Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13% – Utusan


Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus itu akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif.

Menurutnya, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

“Pekerja berumur 55 tahun ke atas yang menerima gaji tidak lebih RNM5,000 juga akan menerima manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan itu semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah tidak cukup pendapatan semasa bersara yang dihadapi golongan pesara.

Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara dan masalah itu akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia akan datang.

Menurut Nik Affendi, KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman beserta dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari http://www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat selain menghubungi pusat panggilan di talian 03-89226000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s