Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu – Kosmo


Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja menaikkan kadar caruman majikan kepada pekerja bergaji kurang daripada RM5,000. – Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

“Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu.

5.3j pekerja dapat kadar caruman 13% – Metro


5.3j pekerja dapat kadar caruman 13%

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) bergaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataannya berkata, kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP sementara caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.
“Pekerja berumur 55 tahun ke atas dengan gaji tidak lebih RM5,000 juga menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa enam peratus manakala pekerja terus mencarum 5.5 peratus”, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bapa diperintah bela diri perkosa anak sulung – Metro


Bapa diperintah bela diri perkosa anak sulung

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang kenderaan diperintah membela diri atas tiga tuduhan merogol anak sulungnya yang berusia 11 tahun, selepas mangsa pulang dari sekolah, di Bukit Beruntung, dekat sini, tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap bapa kepada tiga anak itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membela diri mulai semalam. Lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga murid darjah lima itu di rumahnya, jam 2 petang pada 14, 15 dan 17 April 2010.

 

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sepanjang kes pada peringkat pendakwaan, seramai 10 saksi tampil memberi keterangan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Manakala, tertuduh tidak diwakili peguam bela.

 

 

Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh bertindak merogol anak kandungnya pada kali pertama selepas menonton video lucah.
Ketika kejadian, lelaki itu berada di rumah kerana bekerja petang.

 

Manakala isterinya bekerja pada siang hari. Tembelang tertuduh pecah apabila anaknya itu terpaksa memberitahu rakan baik di sekolah kerana takut akan mengandung akibat perbuatan bapanya.

Guru agama dicekup khalwat – Metro


Guru agama dicekup khalwat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Seorang guru sebuah sekolah rendah, di sini, memberi alasan daripada sudut agama apabila ditahan bersama pasangan perempuannya kerana disyaki berkhalwat di Sungai Batu Pahat, di sini, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 30-an cuba berdolak-dalih dengan mengeluarkan alasan tidak masuk akal bagi mengelak dicekup sekumpulan penduduk kerana berkelakuan mencurigakan di kawasan gelap di situ.
Difahamkan, suspek yang juga guru Pendidikan Islam ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

 

Jurucakap Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berkata, lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya berusia 30-an selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di kawasan itu.
Menurutnya, kereta berkenaan diletakkan di kawasan gelap sebelum disedari beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang membuat rondaan lalu melakukan pemeriksaan dengan bantuan penduduk.
“Kedua-dua mereka dicekup sebelum dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.

Caruman KWSP naik satu peratus – Berita Harian


Caruman KWSP naik satu peratus
Oleh S Anand Kumar dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2011/12/28

Kenaikan bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang RM5,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan dinaikkan daripada 12 kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus itu akan memberi manfaat kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, dengan 92 peratus atau kira-kira 4.9 juta pekerja adalah ahli aktif KWSP, bagaimanapun caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Selain itu, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat apabila majikan diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa enam peratus, manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Oktober lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi meningkatkan simpanan hari tua, kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan dari-pada 12 kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup selepas bersara, malah kajian menunjukkan hampir 70 peratus pesara menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Sementara itu, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil – Utusan


Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

PUTRAJAYA 27 Dis. – Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

“Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

“Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah,” katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

“Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

“Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal,” katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

“Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik,” katanya.

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13% – Utusan


Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus itu akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif.

Menurutnya, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

“Pekerja berumur 55 tahun ke atas yang menerima gaji tidak lebih RNM5,000 juga akan menerima manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan itu semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah tidak cukup pendapatan semasa bersara yang dihadapi golongan pesara.

Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara dan masalah itu akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia akan datang.

Menurut Nik Affendi, KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman beserta dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat selain menghubungi pusat panggilan di talian 03-89226000.

2 pindaan baru SBPA – Berita Harian


2 pindaan baru SBPA
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/12/28

OMAR ketika mengadakan sidang media selepas majlis taklimat di Putrajaya, semalam. - Foto Afendi Mohamed

OMAR ketika mengadakan sidang media selepas majlis taklimat di Putrajaya, semalam. – Foto Afendi Mohamed

JPA, CUEPACS capai persetujuan mekanisme kenaikan gaji, exit policy

PUTRAJAYA: Kemelut antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun depan berjaya diselesaikan semalam apabila kedua-dua pihak bersetuju membuat dua pindaan baru.