Keperluan dan lokasi jadi kriteria bina Sekolah Wawasan – Bernama


Keperluan dan lokasi jadi kriteria bina Sekolah Wawasan

01/12/2011 5:51pm

 

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Kerajaan akan memastikan sama ada terdapat keperluan dan lokasi yang sesuai sebelum menambah bilangan kompleks Sekolah Wawasan, yang menggabungkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pembinaan kompleks Sekolah Wawasan hanya akan dibuat di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk Melayu, Cina atau India yang tinggi.

“Secara idealnya, kita kena mendapat satu tempat yang mana populasi terdiri daripada pelbagai kaum, sebab itu ada kawasan yang hanya ada SK dan SJKT yang mana dua kaum ini mempunyai jumlah agak besar dalam kawasan berkenaan.

“Tetapi untuk mendapatkan satu tempat yang mana ada populasi tiga kaum ini tidak mudah, sebagai contoh di USJ (kompleks Sekolah Wawasan USJ15) mempunyai populasi Melayu, Cina dan India seimbang, jadi kita buat dan tiada masalah.

“Kalau kita buat di Kelantan, mungkin masyarakat India tidak ramai, jadi tidak ada keperluan untuk membinanya, dan ia bukan satu kegagalan cuma harus melihat kepada tempat yang sesuai,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok) yang bertanya mengenai kekangan dan halangan yang dihadapi untuk membina lebih banyak Sekolah Wawasan.

Ka Siong berkata, sehingga kini, kementerian sudah membina enam kompleks Sekolah Wawasan di seluruh negara, dan berdasarkan kajian, ia jelas menunjukkan bahawa masyarakat tempatan serta guru menyokong konsep sekolah itu.

Menurut Ka Siong, konsep Integrasi Nasional juga mampu diwujudkan di sekolah sedia ada melalui program Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan yang diperkenalkan pada 1985 dan diguna pakai semula lima tahun lepas. — Bernama

Mayat kanak-kanak lemas ditemui pada sangkar – Bernama


Mayat kanak-kanak lemas ditemui pada sangkar

2011/12/01

BERA: Mayat murid lelaki Tahun Tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2, Pua Ru Xiang, yang lemas di Sungai Triang dekat Kerayong Isnin lalu, ditemui hari ini

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Mohd Zahid Mohd Noor, berkata mayat kanak-kanak itu dijumpai tersangkut pada sebuah sangkar ikan kira-kira 400 meter daripada tempat dia jatuh tergelincir pada 7.55 pagi ini.

Dalam kejadian 5.15 petang Isnin lalu, Pua dipercayai tergelincir ketika bermain bersama dua lagi rakannya berhampiran jeti sungai itu.

Gerakan mencari dijalankan oleh lebih 60 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam, serta penduduk setempat dengan bantuan tujuh bot.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. – BERNAMA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



MODUL SOKONGAN

Tempoh Sokongan Atas Talian adalah daripada 
Hanya untuk tindakan , sila rujuk A.Kriteria Penyokong. Sekiranya ada masalah atau soalan, sila klik pada C.Bantuan.

PROSES SOKONGAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012 OLEH KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR

Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES SOKONGAN PPG 2012 bagi Permohonan PPG 2012 yang dilaksanakan oleh KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR SAHAJA telah bermula pada 1/Disember/2011 hingga 6/Disember/2011. Sebarang masalah dan pertanyaan sila ajukan kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)  di talian 03-8884  1269 / 1270 /1272 / 1273 /1000. Sila klik di sini

Pelajar sekolah hangatkan debat – Kosmo


Pelajar sekolah hangatkan debat

 

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

 

SEORANG pelajar, Nur Syafiqah Jasni (berdiri) mewakili SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam menyertai Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di UiTM, Shah Alam semalam.

 

SHAH ALAM – Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti dihangatkan lagi dengan penglibatan para pelajar sekolah yang menyertai program itu pada hari ketujuh di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi; Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam dan SMK Kuala Kubu Bharu dekat sini.

Antara usul yang dibahaskan oleh kumpulan pelajar pada sesi perdebatan sidang ke-146 hingga ke-151 itu ialah tajuk Generasi Merdeka Mampu Transformasi Perpaduan Negara dan Kemiskinan Punca Pencemaran Alam.

PROSES SOKONGAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012 OLEH KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR


PROSES SOKONGAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012 OLEH KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR

Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES SOKONGAN PPG 2012 bagi Permohonan PPG 2012 yang dilaksanakan oleh KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR SAHAJA telah bermula pada 1/Disember/2011 hingga 6/Disember/2011. Sebarang masalah dan pertanyaan sila ajukan kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)  di talian 03-8884  1269 / 1270 /1272 / 1273 /1000. Sila klik di sini

Ambil lesen sebelum 2012 – Utusan


Ambil lesen sebelum 2012

 

Oleh MAHIRAH ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menggesa semua pengusaha bas sekolah yang beroperasi tanpa lesen mengemukakan permohonan sebelum 1 Januari depan.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya akan berusaha mempermudahkan proses permohonan lesen tersebut bagi memberi peluang kepada pengusaha bas menjalankan perkhidmatan mereka.

“Jika pengusaha bas tidak memohon lesen yang sah dan berlaku kemalangan semasa perkhidmatan bas tersebut digunakan, maka SPAD tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana itu kesalahan pengusaha bas sendiri.

“Pengusaha bas perlu melesenkan kenderaan mereka demi menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna bas yang majoritinya terdiri daripada pelajar sekolah,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Syed Hamid menyerahkan surat tawaran lesen kepada 50 pengusaha bas sekolah dari Semenanjung.

Menurut beliau, pemohon yang menerima surat tawaran lesen tersebut terdiri daripada pengusaha bas yang baru memulakan operasi dan juga pemohon lesen tambahan.

“Pengusaha bas yang ingin memohon lesen akan dikenakan bayaran RM30 untuk tempoh lima tahun,” katanya.

Sehingga kini, 15,000 pengusaha bas telah mendapatkan lesen sah bagi menjalankan operasi mereka.

Penjawat awam bertuah – Utusan


Penjawat awam bertuah

Mohd. Sidek Hassan (kiri) menyampaikan anugerah Felo Intan 2011 kepada Zulkurnain Awang di PICC, Putrajaya, semalam.

 

PUTRAJAYA 30 Nov. – Kerajaan Malaysia adalah yang terbaik di dunia kerana sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membiayai program pendidikan para penjawat awamnya, kata penerima Anugerah Felo Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2011, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.

Menurutnya yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, penjawat awam di negara ini amat bertuah kerana kerajaan sanggup menyediakan kursus latihan jangka panjang dan pendek dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara sama ada di peringkat sijil, diploma, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

‘‘Penjawat awam bertuah kerana dihantar berkursus dalam program pengurusan tertinggi sama ada di negara maju mahu pun negara membangun seperti Netherlands, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat, Sri Lanka dan India.

‘‘Ini tidak termasuk biasiswa yang saya terima di peringkat sekolah sehingga ke universiti, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan berjuta ringgit. Tanpa biasiswa, saya tidak mungkin mampu melepasi sekolah menengah seperti ramai rakan sedarjah dengan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan balas Anugerah Felo Intan 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Pengarah Intan Dr. Aminuddin Hassim dan bekas penerima Felo Intan, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Zulkurnain, 61, berkata, hakikat mengenai sikap keterbukaan kerajaan dalam membiayai pengajian penjawat awam dinyatakan sendiri oleh rakan-rakannya dalam perkhidmatan awam dari luar negara yang mengakui tidak ada kerajaan lain di dunia yang melaksanakan program latihan sedemikian.

‘‘Ini bukan kempen pilihan raya, terima kasih dan saya tidak ada rungutan ke atas layanan kerajaan kepada saya,” katanya.

Anak jati Kelantan ini menegaskan, penjawat awam perlu memegang tujuh prinsip untuk berjaya iaitu integriti yang tinggi, mewujudkan perimbangan dalam pelbagai pendekatan, keupayaan berfikir, pengolahan dan berkomunikasi, bersedia untuk terus belajar, rajin dan bersyukur serta sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan.

Zulkurnain merupakan bekas Pengarah Intan (1999), Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (2004-2006) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (2006-2010).

Beliau melepasi sekolah menengah dan melanjutkan pengajian sehingga memperoleh PhD dalam bidang Sains Politik (Pembangunan) dari Leeds University, United Kingdom pada 1989 melalui biasiswa kerajaan.

Ditarik masuk lombong – Metro


Ditarik masuk lombong

Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: “Saya berasa badan arwah seperti ‘ditarik’ sesuatu dari bawah ketika saya pegang tangan untuk menariknya keluar dari dalam air,” kata Mohammad Azizi Mohd Anuar, 20.

Azizi rakan kepada Muhd Shahrin Mohd Hashim, 17, yang tidak sempat menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berjalan kini selepas ditemui lemas jam 2 pagi semalam apabila sampan kecil dinaikinya tenggelam akibat bocor.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa mandi bersama Mohammad Azizi dan dua lagi rakan mereka di sebuah lombong betul-betul di hadapan rumah mangsa di Jalan Kedidi, ampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua, Manjoi, dekat sini.

Mayat mangsa tersangkut di pukat ikan digunakan penduduk kampung yang meneruskan usaha mencari menggunakan dua bot selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan sepasukan anggota bomba dihentikan jam 10 malam kelmarin.

 
Mohammad Azizi berkata, insiden ‘tarik-menarik’ itu menyebabkan dia menggigil ketakutan setiap kali teringatkannya.

‘Mujur 44 nyawa tak melayang’ – Metro


‘Mujur 44 nyawa tak melayang’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
REMUK...keadaan kereta    selepas    terbabit dalam kemalangan dengan bas sekolah. Gambar kecil, Mohd Hafiz.
REMUK…keadaan kereta selepas terbabit dalam kemalangan dengan bas sekolah. Gambar kecil, Mohd Hafiz.

ALOR GAJAH: “Mujur saya tak panik apabila beberapa guru yang duduk di bahagian depan dan belakang saya menjerit dengan kuat apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba muncul di satu selekoh tajam,” kata Mohd Hafiz Ismail, 22, mengenai kemalangan membabitkan bas sekolah dipandunya dengan sebuah kereta di selekoh Kampung Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, Mohd Hafiz bersama 44 penumpang termasuk 38 pelajar sekolah pendidikan khas dan enam guru pengiring mereka berdepan detik cemas akibat perlanggaran kuat itu yang turut menyebabkan pemandu kereta berusia 20-an parah apabila keretanya remuk teruk. Difahamkan, sebelum kejadian, bas sekolah terbabit dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Taman Desa Bayu, di sini, selepas mengadakan lawatan sehari di Jasin.
Menurut Mohd Hafiz, dia cuba memaut stereng ke kiri, namun belum sempat berbuat demikian kereta berkenaan yang datang dari arah Kuala Sungai Baru meluncur laju dan merempuh bahagian hadapan kanan bas.

 

“Beberapa guru yang duduk di bahagian hadapan menjerit kepada saya supaya mengelak dari terus melanggar kereta itu namun saya cuma mampu mengelak ke kiri jalan.
“Dalam keadaan cemas saya sedar di sebelah kiri jalan terdapat penghadang besi dan gaung, jika saya gagal kawal bas dengan baik berkemungkinan boleh meragut 44 nyawa yang ada dalam bas,” katanya.
Katanya, akibat perlanggaran kuat itu beberapa pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun tersungkur di atas lantai dan di bawah kerusi manakala kereta berkenaan berpusing beberapa kali.

 

 

“Apabila berjaya memberhentikan bas dan memastikan semua penumpang selamat dan tidak cedera saya turun melihat keadaan pemandu kereta yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan orang ramai dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.
“Sementara itu, saya dan beberapa guru pengiring terpaksa menahan beberapa buah bas kilang untuk menghantar pelajar tadi pulang ke PDK yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

 

Katanya, dia bersyukur kerana mereka semua terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Saharuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan mengesahkan tiada kemalangan jiwa.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-556 3222 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.