Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu http://apps2.moe.gov.my/opsyensbpa/ . Untuk memasuki sistem SBPA YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna : Sila masukkan No KP anda
Katalaluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS
Sekiranya YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. KP sebagai menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki Sistem Opsyen SBPA.
2. Berikutan tempoh penerimaan opsyen yang singkat dan capaian Sistem Opsyen SBPA yang tidak stabil, seperti yang telah dimaklumkan semasa taklimat sebelumnya, YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk melaksanakan penawaran dan penerimaan opsyen di Bahagian/Jabatan masing-masingsecara manual dahulu dengan menggunakan borang seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11, Bil. 12, dan Bil. 13 Tahun 2011. Ini bagi memastikan kesemua pemilik kompetensi di Bahagian/Jabatan YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/ Tuan/Puan menerima opsyen dalam tempoh yang telah ditetapkan. Maklumat borang opsyen tersebut hendaklah dimasukkan (key in) ke dalam Sistem Opsyen SBPA setelah sistem stabil.
3. YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh Pengurus Sumber Manusia (PSM) di agensi masing-masing.
4. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas mengenai SBPA YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-
Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel : 03-8884 7137/7189/7038
Emel : sbpa@moe.gov.my
Hotline Teknikal
Pasukan Aplikasi : 03-8316 4134/4135
Pasukan Server : 03-8316 4119/4120/4105
Emel Teknikal : helpdesk_sbpa@jpa.gov.my :
Waktu Operasi : 8.30 pagi – 1.00 tengahari
: 2.00 petang – 5.30 petang
(Hari bekerja)
5. Tarikh penerimaan opsyen adalah dari 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011. Sehubungan itu, guru-guru yang sedang bercuti penggal dikehendaki menghubungi sekolah masing-masing bagi menguruskan opsyen SBPA dengan kadar segera.
6. Turut disertakan Frequently Asked Question (FAQ) SBPA, KPM untuk dimuat turun sebagai rujukan YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian dan terima kasih.