GPMP dalam empat subjek menurun – Utusan


GPMP dalam empat subjek menurun

PUTRAJAYA 22 Dis. – Penguasaan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Iban mengalami penurunan berbanding 13 mata pelajaran lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus daripada 27.6 peratus pada tahun lepas kepada 26.3 peratus pada tahun ini.

“Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 66.5 peratus tahun lepas kepada 67.7 peratus tahun ini.

“GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, mata pelajaran Pendidikan Islam pula bagi gred A turut menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus daripada 26.1 peratus pada tahun lepas berbanding 24.4 peratus pada tahun ini.

“GPMP Pendidikan Islam juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.09 mata,” katanya.

Sementara itu bagi pencapaian gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, beliau berkata, berlaku peningkatan prestasi sebanyak 0.8 peratus kepada 18.4 peratus pada tahun ini berbanding 17.6 peratus tahun lepas.

“Bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3 peratus pada tahun ini,” katanya.

Bagi mata pelajaran Matematik, beliau berkata, prestasi pencapaian gred A mata pelajaran itu mengalami peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 28.9 peratus tahun lepas kepada 30.2 peratus pada tahun ini.

“Prestasi mata pelajaran Sains bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0 peratus daripada 21.7 peratus pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau menambah, biarpun GPMP Sejarah mengalami peningkatan dengan penurunan 0.05 mata pada tahun ini namun pencapaian bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus.

“Iaitu daripada 21.3 peratus pada 2010 kepada 20.4 peratus pada tahun ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s