‘Saya cari ibu’ – Metro


‘Saya cari ibu’

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Naluri keibuan membuatkan saya membantu kanak-kanak itu selepas bimbang perkara buruk menimpanya selepas melihat dia merayau-rayau seorang diri,” kata seorang wanita, Sanie Abdul Rahman, 36, yang menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dipercayai melarikan diri dari rumah, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hanya terfikir untuk berhenti dan membantu kanak-kanak terbabit walaupun tidak mengenalinya selepas melihat dia dalam keadaan kepenatan dan kebingungan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Sanie dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Cyberjaya sebelum terserempak dengannya yang berjalan seorang diri sambil membawa beg berisi pakaian di Lebuh raya Metramex berhampiran Bukit Jalil.

 

Dia yang kasihan melihat kanak-kanak malang itu kemudian membantu membawanya ke Balai Polis Cyberjaya selepas kanak-kanak itu tidak tahu alamat tempat tinggalnya.
Sebelum itu, ibu kanak-kanak terbabit membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan selepas menyedari kehilangan anaknya sebelum terkejut sebaik dimaklumkan berita penemuan itu lalu bergegas ke Balai Polis Cyberjaya.
Menceritakan semula kejadian itu, Sanie berkata, sebaik melihat kanak-kanak itu, dia terus tergerak hati untuk memberhentikan keretanya bagi mengetahui punca dia berseorangan tanpa ditemani sesiapa.

 

 

“Mulanya, kanak-kanak terbabit seolah-olah ketakutan selain enggan menerima pertolongan saya.
“Namun, selepas dipujuk, akhirnya kanak-kanak itu mula bersuara dan memberitahu mahu mencari ibunya yang tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

 

Sanie berkata, ditanya bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian, kanak-kanak itu gagal menjawab, malah ketakutan dan hanya memberitahu mahu mencari ibunya yang tinggal berhampiran.
“Saya kemudian meminta dia memberikan alamat rumah supaya mudah membantu, namun dia tidak tahu.
“Ketika itu, kanak-kanak itu hanya membawa beg pakaian kemungkinan melarikan diri dari rumah, malah terdapat kesan luka di kanan kaki,” katanya.
Menurutnya, bimbang kejadian buruk menimpa kanak-kanak itu, dia mengambil keputusan menghantarnya ke balai polis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s