Tiga kanak-kanak Orang Asli disyaki dijangkiti leptospirosis – Bernama


Tiga kanak-kanak Orang Asli disyaki dijangkiti leptospirosis

30/12/2011 5:24pm

 

JERANTUT 30 Dis. – Tiga kanak-kanak Orang Asli dari Kampung Sungai Lintah di sini dimasukkan ke Hospital Jerantut semalam selepas dikhuatiri dijangkiti virus air kencing tikus atau leptospirosis.

Menurut sumber hospital tersebut, kanak-kanak Orang Asli berkenaan, Arini Mary a/p Yusof, 4, Muliana a/p Yusof, 5, dan sepupu mereka, Jun a/p Man, 11, kini ditempatkan di bilik berasingan di wad kanak-kanak hospital itu.

“Ketiga-tiga mereka didapati mengalami komplikasi demam kuning, sakit kepala dan lesu,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut sumber berkenaan, pihak hospital telah mengambil sampel darah mereka dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu ini.

“Kanak-kanak ini sudah ditempatkan di bilik berasingan untuk memudahkan pegawai perubatan memantau rawatan dan perkembangan kesihatannya,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, jika keadaan ketiga-tiga kanak-kanak itu semakin teruk, mereka akan dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh bagi mendapatkan rawatan lanjut. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s