‘Adik enggan mandi’ – Metro


‘Adik enggan mandi’

Oleh Nor Hazwani Hamat
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TANAH MERAH: “Selepas kejadian menimpa abangnya, Islah takut dengan air yang dapat dilihat apabila dia enggan mandi walaupun hanya paip air yang dibuka,” kata Anuar Ismail, 42, menceritakan kesan trauma yang mengganggu emosi anak bongsunya, Muhamad Islah Anuar, 8.

Anuar berkata, anaknya itu mungkin masih terbayang kejadian dia lemas bersama Muhammad Irfan Anuar,12, yang menyebabkan abangnya itu mati lemas dihanyutkan arus ketika mereka mandi di Lata Hujan Ulu Kusial, dua hari lalu.
“Begitu juga isteri, Aznira Abdullah, 37, yang tidak mahu mengingati peristiwa itu kerana masih trauma. “Islah memberitahu saya ketika kejadian, dia cuba memegang tangan abangnya, tetapi terlepas.

 

“Dia takut dengan air sejak hari pertama kejadian, selain tidak mahu mandi kerana takut melihatnya,” katanya ketika ditemui di rumah datuk mangsa di Kampung Padang Gerung di sini, semalam.
Katanya, dia reda dengan pemergian anaknya Muhammad Irfan, namun memerlukan masa untuk melupakan kisah pahit itu.
“Siapa mahu kejadian ini berlaku, namun saya reda dan menerima ketentuan Tuhan dengan hati terbuka kerana Allah lebih menyayanginya (arwah anak), tetapi kami memerlukan masa untuk melupakannya,” katanya.

 

 

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, kegembiraan Aznira membawa dua anaknya berkelah di pusat rekreasi berkenaan sempena cuti sekolah berakhir tragedi apabila Muhammad Irfan maut dihanyutkan arus deras.
Usaha mengesan mangsa dilakukan dengan bantuan bomba dan penyelamat, polis serta Skuad Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli (SKTMJ) sebelum menemui mayat Muhammad Irfan lebih enam jam kemudian kira-kira 50 meter dari tempat dia terjatuh dan hanyut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s