Borang bantuan rakyat 1Malaysia diedarkan hari ini – Bernama


Borang bantuan rakyat 1Malaysia diedarkan hari ini

2011/12/10

KUALA LUMPUR: Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini, di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web, http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500. – BERNAMA

MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI SLIDESHOW POWERPOINT & PDF


MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI SLIDESHOW POWERPOINT & PDF

Bagi memudahkan kakitangan awam mengetahui secara ringkasan tentang pekeliling SBPA, anda boleh muat turun pelaksaan SBPA dalam bentuk ‘slide show powerpoint’ atau dalam bentuk format PDF (Acrobat).

MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI SLIDESHOW POWERPOINT DI SINI!

MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI PDF DI SINI!

MRSM khas khusus untuk anak Orang Asli – Utusan


MRSM khas khusus untuk anak Orang Asli

JELEBU 9 Dis. – Kerajaan komited membangunkan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas untuk anak-anak Orang Asli bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan yang lebih baik secara berterusan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, bagaimanapun perkara itu masih di peringkat kajian dan akan dibincangkan dengan beberapa pihak sebelum dikemukakan kepada Kabinet.

“Kita melihat cadangan ini adalah cara yang baik bagi membolehkan anak-anak Orang Asli didedahkan sistem pembelajaran yang lebih sistematik, selain berinteraksi dengan dunia luar.

“Kajian tersebut akan melibatkan pelbagai pihak termasuk kementerian terlibat, persatuan-persatuan Orang Asli, tokoh-tokoh akademik termasuk tokoh dari kalangan masyarakat Orang Asli itu sendiri untuk mengemukakan cadangan masing-masing,” katanya.

Hassan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Didik Pelajar Orang Asli 2011 di Dewan Semarak, MRSM Kuala Klawang dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Nisra Nisran Asra Ramlan.

Hassan berkata, sebarang keputusan untuk melaksanakannya perlu dilakukan secara berhati-hati untuk memastikan keberkesanannya kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.

Hassan berbangga dengan pencapaian pendidikan oleh anak-anak Orang Asli dengan 19 orang pelajar memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara pada tahun ini, berbanding 2010 seramai 14 orang.

Madu layak dapat bantuan RM500 – Metro


Madu layak dapat bantuan RM500

 

Oleh TOREK SULONG
berita@kosmo.com.my

 

Awang Adek

 

BACHOK – Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.

Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak.

Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada semua isteri yang layak dan dianggap sebagai ketua dalam keluarga masing-masing.

“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (TEKUN) berjumlah hampir RM400,000 kepada 40 usahawan di Dewan Haji Hussin, dekat sini semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion.

‘Adu CUEPACS jika tak puas hati’ – Berita Harian


‘Adu CUEPACS jika tak puas hati’
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2011/12/10

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta 15,400 penjawat awam yang mencatat prestasi rendah tetapi mendakwa berlaku penganiayaan akibat proses penilaian tidak adil atau gagal mematuhi sistem ditetapkan, segera memfailkan aduan kepada kesatuan itu.

Ini berikutan CUEPACS diberi mandat mengemukakan aduan itu secara langsung kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, hasil perbincangan malam kelmarin di antara Presiden kesatuan itu, Datuk Omar Osman dan Abu Bakar.

Omar berkata, JPA akan diberi maklumat setiap aduan terperinci dan CUEPACS pula memantau rapi perkembangan semua kes bagi memastikannya benar-benar disiasat serta diambil tindakan sewajarnya.

Tegasnya, CUEPACS memandang serius perkara itu kerana menerima banyak aduan penjawat awam yang tidak berpuas hati dan mendakwa wujud elemen pilih kasih dan ketidaktelusan. Ini termasuk dakwaan tidak dipanggil bersemuka oleh penilai serta tidak dimaklumkan markah mereka yang mencetuskan tanda tanya. Keluhan itu diterima pada sesi dialog dan perjumpaan dengan ahli peringkat umbi di serata pelusuk negara.

Ada penjawat awam mendapat markah 69 peratus mendakwa digertak boleh mendapat akibat seperti disekat peluang kenaikan pangkat atau gaji jika mempertikaikan hasil penilaian diperoleh.

Walaupun belum kritikal, isu ini tidak boleh terlepas pandang. Ia mesti ditangani segera bagi mengelakkannya kian serius sehingga jadi masalah besar yang menggugat integriti dan mengakibatkan kakitangan awam hilang kepercayaan terhadap penilai, atau lebih buruk lagi mencetuskan pertelingkahan antara kedua-dua pihak, katanya.

6 anak Orang Asli berkhatan – Metro


6 anak Orang Asli berkhatan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BERA: Enam kanak-kanak Orang Asli suku kaum Semelai adalah antara 57 kanak-kanak yang diraikan pada majlis berkhatan beramai-ramai sempena Program Seranta Serancangan Bersama Media – Edisi Mendakap Keberkatan di Felda Purun, di sini, semalam.

Kanak-kanak Orang Asli berkenaan yang ditemani ibu bapa datang dari Bukit Rok, di sini, bagi menyertai majlis berkhatan di Poliklinik Komuniti Felda terbabit diarak menggunakan kenderaan Felda.
Bapa, Zainal Kahing, 40, berkata, suku kaum Semelai mewajibkan lelaki berumur 12 tahun ke atas berkhatan selain melarangnya bawah usia berkenaan.

 

pada usia kurang daripada 12 tahun.
“Ini kerana mengikut kepercayaan kami, berkhatan pada usia terlalu muda akan menyebabkan individu pendek umur dan sebaiknya kanak-kanak dikhatankan ketika usia menjelang 12 tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan, di sini, semalam.
Katanya, dia dan rakannya mengambil kesempatan menghantar anak masing-masing menyertai majlis berkenaan yang diadakan secara percuma kepada penduduk Felda Purun dan kawasan sekitarnya sempena program itu.

 

 

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bera, Datuk Azizan Che Omar berkata, program Seranta Serancangan Bersama Media – Edisi Mendakap Keberkatan dianjurkan Pejabat Seranta (Felda), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Parlimen Bera.
“Tujuannya bagi mewujudkan semangat kerjasama antara penduduk selain tanggungjawab sosial Felda yang bukan saja organisasi perniagaan, malah berperanan sebagai badan sosial terutama kepada golongan peneroka dan ahli keluarga mereka.

 

“Usaha begini diteruskan pada masa akan datang bagi mengekalkan semangat kerjasama yang sedia terjalin di kalangan penduduk di Felda sekitar kawasan ini tanpa mengira bangsa atau kaum, latar belakang dan kepercayaan mereka,” katanya yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bahaya main pistol RM6 – Metro


Bahaya main pistol RM6

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Pelbagai jenis pistol mainan yang boleh dibeli dengan harga serendah RM6 tidak sepatutnya dijual di pasaran berikutan ia amat membahayakan.

Lebih membimbangkan apabila pistol permainan kanak-kanak itu boleh menembak biji peluru laju hingga mampu mendatangkan kecederaan.
Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA), Paul Raj, berkata penjualan secara berleluasa pistol mainan itu adalah perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib.

 

Katanya, pistol mainan jenis ‘Air Soft Gun’ dan ‘Air Sport Gun’ dengan satu daripadanya bergred tinggi versi ‘Hop Up’ perlu dilarang penjualannya kerana berbahaya.
“Saya hairan bagaimana pistol mainan yang berbahaya ini boleh dijual secara berleluasa kerana kelajuan tembakan peluru getah dan ketepatannya boleh mendatangkan kecederaan serius.
“Peluru pistol tiruan ini amat laju dan boleh mencederakan manusia apatah lagi jika ditembak dari jarak dekat dan buktinya cermin boleh pecah jika terkena tembakannya.

 

 

“Risiko berlaku kecederaan lebih tinggi jika ia digunakan oleh kanak-kanak. Justeru, PCA mendesak tindakan segera diambil dan jangan bersikap tunggu berlaku kecederaan atau kematian akibat terkena tembakan pistol mainan ini baru mahu bertindak,” katanya, semalam.
Menurutnya, sebelum ini seorang remaja, Muhammad Asyraff Ilyas, 15, yang cedera di mata kiri selepas terkena peluru pistol mainan seumpama itu yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh adiknya di Kuantan, 23 November lalu.

 

Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir buta mata kiri selain mengalami pendarahan dalaman mata sebelum dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Beliau berkata, terdapat pelbagai model senjata api tiruan ini yang dijual berleluasa sama ada di kedai runcit, stesen minyak dan pasar malam.
“Harganya yang terlalu murah sekitar RM6 hingga RM15 sepucuk boleh dianggap mampu dibeli oleh kanak-kanak yang terlalu naif terhadap bahaya menanti,” katanya. Beliau turut menyelar golongan peniaga yang sengaja menjual pistol mainan tiruan itu walaupun menyedari ia tidak sesuai dan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
“Ia adalah satu kesalahan mengikut Akta Senjata Api 1960 di bawah beberapa peruntukan akta itu,” katanya.

Marah isteri belasah anak – Metro


Marah isteri belasah anak

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENAMPANG: Seorang suami yang berang apabila mendapati isterinya tiada di rumah secara tiba-tiba ‘naik minyak’ apabila membelasah anak lelakinya berusia 11 tahun hingga pengsan selain menetak bapanya dengan pisau dalam kejadian amuk di Kampung Maruntum, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, warga emas, Kamles Jamil, 69, terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke laut selepas tindakan ganas anaknya berusia 31 itu turut mencederakan dagu mangsa.
Difahamkan, warga emas itu juga terpaksa bersembunyi dengan berendam dalam air lebih 30 minit sebelum keluar mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

 

Tindakan kejam supsek menyebabkan mangsa terpaksa menerima lima jahitan di dagu kirinya.
Menurut Kamles, anak lelakinya itu dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah sambil bertanyakan mengenai isterinya sebelum mencari di sekitar kawasan rumah.
“Saya memberitahu yang isterinya tiada di rumah sejak pagi dan tidak tahu destinasinya. Sebaik mendengar jawapan itu, dia tiba-tiba berang sebelum terus memijak dada anak lelakinya sendiri hingga pengsan,” katanya.

 

 

Katanya, tidak cukup dengan itu, anak lelakinya itu terus mengambil pisau di dapur lalu melibas ke arahnya selepas gagal ditenangkan.
“Libasan pertama itu terkena dagu menyebabkan saya terus terjun ke laut bagi menyelamatkan diri. Selepas memastikan keadaan reda, baru saya berani keluar lalu terus meminta bantuan jiran supaya dihantar ke hospital,” katanya.

 

Katanya, selepas menerima rawatan, dia membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
Difahamkan, isteri mangsa berusia 30-an keluar rumah kerana tidak tahan apabila sering dipukul suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.