SBPA: CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres – Bernama


SBPA: CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres

11/12/2011 6:48pm

 

KOTA BAHARU 11 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.

“Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

“Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS, di sini hari ini. – Bernama

MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011: PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011: PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan pelaksanaan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai dalam perkhidmatan awam.

MUAT TURUN DI SINI: PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan peperiksaan perkhidmatan awam selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

MUAT TURUN DI SINI: PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011: PROGRAM TRANSFORMASI MINDA


MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011: PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi selaras dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

MUAT TURUN DI SINI : PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2011: PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI (PROSPEK)


MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2011: PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI (PROSPEK)

Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) selaras dengan keputusan Kerajaan memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

MUAT TURUN DI SINI : PROSPEK

Kanak-kanak Cina tak takut khatan – Metro


Kanak-kanak Cina tak takut khatan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERI SEMANGAT...  Wai Hoong (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika kanak-kanak itu dikhatankan oleh Dr Shahrizal.
BERI SEMANGAT… Wai Hoong (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika kanak-kanak itu dikhatankan oleh Dr Shahrizal.

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berbangsa Cina langsung tidak menampakkan rasa gerun, sebaliknya masih mampu menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan doktor.

Ng Jun Hau, 7, yang juga anak kepada Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Pauline Wong, antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali, di sini, semalam.
Mereka adalah anak kepada ahli Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka).

 

Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin.
Bapanya, Ng Wai Hoong berkata, beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan diri seseorang.
“Saya mula memujuk anak saya untuk berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama dia teruja untuk datang,” katanya.

 

 

Bagi Muhammad Nur Alid Mohd Sabri, 5, kanak-kanak termuda yang dikhatankan, dia juga berasa seronok dan langsung tidak berasa sakit.
“Mak janji nak beri hadiah duit selepas saya dikhatankan,” katanya yang ditemani ibu, Rosliza Hasan Rahmat, 37.

 

Majlis itu dirasmikan oleh Puan Sri Faridah Idris, isteri kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail. — Bernama