tangki najis dan tali air di kawasan Sungai Acheh dan Bagan Serai di sini.

“Motosikal yang dicuri dileraikan komponennya untuk dijual sebagai alat ganti manakala rangka motosikal yang telah dilerai dibuang di beberapa lokasi,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata Mat Fauzi, dengan tertumpasnya Geng Walad Kechik, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di daerah Kerian dan masing-masing satu kes curi motosikal di Selama, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
  • DARI GRED DG41 KE GRED DG44
  • DARI GRED DG44 KE GRED DG48

 

Azan selamat nyawa guru – Metro


Azan selamat nyawa guru

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: “Saya terkejut apabila kereta terus berhenti secara mengejut dan melihat kira-kira 20 batang besi yang diikat menembusi ke dalam kereta hingga mengenai gear automatik kereta,” kata Faridah M Lajis, 40, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan besi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran pasar raya Tesco, dekat sini, petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca apabila kira-kira 20 batang besi dibawa lori satu tan dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak diikat dengan kemas sehingga ia terhumban menembusi cermin belakang kereta berkenaan.
Mangsa yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Duyong, dekat sini, selepas menghadiri mesyuarat berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, sebelum kejadian kereta dipandunya di lorong kanan Lebuh AMJ bergerak perlahan apabila menghampiri persimpangan Melaka Sentral diekori lori berkenaan yang sarat dengan muatan besi.
“Saya dari Sekolah Menengah Sri Tanjung, Klebang dan sebaik tiba di tempat kejadian semua kenderaan dipandu perlahan kerana ia berdekatan persimpangan dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum telinga berasa berdesing,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, terkejut dengan kejadian itu dia kemudiannya melihat ke bahagian belakang kereta dan mendapati sebahagian besi itu menembusi keretanya.

Katanya, panik dengan kejadian itu, dia segera menelefon ayah dan suaminya mendapatkan bantuan.
“Jantung saya seperti nak gugur apabila melihat besi itu nyaris kena saya. Mujur ketika kejadian saya bersandar di tingkap untuk mendengar azan.

“Syukur Tuhan masih memberi kesempatan kedua kepada saya, selamat daripada kemalangan ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidup kerana esok (hari ini) adalah hari lahir saya,” katanya.

Tiga remaja dikhuatiri lemas – Kosmo


Tiga remaja dikhuatiri lemas

 

Oleh ADHAM SHADAN dan ZUHARMAN MD. NOOR
berita@kosmo.com.my

 

KOTA BHARU – Tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas dalam tiga kejadian berasingan di Machang, Rantau Panjang serta di sini kelmarin.

Kejadian pertama di Machang melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Mohamad Alif Razwan Azman, 15, yang hilang selepas dia terjun ke dalam Sungat Sat di sini kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Che Malek Bedot ketika dihubungi berkata, gerakan mencari telah dilakukan sehingga 3 kilometer dari tempat kejadian namun mangsa masih gagal ditemui.

Kejadian kedua melibatkan seorang lelaki dipercayai menghidap sawan yang terjatuh ketika mengayuh basikal di pesisiran pantai di Kuala Pak Amat, Kampung Pulau Panjang, Sabak dekat sini kelmarin.

‘Mahu jadi sehebat Apek’ – Metro


‘Mahu jadi sehebat Apek’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BALING: Kanak-kanak lelaki yang menggemparkan negara kerana mempunyai berat badan 115 kilogram ketika menyertai upacara Khatan Perdana kenduri 1Malaysia, di sini, kelmarin bercita-cita menjadi seperti penjaga gol pasukan harimau muda, Mohd Khairul Fahmi Che Mat (Apek) satu hari nanti.

Mohd Aiman Hakimi Hanafi, 11, berkata, walaupun dia mungkin tidak mampu menjadi penjaga gol pasukan negara seperti Apek, satu hari nanti namun dia tetap berazam menjadi sehebat idolanya itu. dalam apa jua bidang disertainya. “Saya tak kisah begini kerana saya tidak pernah ambil hati dengan kata-kata orang. Kebanyakan orang juga menerima saya dan mereka berkawan dengan saya seperti biasa. “Sukan yang paling saya minat adalah bola sepak dan saya paling suka posisi penjaga gol bila bermain dengan rakan pada waktu petang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sadek, Mukim Kupang, di sini, semalam.
Mohd Aiman antara 400 kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Baling/Sik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, di sini, kelmarin.

 

Sementara itu, ibu Mohd Aiman, Jamilah Awang, 38, berkata, anaknya itu dilahirkan normal dengan berat badan 3.2 kilogram, namun sehingga usia dua tahun dia hanya minum susu berasaskan soya yang disyorkan doktor.

JKM siasat kejadian – Metro


JKM siasat kejadian

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mengesahkan pihaknya menerima laporan dakwaan seorang pelajar sekolah pemulihan akhlak di Marang, dekat sini, yang menjadi mangsa penderaan seksual dan buli oleh pelajar sekolah berkenaan, Khamis lalu.

Pengarahnya, Zuhaimi Omar, berkata susulan itu, pihaknya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian yang didakwa dilakukan lima pelajar berusia 14 hingga 17 tahun terbabit.
“Kami sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu yang membabitkan mangsa seorang pelajar wanita berusia 14 tahun dari Klang, Selangor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

Menurutnya, pihak pengurusan sekolah berkenaan juga membawa remaja wanita terbabit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk pemeriksaan lanjut.
“Laporan siasatan awal sudah dihantar ke ibu pejabat JKM di Kuala Lumpur dan kami kini menunggu laporan penuh dari HSNZ untuk tindakan lanjut,” katanya.

Remaja perempuan dicabul penghuni pusat pemulihan – Metro


Remaja perempuan dicabul penghuni pusat pemulihan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MARANG: “Saya diseksa hampir setengah jam oleh lima rakan sebilik. Mereka bukan saja tidak mengendahkan rayuan saya, tetapi berterusan melakukan perbuatan terkutuk itu walaupun saya merayu minta dilepaskan,” kata remaja hanya mahu dikenali sebagai Mira, 14, dari Klang, Selangor, yang mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual dan buli di sebuah sekolah pemulihan akhlak di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Mira yang juga anak kedua daripada tiga beradik mengalami detik hitam apabila mendakwa alat sulitnya dirodok dengan botol pewangi badan dan jari oleh lima pelajar berusia 14 hingga 17 tahun terbabit yang tidak puas hati terhadapnya.
“Kejadian itu menyebabkan saya tertekan terutama mengenangkan masa depan sedangkan saya dihantar ibu ke sini untuk berubah,” katanya yang baru dua bulan memasuki sekolah itu.

 

Mira mendakwa berjumpa pelajar terbabit dalam bilik mandi jam 3 petang apabila mereka secara sukarela mahu membantunya mencuci rambut yang dijangkiti kutu, tetapi ketika membantunya seorang pelajar 17 tahun meraba belakang badannya menyebabkan dia kurang selesa lalu memarahinya dan segera mandi sebelum balik ke bilik asrama.
“Ketika saya bersiap untuk keluar menghadiri satu program, berlaku pertengkaran mulut dan dia menolak saya ke almari, tetapi saya melawan. “Dia memanggil empat lagi rakannya yang turut berada dalam bilik air sebelum ini iaitu dua berusia 14 tahun memegang tangan dan kaki manakala yang berusia 16 tahun menutup mulut dan mata dengan selimut sebelum dia naik ke atas badan saya.
“Seorang daripada mereka memasukkan botol pewangi ke dalam alat sulit saya diikuti jarinya hampir 20 minit. Mereka memperlakukan saya seperti binatang,” katanya sedih ketika ditemui di sebuah kedai di Marang, semalam.

 

 

Bagaimanapun, katanya, lima pelajar terbabit menghentikan perbuatan mereka apabila pintu bilik berkenaan diketuk seorang pelajar lain jam 4.20 petang sebelum Mira bergegas keluar.
Dia bercadang mendiamkan kejadian itu, tetapi seorang senior berusia 17 tahun yang juga rakan baiknya mengetahui perkara itu sebelum diketahui warden asrama.

 

Pihak sekolah membawanya ke hospital sebelum dibenarkan keluar jam 6.30 petang Sabtu lalu dan dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang baru tiba dari Klang, Selangor.
Mira mendakwa pernah beberapa kali dibuli lima pelajar terbabit apabila dia bukan saja dipaksa mencuci tandas dan pakaian, tetapi turut ditendang selain kehilangan beberapa barang keperluan hariannya.
Sementara itu, ibu mangsa, Nur, 30-an, menerima panggilan daripada polis jam 2.15 pagi Jumaat lalu, memaklumkan Mira dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana menjadi mangsa buli sedangkan pihak sekolah tidak menghubunginya.
“Ibu mana yang tidak sakit hatinya melihat anak diperlakukan sebegini rupa sedangkan tujuan saya menghantarnya untuk mengubah dan mendisplinkannya, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang juga pekerja di sebuah kilang di Kapar, Klang.
“Ketika melawatnya pada Aidiladha lalu, Mira mengadu dibuli sambil menunjukkan lebam di badannya. Saya memintanya bersabar dan membangkitkan perkara ini kepada pihak sekolah supaya tindakan sewajarnya diambil.
“Tidak sangka ia akan menjadi serius seperti ini. Perkara seumpama ini mungkin tidak berlaku seandainya pihak sekolah memandang serius aduan saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika ditemui mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Perkasa gesa kementerian sedia sistem rawatan air bersih di sekolah – Utusan


Perkasa gesa kementerian sedia sistem rawatan air bersih di sekolah

PASIR MAS 27 Nov. – Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), menggesa Kementerian Pelajaran mewujudkan sistem rawatan air bersih di sekolah-sekolah seluruh Kelantan berikutan masalah bekalan air bersih kian kritikal di negeri ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu signifikan dalam usaha menjaga keselamatan serta kesihatan pelajar yang kadang-kadang dilihat jarang sekali mengambil kira aspek kesihatan.

“Saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya melaksanakan projek rawatan air di sekolah-sekolah melalui teknologi yang ada supaya pelajar dapat menerima bekalan air bersih.

“Ini mengambil kira masa pelajar-pelajar berada di sekolah sekarang ini kadang-kadang sampai sehari suntuk kerana memenuhi aktiviti kokurikulum seperti pakaian seragam, sukan dan sebagainya.

“Dalam keadaan yang tidak menentu itu kadang-kadang bila terlalu panas mereka tidak peduli dah, diteguknya air paip begitu saja,” katanya ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji masalah air yang melanda negeri ini akan diselesaikan segera sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim berkata, beliau yakin rakyat negeri ini akan menyambut baik seruan Muhyiddin itu demi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

“Ini bukan soal politik, saya bercakap dalam konteks kepentingan rakyat, soal kebajikan rakyat secara keseluruhan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Menurut Ibrahim, lebih 500 buah sekolah menengah dan rendah terdapat di Kelantan membabitkan lebih 300,000 pelajar yang perlu diberi perhatian terutamanya membabitkan aspek kesihatan.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan hasil laporan Panduan Industri Air Malaysia yang menyatakan sampel air di Kelantan bukan saja didapati mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E. coli yang boleh mengundang penyakit kepada pengguna.

RM100,000 bantu pelajar tahfiz – Utusan


RM100,000 bantu pelajar tahfiz

Shahrizat Abdul Jalil (tengah) beramah mesra dengan pelajar tahfiz pada program KAR1SMA Al-Furqani 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) bagi menjalankan aktiviti pembangunan kanak-kanak tahfiz.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peruntukan itu bertujuan membantu golongan sasar iaitu kanak-kanak mendapatkan keperluan dan kemudahan yang selesa untuk meneruskan pengajian mereka di madrasah yang terlibat.

“Kementerian turut mengadakan program keibubapaan kepada keluarga kanak-kanak yang berada di tahfiz berkenaan. Sebelum ini, kita telah menjalankan pelbagai program berkaitan kanak-kanak namun kini berpeluang membantu mereka yang berada di tahfiz.

“Mereka mempunyai potensi untuk menjadi penghafaz al-Quran yang baik. Justeru, kementerian berharap peruntukan yang diberikan akan membantu melancarkan perjalanan mereka untuk terus berjaya dan berjasa kepada negara serta agama,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program KAR1SMA Al-Furqani 2011 dan perjumpaan perdana bersama tahfiz seluruh Malaysia.

Turut hadir, Setiausaha Permata, Zamzani Mahmud.

Program itu diadakan bagi memelihara dan memperkasakan peranan institusi tahfiz dalam membentuk insan yang mampu berhadapan dengan cabaran sosial semasa.

Baucer buku RM200 boleh digunakan tahun depan – Bernama


Baucer buku RM200 boleh digunakan tahun depan

2011/11/27

KOTA BHARU: Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor.

Beliau berkata, mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

“Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.

Ab Rahim berkata, langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Terdahulu, dalam ucapannya Abd Rahim berkata, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi adalah bertujuan untuk menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di kalangan IPT.
“Ini selaras dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

“Dasar ini juga adalah usaha kementerian bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian negara maju menjelang tahun 2020,” katanya. – BERNAMA