Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my


Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my

Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011 8.30 pagi – 9.00 malam (Hari Bekerja)
KATEGORI HOTLINE
Pencen dan Persaraan 03-8885 3293
Pembangunan OrganisasiPerjawatanSkim Perkhidmatan 03-8885 3072
Dasar PerkhidmatanPrestasiPROSPEK 03-8885 320103-8885 3227
ElaunGajiKemudahan Cuti/Perubatan 03-8885 3232
Lain-lain Perkhidmatan 03-8885 3283

MUAT TURUN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011: SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM


SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2011: SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan memperkenalkan Sistem
Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi,
Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana bagi
menggantikan sistem penilaian prestasi sedia ada selaras dengan pelaksanaan Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

MUAT TURUN DI SINI: spp082011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)


SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my  ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/.  Untuk memasuki sistem SBPA  Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-

ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda

Katalaluan    : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS

Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA.

2.         Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh pengurus sumber manusia di agensi masing-masing.

3.         Sebarang pertanyaan mengenai maklumbalas SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-

Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel                               : 03-8884 7137/7189/7038
Emel                           : sbpa@moe.gov.my

Hotline Teknikal

Pasukan Aplikasi     : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server       : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal           : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my
Sekian dan terima kasih.

Kepada Semua Pensyarah Institut Pendidikan Guru – KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN MALAYSIA (NUTP)


Kepada Semua Pensyarah Institut Pendidikan Guru – KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN MALAYSIA (NUTP)

 

Kes Kenaikan Pangkat DG44 ke DG48 Hakiki

Pihak NUTP telah menerima aduan-aduan daripada Pensyarah IPG mengenai dinafikan hak ke pemangku DG48.

Maklumbalas dari Jabatan Perkhidmatan Awam / Kementerian Pelajaran Malaysia :

• 900 calon layak

• 400 calon diambil berdasarkan markah prestasi

 

Pihak NUTP sedang bertindak dalam perkara ini.

Makluman untuk Semua Ahli NUTP – KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN MALAYSIA (NUTP)


Makluman untuk Semua Ahli NUTP – KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN MALAYSIA (NUTP)

1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

 

2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.

MUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011: PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN VERSI MS WORD


MUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011: PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN VERSI MS WORD

Kini anda boleh muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan dalam versi Microsoft Word.

Mana tahu ada yang mahu hantar secara e-mail. Tandatangan boleh scan dan masukkan gambar tandatangan dalam borang bentuk Ms Words itu. TAPI boleh ke?

MUAT TURUN DI SINI: SBPA PEKELILING

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012 di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh, KPM bagi sesi 2012.


Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh, KPM bagi sesi 2012.

Sukacita dimaklumkan talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.

Sila klik di sini untuk memasuki laman e-rayuan

Makluman Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia 2012


Makluman Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia 2012 boleh dibuat mulai 15 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011 di www.moe.gov.my.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN TAWARAN OPSYEN SARAAN BARU PERKHIMATAN AWAM (SBPA)


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN TAWARAN OPSYEN SARAAN BARU PERKHIMATAN AWAM (SBPA)

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanmengenai perkara di atas.
2.       Dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) sedang dalam tindakan mengumpul maklumat perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang Cuti Belajar bagi tujuan pemilihan opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
3.        Sehubungan itu, dipohon kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan maklumat PPP yang sedang bercuti belajar di bawah seliaan Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanseperti di Lampiran A. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanjuga, maklumat yang perlu disi adalah bagi perkhidmatan sedia ada PPP yang merangkumi gred jawatan terkini, Skim Saraan sedia ada, opsyen persaraan sedia ada dan juga maklumat tangga gaji terkini sehingga 31 Disember 2011.
4.        Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanamatlah dihargai untuk mengembalikan Lampiran A yang telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 19 Disember 2011 melalui email kepada bt.kaunter@moe.gov.my. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas mohon untuk menghubungi Puan Nor Fazila Binti Fauzi di talian 03-8321 7038 atau Nor Farizah Binti Ishak di talian 03-8321 7056.
5.         Di atas segala kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puanamatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Urusetia SBPA,
Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)
Muat turun
LAMPIRAN A