Day: December 14, 2011
Protected: Budak lemas ditemui terapung dalam kolam takungan air – Bernama
Protected: CUEPACS bakal buat keputusan penting mengenai SBPA – Bernama
Protected: Lebih 470,00 komputer riba 1Malaysia telah diagihkan – Utusan
HUBUNGI TALIAN HOTLINE SBPA MULAI 13 – 30 DISEMBER 2011
Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my
KATEGORI | HOTLINE |
---|---|
Dasar Perkhidmatan | 03-8885 431303-8885 4010 |
Kenaikan Pangkat dan Prestasi | |
Penempatan/ Pertukaran Peg. Gunasama | |
Peperiksaan PROSPEK | 03-8946 454703-8946 454803-8946 4574 |
Pencen dan Persaraan | 03-8885 3293 |
Pembangunan Organisasi (Perjawatan dan Skim Perkhidmatan) | 03-8885 307203-8885 3283 |
Elaun | 03-8885 3232 |
Kemudahan Cuti / Perubatan | |
Lain-lain Perkhidmatan | 03-8885 320103-8885 3227 |
Parti dadah: Ibu bawa anak lelaki berusia 8 tahun turut ditahan – Utusan
Parti dadah: Ibu bawa anak lelaki berusia 8 tahun turut ditahan
MELAKA 13 Dis. – Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia 8 tahun ditahan polis dalam satu serbuan parti dadah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini awal pagi ini.
Wanita berusia 29 tahun itu adalah antara 28 individu yang ditahan dalam serbuan ‘Ops Pusat Hiburan’ pada pukul 2.45 pagi.
Enam daripada mereka berusia di bawah umur dan kesemua mereka yang ditahan berusia antara 13 hingga 29 tahun.
Sumber polis berkata, ketika serbuan di bilik karaoke itu dilakukan, semua remaja terbabit sedang meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka dengan mengadakan parti dadah.
“Polis menahan kesemua mereka setelah menemui pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ekstasi, ketamin dan Eramin 5 yang berselerakan di dalam sebuah dulang.
“Hasil pemeriksaan lanjut, ada di antara mereka memiliki dadah yang ditemui di dalam beg tangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Supritendan Md. Azmi Othman berkata, daripada 28 yang ditahan itu, 13 didapati positif dadah jenis syabu dan ekstasi.
“Wanita berusia 29 tahun yang membawa anak lelakinya itu juga didapati positif mengambil dadah,” katanya ketika dihubungi di sini.
Md. Azmi berkata, kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).
Teliti tawaran SBPA – Utusan
Teliti tawaran SBPA
IPOH 13 Dis. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA.
“Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.
Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.
Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.
Bekalkan susu berkualiti ke sekolah – Utusan
Bekalkan susu berkualiti ke sekolah
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 13 Dis. – Hybrid Allied Sdn. Bhd. dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. hari ini menandatangani kerjasama bagi membekalkan susu berkualiti untuk Program Susu Sekolah 1Malaysia di wilayah utara tanah air.
Tetra Pak merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang menjadi pemain utama dalam bidang pembungkusan inovatif bagi meningkatkan kualiti sesuatu produk khususnya yang berkait dengan industri tenusu.
Melalui perjanjian berkenaan Tetra Pak akan menyediakan sokongan teknikal kepada Hybrid Allied bagi memastikan semua susu yang dibekalkan syarikat itu mematuhi standard yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Perjanjian tersebut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Menurut Pengarah Urusan Hybrid Allied, Datuk Johannis Al-Arif Ibrahim, dengan kepakaran teknikal dan pengalaman Tetra Pak, pihaknya yakin murid sekolah rendah akan dapat menikmati susu berkualiti sekaligus membantu perkembangan mental dan fizikal mereka.
“Melalui kerjasama ini, kami akan menggunakan kaedah pembungkusan dan pemproses susu termoden berdasarkan kepakaran Tetra Pak dan ini memberi kelebihan untuk kami membekal susu berkualiti,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Tetra Pak, Andres Wester berkata, selain menawarkan kepakaran dan pengamalan kepada Hybrid Allied, pihaknya juga turut menyediakan pakej latihan bagi memastikan standard kualiti dikekalkan.
Jelasnya, dengan pengalaman menyediakan perkhidmatan yang sama kepada lebih 50 buah negara lain, pihaknya yakin Hybrid Allied akan menjadi peneraju utama dalam dalam membekal produk tenusu di negara ini.